Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, April 2, 2010

Bila pula Malaysia laksana hudud ni!.

Tersentak juga benak ana bila baca ulasan TS Harussani berhubung dengan apa yang berlaku kepada Kartika pasal minum arak dikhalayak ramai ni. Ulasan dia tentang pengampunan daripada sebat kepada kerja amal pasal minum arak ni kerana ia bukan hudud. Ana rasa seluruh dunia tahu kalau hukum hudud sabit minum arak 80 rotan, macam juga qazaf tuduh orang buat kerja tak senunuh tu , kerja masuk memasuk kena nampak macam celak masuk lubang celak tu la, kena 4 saksi, kalau tidak kena 80 sebatan juga, tu baru hudud, bila masa Malaysia ni laksana hukum yang Allah wajibkan nih wahai TS Mufti oii.
Risau juga la bila orang Alim bercakap, kadang-kadang naik kelabu asap kepala kita mana satu nak pegang, dulu masa Ustaz mengajar rasa macam lain, tapi bila dah bercampur macam-macam jadi macam keliru pulak. Rasanya kena masuk mengaji lagi la macam ni.
Cuma satu lagi mungkin sedang menerobos pemikiran ana bila memikirkan kes ini akan jadi precedent kepada kes lain dimasa depan terutama bilamana ianya berlaku di Negeri Pahang darul makmur ini.
Pernah berlaku dulu seorang tokoh politik negara ditangkap sedang berjudi di Genting Highland, tetapi tak tahu ana adakah dia minum arak ke tidak, tak tau nak kata la, kes ni dah agak lama dah.
Jadi harap-harap lepas ni tak akan ada yang ambil kesempatan kalau dah kena hukum, jaja seluruh negara pasal kesalahan dia sampai orang nak tidur pun tak senang. Hukuman pula dilambatkan pasal tukang sebat tak ada. Yang syoknya yang disebat dalam Penjara Kajang hari tu ada pula tukang sebat, mai mana tak tau , import dari Aceh kot.
Kita kena arif yang sebat dalam hudud ni tak sama macam ana pernah tengok sebat dalam penjara , sampai melaung sakit dan pecah kulit meninggalkan parut sepanjang hayat, tapi selang dua tiga tahun buat lagi benda yang sama dan sebat lagi, tak serik sebab tak ada ruh hukuman.
Setahu ana yang cetek ilmu ni, sebat dalam hudud tak boleh menyakitkan, tak luka, kena berlapik bagi wanita, rotan sederhana saiz, kena pegang ditengah bukan hujung, tidak boleh dimuka atau organ peranakan, biasanya dibelakang atau punggung dan berbagai lagi yang boleh dibaca lah dalam buku, cuma yang peliknya di Malaysia mengaku negara Islam ni, masih belum ada tukang sebat untuk kes arak.
Jadi ada beza yang besar antara sebat syariah dengan sebat biasa dalam penjara sekarang ini, cuba lihat gambar yang dipaparkan berhubung hukuman sebat dikhalayak kepada pelaku jenayah syariah di Aceh baru-baru ni.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.