Sedap juga baca komen DS Najib pasal orang bukan Islam masuk masjid, kata dia YB Teo beri tazkirah, dan yang jadi tak bolehnya pasal kawan tu tak tutup aurat, jadi betullah tindakan MAIS tu kepada AJK surau tuh, pasal bukan Islam tak sopan bila masuk masjid, tak tutup aurat. Setahu ana lah, orang bukan Islam tidak ada istilah aurat bagi mereka, sebab dah memang mereka tida hukum taklif didalam apa jua hulum hakam Islam, sebab mereka dah bukan Islam, macam puasa dan zakat, kewajipan hanya kepada orang Islam sahaja.
Oleh sebab itu kalau orang Islam yang masuk masjid tak tutup aurat, maka barulah layak dan wajib dikenakan tindakan, jadi kita rakyat Malaysia nak tanya apa tindakan yang telah diambil oleh Pengarah MAIS atas manusia yang digambarkan dalam gambar dibawah ni hah, tolong lah beritahu rakyat sama, kami yang jahil nak tahu juga apa hasil siasatan, ke yang ini bileh walaupun istilah tutup aurat yang diterima caranya oleh orang besar MAIS tu la.
Nampaknya PM kita ni belum baca kut keputusan Majlis Fatwa yang mengharuskan bukan Islam masuk masjid tetapi dengan tujuan baik dan mendapat keizinan AJK surau/ masjid dan berpakain bersopan. Agaknyalah kalau yang Islam nak masuk masjid tu bersopan tu macam ni lah kot.
Hukum membaca Al-Quran tanpa menutup Aurat
SOALAN 1
APA hukumnya membaca al-Quran tanpa menutup aurat?
JAWAPAN: Hukumnya haram. Untuk membaca al-Quran itu sekalipun mesti dengan mengangkat hadas kecil dan besar, inikan pula membacanya dengan membuka aurat.
Al-Quran dibawa oleh malaikat yang suci daripada Allah dari lapisan langit yang pertama. Membaca al-Quran adalah ibadat, maka ibadat itu mestilah dilakukan dalam keadaan menutup aurat.
Ini kerana kebanyakan ibadat dalam Islam menuntut kita supaya menutup aurat, termasuklah amalan yang wajib dan sunat. Jika seseorang itu ingin menunaikan solat fardu, maka wajib dia menutup aurat. Ini bermakna solat sunat juga diwajibkan menutup aurat.
Yang kedua, kita perlu ingat ketika membaca al-Quran si pembaca sedang berinteraksi dengan kalam Allah s.w.t., sedang meneliti perintah-perintahnya serta larangan-larangannya. Justeru mestilah memelihara kesopanan ketika menatap kalam Allah.
Boleh dikira semua ibadat yang khusus dalam Islam dituntut supaya ketika melakukannya dalam keadaan menutup aurat. Di sini ada beberapa perkara yang perlu dipelihara ketika membaca al-Quran supaya maksud tarbiyah melalui bacaan dapat dicapai oleh pembaca:
Adab secara batiniah
* Ambil wuduk dan kemudian duduk menghadap kiblat dengan cara yang penuh sopan.
* Jangan membaca terlalu pantas tetapi bacalah dengan teratur dan betul tentang penyebutnya.
* Cuba berusaha untuk menangis walaupun anda terpaksa memaksa diri anda untuk melakukannya.
* Tindakbalas terhadap ayat rahmat (keampunan) atau azab hendaklah seperti yang telah diterangkan di atas .
* Bacaan hendaklah dilakukan dengan perlahan jika didapati diri anda tidak ikhlas ataupun akan menyebabkan gangguan terhadap orang lain. Jika tidak, bacalah dengan suara yang kuat.
* Bacalah dengan suara yang merdu kerana banyak hadis yang menekankan tentang amalan ini.
Adab secara lahiriah
* Hati kita hendaklah penuh dengan rasa keagungan al-Quran dan menyedari tentang kemuliaannya.
* Hendaklah merasakan di dalam hati bagaimana Maha Halus Maha Agungnya dan Maha Gemilangnya Allah Yang Maha Berkuasa kerana al-Quran ini adalah wahyu daripada-Nya .
* Hati kita mestilah bebas daripada gangguan dan keraguan.
* Selamilah maksudnya dan perolehilah kenikmatan daripada bacaan kita.
Wednesday, September 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment