Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Tuesday, June 29, 2010

Tabung Kebajikan Perubatan

9. Dato’ Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [Kuala Nerus] minta Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan adakah kementerian
bercadang meletakkan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat di setiap hospital di
seluruh negara bagi membantu pesakit-pesakit yang menghadapi masalah kewangan
dan jika ya, sejauh mana ia mahu dilaksanakan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Dato’ Sri
Shahrizat Abdul Jalil]: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah pun
menempatkan 32 orang Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat di 25 hospital kerajaan
di seluruh negara.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat yang ditempatkan di hospital-hospital di
seluruh negara ini bertanggungjawab memberi khidmat sosial kepada pesakit-pesakit.
Mereka bertanggungjawab kepada ketua-ketua jabatan atau penyelia-penyelia di
hospital-hospital yang ditugaskan:
(i) untuk membantu Pegawai Perubatan dalam menyediakan
maklumat tentang latar belakang pesakit dan keluarga dalam
proses rawatan dan khidmat sosial;
(ii) mengendalikan siasatan status ekonomi pesakit bagi
membolehkan mereka menerima bantuan kewangan dan khidmat
rawatan di hospital-hospital tersebut;
(iii) membantu memberi khidmat sosial kepada pesakit dan keluarga
meliputi khidmat sokongan terapi, masalah emosi, khidmat praktik
dan khidmat bantuan am termasuk peralatan bagi proses
pemulihan pesakit;
(iv) membantu mengesan waris pesakit bagi kes-kes seperti pesakit
psikiatri, kutu rayau dan lain-lain;
DR.22.3.2010
31
(v) mengiringi dan menghantar pesakit ke institusi berkaitan atau
balik ke rumah bagi kes-kes yang memerlukan seliaan dan
pemulihan sosial; dan
(vi) membantu menyediakan laporan kes-kes untuk proses khidmat
sosial kepada agensi-agensi luar daripada kementerian.
Terima kasih.
1120
Dato’ Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [Kuala Nerus]: Adakah kerajaan
merasakan bahawa kakitangan yang ditempatkan di hospital-hospital itu sudah
mencukupi bagi tujuan melaksanakan hal-hal tersebut bagi memastikan hal ini tidak
berterusan? Terima kasih.
Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil: Tuan Yang di-Pertua, saya rasa bahawa yang
lebih mustahak bukan angka pegawai yang ada di hospital-hospital tetapi yang lebih
mustahak ialah pendedahan kepada pesakit-pesakit – terutama kelas-kelas ketiga dan
lain-lain, daripada keluarga-keluarga miskin yang memerlukan bantuan daripada
kerajaan. Saya akan tentukan bahawa pegawai-pegawai yang telah ditetapkan di
hospital-hospital ini memainkan peranan yang lebih proaktif. Saya minta juga supaya
semua pegawai perubatan dan kakitangan di hospital-hospital yang ada untuk
membantu pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan menjalankan tugas dan tanggungjawab.
Memang kalau hendak ikut angka, saya rasa tidak mencukupi tetapi kita mestilah
menentukan yang ada pada hari ini khidmat mereka dapat digunakan dengan sebaikbaiknya.

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua, Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya, kita tahu di setiap hospital ada
Tabung Bantuan Kebajikan. Apa yang menjadi masalah ialah saya hendak tahu
kementerian manakah sebenarnya yang bertanggungjawab untuk menyalurkan bantuan
melalui tabung ini? Ini kerana, saya pernah beberapa kali menghadapi masalah apabila
pesakit – patah misalnya. Mereka hendak mendapatkan protesis ataupun besi untuk
masuk dalam tulang yang patah tersebut terpaksa ditolak ke sana ke sini di satu
Kementerian Kesihatan ke Jabatan Kebajikan, Jabatan Kebajikan ke Kementerian
Kesihatan – dilambung macam bola misalnya.
DR.22.3.2010
32
Setelah beberapa kali kena lambungan tersebut barulah dapat dijalankan
pembedahan. Padahal beliau merupakan seorang pensioner kepada polis, pasukan
keselamatan kita. Jadi saya hendak tahu kementerian yang manakah sebenarnya yang
bertanggungjawab di dalam hal tersebut? Ini kerana, kita tidak mahu apa yang diuaruarkan,
mungkin rakyat kata hanya retorik rakyat didahulukan. Sekian terima kasih.

Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak maklumkan
bahawa semua isu keselamatan seperti mana kita ketahui adalah di bawah
tanggungjawab Kementerian Kesihatan. Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pegawaipegawainya
– kita membantu seperti mana yang saya kata tadi tugas-tugas mereka
untuk membantu terutama kepada mereka yang memerlukan surat sokongan daripada
pegawai-pegawai kebajikan untuk mendapat pelepasan daripada pembayaran minimum,
dan tabung yang diwujudkan adalah di bawah Kementerian Kesihatan. Akan tetapi Yang
Berhormat, saya hendak maklumkan bahawa Alhamdulillah, di bawah Yayasan
Kebajikan Negara kita ada beberapa facilities untuk dana di mana kalau pesakit-pesakit
itu berada dalam keadaan kritikal dan tidak mempunyai tempat lain atau ruang lain untuk
bantuan, bolehlah memohon di hospital-hospital untuk mereka mendapat sedikit
sebanyak bantuan melalui dana bantuan kritikal di bawah Yayasan Kebajikan Negara.
Kalau tidak, yang lain itu semuanya berada di bawah tanggungjawab Kementerian
Kesihatan.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.