"Bila saya mengasaskan Petronas pada 1974, saya tidak menyangka bahawa suatu hari nanti, saya merasakan lebih baik kita tidak menemui kekayaan tersebut," katanya.
Beliau berkata, anugerah minyak itu yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kepada masyarakat yang lebih terpelajar dan berhati mulia, sebaliknya telah menjadi madat yang memberi kesenangan sementara dan simbol kosong seperti Menara Petronas.
Itu kelohan Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Menteri Kewangan yang bertanggungjawab mengasaskan Petronas dan perjanjian mencarigali minyak dan perjanjian dengan kerajaan negeri pada tahun 1974 dulu dimana Akta Perjanjian Minyak menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab Petronas memberikan 5% wang tunai kepada kerajaan Negeri dimana minyak diperolehi dari perairan mereka dan tak disebut pun pasal 3 batu nautikal yang menjadi hujahan Menteri di JPM sekarang ini . Apa yang menjadi kemushkilan rakyat adalah dari mana datangnya istilah 3 batu nautikal dan wang ehsan tersebut.
Apa yang rakyat marhean semua tahu adalah, bila sebut saja ehsan, bermakna itu adalah ehsan kerajaan pusat kepada kerajaan negeri bukan lagi menjadi hak negeri atau tanggungjawab pusat saperti dalam perjanjian untuk menyumbangkan hasil mahsul negeri kepada kerajaan negeri yang mana minyak diperolehi dari negeri tersebut.
Apakah tindakan pusat ini bertepatan dengan apa yang pernah ditandatangani pada 1974 atau ianya hanya satu penyelewengan fakta dan melanggari perjanjian yang sama-sama disepakati? Apakah gelaran yang patut kita berikan kepada mereka yang melanggari perjanjian, kalau ikut hadis Rasulullah jelas mereka ini golongan ........!
Sebab itulah kalau ujud golongan begini jelas menggambarkan bahawa mereka sengaja menzalimi rakyat yang berhak menerima hadis sumber negeri mereka untuk digunakan demi kemakmuran rakyat dan kalau peminggiran habuan ini dilakukan dengan sengaja, maka jela ianya adalah satu lezaliman, dan kita juga sering membaca pesanan daripada Rasullullah bahawa doa orang yang dizalimi tidak ada hijab dengan Allah saperti mana doa pemimpin yang adil dan doa orang yang berpuasa.!
Oleh itu bangunlah rakyat sekelian memohon doa kepada Allah agar mereka ini diberi pengajaran oleh Allah tentang apa kesannya terhadap kezaliman yang mereka lakukan terhadap hak rakyat dan kezaliman yang mereka letakkan keatas bahu rakyat semua. Istilah kezaliman perlulah diketahui oleh semua dan bukan hanya kepada perbuatan membunuh atau mencederakan sahaja, tetapi kezaliman dalam Islam adalah tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Hasil minyak negara yang sepatutnya digunakan mengikut yang telah dirancangkan sewaktu penubuhan Petronas, telah menjadi dana yang dibelanjakan sesuka hati oleh sesiapa juga yang mentadbir negara, tanpa sebarang pertanggungjawaban.
Buku bertajuk "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Time', yang dilancarkan baru-baru ini, menganggarkan kira-kira RM100 bilion telah dibazirkan dalam skandal kewangan sewaktu 22 tahun pentadbiran Dr Mahathir.
Petronas menyumbangkan 40 peratus daripada bajet negara sejak bertahun-tahun lalu tetapi penggantungan terhadap perolehan hasil minyak semakin tidak dapat dipertahankan lagi.
Kerajaan akan memperluaskan lagi asas cukai dengan memperkenalkan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) di mana semua rakyat Malaysia dikehendaki membayar cukai tambahan di samping cukai pendapatan.
Tengku Razaleigh berkata, kekayaan minyak negara telah dibazirkan dan digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang gagal, membeli senjata, membina bandaraya secara besar-besaran di atas tapak ladang kelapa sawit.
Perolehan tersebut, katanya, tidak digunakan untuk membasmi kemiskinan di negeri-negeri yang miskin, tetapi disalurkan untuk tujuan politik dan golongan yang ada kaitan dengan politik.
Katanya, hasil minyak yang sepatutnya menjadi warisan kekayaan untuk semua rakyat Malaysia dan generasi akan datang, telah digunakan untuk menunjangi pemerintahan yang 'authoritarian, menghakis demokrasi berpelembagaan dan korup keseluruhan golongan elit politik dan perniagaan.
Kemana hasil Petronas selain dari membesarkan tembolok mereka yang dekat dengan pemerintah ? Lihat saja apa yang wujud di Putrajaya dan Menara Berkembar Petronas, berapa belanja hasil dari wang Sumpahan Minyak tersebut, kemana arah tuju rakyat marhaen dikampong dan petani miskin yang saban tahun ditimpa banjir dan tanaman musnah ditenggelami air banjir? Dimana wang Petronas kalaulah mereka ini ada hak untuk dibantu.
Nanti siapakah pula yang bakal menjadi kaya dengan wang ehsan tersebut, pasti yang nyata dan ternyata telah berlaku di Terengganu adalah mereka yang menghurungi JPP.
Sunday, December 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment