Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, September 4, 2009

Terima kasih Ninamaju dan era.fm



Ana hanya mampu mengicapkan terima kasih kepada Syarikat beras Ninamaju , pengeluar beras dan produk beras cap udang dan radio era.fm yang telah bermurah hati memberikan sedikit sumbangan kepada penduduk di Pendang pada petang tadi.
Kali ini kami telah memilih Kampong Sungai Jagong untuk memberikan sumbangan tersebut dan seramai 50 penduduk
yang kurang mampu telah menerima sumbangan tadi.
Sebagai wakil dari syarikat Ninamaju SB, En Sidek telah mengucapkan terima kasih keran telah menyediakan tempat untuk mereka mengagihkan sumbangan beras dan bihun untuk mereka yang kurang berada sebagai salah satu sumbangan tanggungjawab sosial mereka sempena dengan bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini.
Ini merupakan kali kedua mereka menghulurkan sumbangan dan ada lagi dua kali iaitu di Sik dan Kuala Ketil, majlis saperti ini akan diadakan setelah kali pertama diadakan di Langgar pada minggu lepas.

Bagi pihak rakyat Pendang, ana selaku wakil rakyat mengucapkan ribuan terima kasih keatas Ninamaju semoga tahun hadapan sumbangan saperti ini dapat diteruskan dan syarikat ini akan llebih maju dimasa hadapan.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.