Thursday, July 29, 2010
Tahniah SMA Islah
Dua hari lepas ana dijemput untuk merasmikan hari anugerah cemerlang Madrasah Al Islah di Seberang Pendang, sekolah agama rakyat yang didirikan oleh Tuan Guru Hj Aziz seorang ulamak terdekat di Pendang ini yang baru saja meninggal 3-4 tahun lepas meninggalkan sebuah sekolah yang kini dikendalikan oleh cucu beliau .
Sekolah agama sekarang ini menjadi pilihan ibubapa muslim kerana melihat suasana persekitaran yang agak gawat dengan gejala sosial yang amat parah dengan masalah mengandung masa masih belajar, masalah merokok, dadah, mat rempit, mendedah arat dan seribu satu gejala yang amat sukar untuk dibendung sehingga ada negeri yang berhasrat untuk menubuhkan sekolah untuk pelajar mengandung. Mungkinkah guru besarnya nanti boleh dicari orang yang biasa mengandungkan kanak-kanak sekolah juga, diatas pengalaman beliau itu, maka diamanahkan untuk menjaga budak-budak yang berperangai begini.
Dalam ucapan ana mengucapkan tahniah kepada pelajar dan ibu bapa yang sanggup memilih sekolah agama untuk mendapat didikan walaupun tidak sempurna dari segi prasarana dan lain-lain, tetapi atas tujuan untuk mendapat didikan untuk melayari dunia dan akhirat besekali sesuai dengan apa yang disebut oleh nabi saw sesiapa yang hendakkan dunia, hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang hendakkan akhirat juga hendaklah dengan ilmu dan sesiapa yang hendakkan kedua-duanya juga hendaklah dengan ilmu.
Anugerah bukan sahaja diberikan kepada pelajar cemerlang, tetapi juga kepada guru lelaki cemerlang dan guru wanita cemerlang serta olahragawan dan olahragawati terbaik untuk tahun 2010 ini.
Tahniah kepada semua penerima anugerah, yang belum dapat usaha lagi ditahun hadapan.
Oleh kerana mereka disini didedahkan dengan 3 bahasa sekali gus, maka kelebihan ini hendaklah digunakan dengans ebaik mungkin untuk menimba ilmu dan peluang amat terbuka luas lebih-lebih lagi kerajaan Kedah sekarang ini telah membesarkan kursus di KUIN sehingga kepada 40 kuliah termasuk kursus profesional sains saperti perubatan dan kejuruteraan. Oleh itu rebutlah peluang ini dimana selepas ini ia akan berpindah ke kampus tetap di Kuala Ketil pada 2012 nanti yang dijangka mampu menampung 10000 pelajar.
Juga tahniah kepada mereka yang menerima anugerah pada hari ini moga berjaya terus dimasa akan datang insyaallah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment