Banjir datang lagi.
Begitulah setiap tahun dibulan Ramadhan ini , Pendang sering dilanda banjir dari dulu hinggalah kini. Berbagai janji dah didengar dan ditabur , bahkan yang paling besar sekali iaitu bekas PM Pak Lah Badawi pun sudah menjanjikan RM 27 juta bila melawat Pendang beberapa tahun lepas dan meninjau sekitar sungai Pendang lalu angka itu disebut, dan dah beberapa kali ana unkit dalam parlimen, namun hingga kini JPS kata tak ada pun yang gugur kesini dan tak nampak ada bunga pun lagi, apatah lagi nak menunggu buah yang nak gugur.
Begitu juga tempat pemindahan dah pun disediakan, namun dek kerana peruntukan tak ada, maka hanya kerajaan negeri saja nampaknya yang nak beri peluang mangsa berpindah tetapi yang pusat tak nak tolong bantu sampai sekarang ini. Kesian mereka, tahun sudah beraya dipenempatan banjir, tahun ini tak tahu lah. Dah lah rumah tenggelam, padi juga turut ditimpa banjir, maka kekeringanlah nampak gayanya lagi tahun ini mereka itu.
Harap bersabarlah menghadapi dugaan tuhan ini.
Tuesday, September 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment