Tak kan Tan Sri boleh tidur lena kut dengan imbuhan yang dikatakan jutaan ringgit setiap tahun , tetapi anak buah kais pagi makan petang, kais petang sampai tak makan ni , sudah 53 tahun merdeka tak kan Indon dan Bangla dilayan baik tetapi anak negeri sendiri masih berada dalam tahap kemiskinan tegar nih.
Tan Sri tak kan nak beri janji kepada mereka setiap kali menjelang pilihanraya " kita akan beri hak milik tanah kepada tuan-tuan yang telah menyelesaikan hutang tuan-tuan", lepas pilihanraya senyap sehinggalah datan pilihanraya sekali lagi maka janji nak beri hakmilik sekali lagi. Apakah ini tidak akan menjadi persoalan apabila kita memasuki kubur nanti aduhai Tan Sri?.
Tan Sri tidak prihatinkah dengan rumah mereka yang bocor dan saluran kumbahan yang tersumbat yang sudah berkali dan berbuih mulut laporan dibuat tetapi masih belum dapat diselesaikan oleh pengurusan dibawah seliaan Tan Sri nih?
Tan Sri tahu tak bahawa pendapatan mereka masih jauh dibawah pendapatan sebuah negara merseka dimana dalam wawasan ekonomi PM yang hendakkan rakyat berpendapatan tinggi masih jauh dari mencapai kenyataan , bahkan ada yang dinafikan untuk membuat kerja overtime untuk mendapat sedikit lebihan pendapatan pun dihalang?
Tan Sri adakah TS sedar masalah kami ni?
Friday, September 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment