Kata orang " the history will repeat by itself".
Kalau kita menelusuri sejarah kes liwat 1 pada tahun 1998 dulu, sudah pasti kita akan masih teringat seorang yang bernama En Azizan Abu Bakar dan juga kita masih terkenang kisah usung mengusung tilam masuk keluar mahkamah dan naik turun lori diangkut oleh polis Malaysia dan juga kita sudah pasti masih terkenang akan kisah usung mengusung tilam keluar masuk mahkamah Syariah apabila kes beliau sendiri di kendalikan di Melaka setelah beliau ditangkap bersama teman wanita beliau yang akhirnya menjadi isteri beliau.
Kisah beliau sudah pasti masih segar dalam ingatan kita dan sejarah itu kini kembali didalam kisah liwat 11 pula dimana kes En Saiful yang mengadu diliwat dan masih dibicarakan didalam mahkamah sekarang ini , timbul pula satu kisah di mana salah seorang yang terlibat didalam perbicaraan tersebut diceritakan telah mengadakan hubungan intim dengan beliau saperti diceritankan oleh RPK didalam blog beliau, entah benar atau tidak dan keputusan Peguam Negara menggugur pegawai berkenaan daripada pasukan pendakwa memberikan satu persepsi bahawa RPK berkata benar dan sahlah apa yang berlaku tersebut.
Kisah perbicaraan liwat 11 yang penuh dengan tekateki dan pertikaian ini masih lagi didalam penangguhan sehingga 2 Ogos ini dan mempunyai seribu satu persoalan saperti yang disebut oleh DSAI .
Kisah bertemu dengan PM sebelum dakwaan liwat berlaku dan kisah menyimpan bukti selama dua hari sehingga tidak 'berak' dan tidak mandi wajib saperti dimaklumkan didalam mahkamah sudah pasti akan melakarkan sejarah baru dalam kes mahkamah didalam negara 1 Malaysia ini.
Pembongkaran hubungan beliau dengan DPP yang ditulis didalam Malaysia Today yang dikatakan oleh Timbalan Menteri MITI yang hanya benar 40 % itu kini menjadi satu persoalan yang berlegar didalam Pejabat AG sehingga terpaksa digugurkan nama beliau demi hendak menjaga persepsi awam terhadap integriti Pejabat AG. Konon inilah cara terbaik untuk menjaga kreadibiliti Pejabat AG negara 1 Malaysia ini dimata dunia setelah teruk dibelasah oleh rakyat terutama selepas pemecatan Tun Salleh Abbas dizaman Dr M menjadi PM.
Rakyat sebenarnya masih kabur dan keliru apakah persoalan integriti dan kredibiliti Pejabat AG sebelum ini yang mengenepikan laporan perubatan dari Pusrawi dan Hospital Besar KL yang mengesahkan tiada 'penetrasi' itu masih lagi relevan untuk meneruskan kes. Rakyat juga bertanya dan inginkan jawapan seandainya tidak ada penetrasi bagaimanakah pula kesan DNA yang diperoleh dari semen yang terpaksa disimpan selama 2hari daripada dikeluarkan atau dicuci oleh sikena liwat tersebut.
Persoalan ini sudah tentu menjadikan soal persepsi integriti dan kreadibiliti menjadi tajuk utama bukan hanya dengan menggugurkan salah seorang DPP daripada pasukan pendakwa , maka sudah selesai dan boleh cuci tangan. Amat malang dan sedih sekiranya itu saja jalan penyelesaian yang difikirkan oleh penjawat di Pejabat AG tersebut. Apakah siasatan terperinci dan laporan polis dan pemeriksaan kesihatan akan dilakukan terhadap dakwaan PRK ini hasil tulisan didalam Blog beliau?. Rakyat juga ini tahu apakah tulisan ini terkandung didalam 40 % yang betul atau hanya berada didalam kategori 60 % yang tidak benar saperti yang diperakukan oleh Timbalan Menteri MITI tersebut.
Sebenarnya dunia makin celaru dan 1Malaysia makin keliru, mana satu yang boleh dijadikan panduan dan ikutan kerana setiap yang timbul, selalunya dinafikan tetapi tindakan yang dibuat seolah-olah menyesahkan. Kalaulah begini yang terjadi, sudah pasti sampai kiamat pun segala persepsi akan menjadi realiti.
Satu persoalan yang menerpa didalam benak pemikiran ana apakah selepas ini akan ada satu lagi siaran langsung untuk upacara sumpah didalam mana-mana masjid yang akan menafikan tulisan PRK ini dan kemungkinan besar akan disaksikan oleh para ulamak yang menjadi ahli parti 1 Malaysia pula.
Wednesday, July 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment