Mulai 1 Ogos 2010 nanti, maka terlepas bebaslah guru-guru berijazah dalam negara 1 Malaysia ini daripada tidak boleh berpolitik kepada bebas berpolitik, tetapi politik apakah yang dibenarkan dan politik apa pula yang akan dihalang?.
Memang sudah idak menjadi rahsia lagi, umum bercakap dan pegawai atasan dan bahawan juga bersuara bahawa alasan utama maka mereka dilepas bebaskan supaya boleh berpolitik adalah tidak lain dan tidak bukan kerana kurangnya ada sokongan untuk menyokong parti yang sudah tidak mendapat sokongan hasil daripada kurangnya lubuk emas untuk memungut hasil memenuhi tembolok lagi sekarang ini setelah kawasan lubuk emas mereka sudah tidak dapat digali lagi, sudah terlepas ketangan PR selepas Mac 2008 lalu.
Ramai yang sudah berjasa dan merasa akan segala keperitan dan kepayahan kalau guru berpolitik ini, lebih-lebih lagi kalau parti yang tak sebulu dengan yang berkuasa dipusat yakni lain daripada UBN,bahkan yang akan merasa kesan yang parah adalah anak murid yang diajar dan belum faham apa makna politik. Bahkan bukan sahaja anak murid yang terasa, tetapi bagi yang berpoltik bukan daripada politik parti memerintah saperti disebut oleh kawan ana MSO UBN. maka mereka tidak dapat lari daripada segala kesusahan dan kepayahan, terpaksa berjauhan daripada anak isteri, dihantar kelubuk segala negeri, dihantar kehujung segala belantara, terpaksa berpayah naik bot laju dan perlahan, memanjat bukit dan gunung , menuruni segala lembah dan ranjau ,tetapi apa yang berlaku kawasan tersebut akan besinar pula dengan penubuhan cawangan parti dan ahli bulan mengambang, dari tiada cawangan menjadi cabang dan kawasan, dari satu menjadi sepuluh dan begitulah seterusnya sehingga terpaksalah dikembalikan balik guru tersebut ketempat tumpah darah mereka dek kerana bertambah cawangan bulan purnama ditempat jin bertendang dan lubuk berhantu tersebut.
Maka dengan peraturan baru ini, rasanya makin parahlah lagi puak ni nanti untuk mendapat sokongan cikgu dan cikgi nanti.
Cuma apa yang mungkin kita boleh jangka adalah untuk parti politik berlambang dacing cikgu boleh aktif, tapi kalau sokong yang berlambang ada bulatan , tak kira yang mata lebam ke, yang roket naik kelangit ke, bahkan yang bola ping pong pun, mereka pasti akan dipantau dan dikenakan tindakan, mungkinkah begitu aduhai KSN,?
Pernah berlaku disekolah tempat ana pernah belajar, sisuami seorang kuat parti cap kapal dulunya, setiap kali pergi perhimpunan ke KL mesti bawa isterinya yang merupakan penolong kanan, maka setiap kali itulah juga tempatnya kena diganti oleh guru yang lain, sehingga naik meluat yang lain kerana dia mengambil cuti off record , maklumlah suaminya orang besar parti tersebut, orang lain tak boleh nak kata apa, maka jawapan kepada kemarahan tersebut hanya dapat digambarkan apabila suaminya masuk jadi calon, maka pakatlah kempen supaya semua cikgu dan cikgu tolong kalahkan suami dia. Arakian maka berhasillah cita-cita sekelian cikgu dan cikgi tersebut.
Jadi harapan kita kepada ketetapan KSN ini, kalau nak beri kelonggaran, biarlah semua dapat sama habuan, bukan untuk yang dacing sahaja, tetapi apa juga parti yang berdaftar biarlah semua boleh nergiat , kalau sama-sama nak berjaga malam, biar semua diberi peluang, kalau nak berceramah , jangan nanti ada yang dihantar SB dan ada yang dibiarkan dan dikenakan tindakan, kerana ini pernah berlaku maka sebab itu ana berani bercakap.
Satu lagi masalah yang mungkin terpaksa dihadapi adalah penggunaan segala kemudahan sekolah, walaupun sekarang ini kita dapati hanya parti dacing dan keris telanjang sahaja yang boleh guna premis sekolah, boleh guna masjid dan surau, boleh guna balairaya kecuali negeri PR, maka lepas ini semua kemudahan ini dapat digunakan oleh semua pihak tak kira parti mana pun asalkan mereka itu berdaftar dan sah, bukan pertubuhan bawah tanah dan perkauman sudahlah. Setujuka.
Thursday, July 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment