Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, June 30, 2010

Belum apa-apa dah ada yang tentang

Tertarik dan amat menarik.
Itulah apa yang dapat ana buat kepada ulasan bekas orang agama dalam UMNO dan bekas orang kuat PAS yang masuk UMNO , kata dia ulamak muda ni mana dia bukti depa ni yang membolehkan depa menggelarkan diri depa sebagai ulamak, tiada kajian ilmiah pun dan apa yang beliau bimbang adalah penerapan ideologi Asriah akan meresapi kedalam UMNO nanti. Yang ni kita tak nak campur lah, biar depa bersilat antara yang sahih ulamak dengan yang berasa dah jadi ulamak tanpa ada pengiktirafan lagi, pasti kalau tanya bekas PM Tun Dr M dia akan kata , dia tu pun ulamak juga, jadi kalau ikut istilah tu memang tak salah lah depa nak guna istilah ulamak tu Ustaz no.Biaq pi la , anak muda, ketagih nak label, bagi la sat depa guna, alah nak lama mana UMNO nak pakai depa, macam ustaz juga, lepas tu depa boh didapox la, tukang bancuh kopi ka, buat nasi tambah ka, tu saja tahap ulamak dalam UMNO ni, habis sangat kalau depa sanjung, bagi jaga Felda ke sampai dah dekat nak habis aset dia , atau pun hantar pi jadi duta di Mesir ka, di Saudi ka, pasai cekap cakap Arab, lepas tu balik mai, RTM saja la, la mengajar pondok susah nak cari anak murid.
Apa yang menarik nya dalam perjumpaan dengan pemuda dan sembang dengan Ketua Pemuda , dia kata mereka ni nak diletakkan dalam BIRO saja, alahai takkan tahap tu saja ulamak ni . Kesian la, serah borang teruk-teruk, sampai ada yang kena tipu pun, hanya letak macam biro suka, biro kebudayaan saja ka?
Kalau macam tu nampaknya tak panjangla usia ulamak muda ni nampaknya. Pasai tu kot Dr Asri tak nak serah borang lagi, nak tunggu tengok dulu apa kelaku kelayak yang nak jadi.
Harap apa yang dirancang tu Islam for all akan jadi kot, jangan nanti lenyap macam lenyapnya putera UMNO sudah lah no.

Nakhaie: Ulama muda sertai Umno terap ‘ideologi’ Asri
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
KUALA LUMPUR, 1 Julai — Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad mendakwa kumpulan 40 ulama yang menyertai Umno Jumaat lalu adalah pengikut bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan mempunyai agenda tersendiri apabila menyertai parti itu.

Beliau berkata Asri menghantar pengikutnya supaya aliran pemikiran dan idealoginya dapat disalurkan ke dalam kepimpinan Umno.

“Ulama yang menyertai Umno baru-baru ini adalah pengikut Asri yang dihantar untuk menyampaikan aliran pemikiran beliau ke dalam Umno.

“Asri menghantar ulama ini dengan harapan mendapat kedudukan yang penting dalam Umno ataupun kerajaan.

“Jadi apabila sudah ada kedudukan yang baik mudah untuk mereka terapkan idealogi Asri,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Dari awal Nakhaie, yang merupakan bekas naib presiden PAS tetapi sertai Umno, tidak mempunyai hubungan “baik” dengan Asri.

Akhir Februari lalu Nakhaie memfailkan saman fitnah RM1.5 juta terhadap Asri dan tujuh yang lain termasuk editor dan wartawan akhbar Sinar Harian.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Nakhaie, yang kini berkhidmat sebagai Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), mendakwa Asri telah mengeluarkan tiga kenyataan fitnah terhadapnya dalam satu persidangan media pada 1 November tahun lepas dan dua artikel yang diterbitkan oleh Sinar Harian pada 2 dan 5 Nov tahun yang sama.

Katanya, kenyataan fitnah itu telah memberi gambaran buruk bahawa beliau adalah pihak yang menjadi dalang dalam isu memorandum menentang pelantikan Asri daripada menjadi Yang Dipertua (YDP) Yadim, dan ada penyelewengan berlaku di institusi tersebut.

Nakhaie juga mendakwa akibat daripada tindakan fitnah daripada defendan pertama yang dikeluarkan akhbar terbabit, kewibawaan dan reputasinya kian merosot.

Beliau berkata Umno perlu sentiasa berhati-hati dengan kehadiran kumpulan ulama tersebut kerana dikhuatiri akan memberikan kesan kepada kepimpinan parti itu dan juga pentadbiran kerajaan.

“Apabila seseorang menyertai Umno sudah pasti mereka mempunyai agenda tertentu termasuk kumpulan ulama itu kerana kita tidak tahu apa tujuan utama mereka menyertai Umno.

“Jika apa yang ingin disampaikan itu adalah idea politik ia tidak mempunyai masalah tapi kalau berkaitan dengan agama bimbang ia akan bercanggah dengan institusi agama seperti Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Islam dan Jabatan Mufti.

“Ini kerana bukan semua idea berkaitan agama kita boleh terima bulat-bulat, sama seperti fahaman yang dibawa Asri ada yang kita setuju ada yang tidak. Jadi kepimpinan Umno perlu peka akan perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan sekumpulan 40 ulama yang berusia antara 20-an dan 40-an menyertai Umno pada minggu lepas.

Kumpulan 40 ulama ini menyerahkan borang penyertaan ahli Umno kepada Presiden Datuk Seri Najib Razak di tingkat empat Menara Dato’ Onn sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Kumpulan itu diketuai oleh Fadlan Mohd Othman, pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mengulas lanjut, Nakhaie berkata kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai ulama itu perlu buktikan bahawa memang layak untuk diiktiraf ulama.

“Ulama dikenali dengan hasil ilmiyahnya, jadi bagaimana orang yang tidak mempunyai sebarang hasil ilmiyah boleh digelar ulama?

“Mereka perlu buktikan terlebih dahulu bahawa mereka benar-benar layak digelar ulama,” katanya.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.