Diharap artikel dan gambar ini akan memberikan kesedaran dan sikap terbuka serta minda yang lebih luas kepada mereka yang terlalu sempit pemikiran dan tidak dapat menerima penerangan orang lain betapa luas dan adilnya sepatutnya sikap umat Islam sehingga ia dapat diterima oleh bukan Islam terutamanya contoh dan teladan yang dapat diambil oleh mereka untuk menjadikan Islam itu sebagai pegangan hidup dan sikap terbuka umat inilah perlu diberikan oleh mereka sebagai dakwah bilhal yang sudah menjadi satu kunci yang cukup berkesan untuk membuka hati umat sebelum ini menerima hidayah Allah sehingga Islam dapat memerintah 3/4 dunia ini dizaman keagungan Islam.
Harapan kita agar sejarah akan berulang dengan melihat kepada contoh teladan umat yang cukup prihatin dengan kehendak masyarakat masakini yang sudah tidak lagi berpijak dibumi nyata kerana kebejatan sosial dan masalah masyarakat terkini sehinggalah mereka menjadikan Islam sebagai pegangan hidup mereka didalam kehidupan dalam setiap segi.
Contoh yang paling baik buat dijadikan teladan adalah tidak lain dan tidak bukan adalah pimpinan para ulamak yang muktabar dan mereka yang benar-benar bertaqwa kepada Allah, bukan mereka yang hanya bercakap tentang Islam, tetapi tidak melakukan apa yang diarahkan oleh Islam itu sendiri. Contoh paling mudah, mereka bercakap pasal adap Islam didalam emasuki masjid, tetapi mereka sendiri membiarkan anak isteri mereka dalam hal keadaan tidak menutup aurat denagan sempurna apabila memasuki masjid, apakah manusia sebegini wajar dijadikan contoh untuk menaikkan nilai Islam dimata masyarakat bukan Islam?.
Thursday, September 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment