Hari ini bermula peperangan dengan BN dalam hal kenaikan harga minyak. Menteri pengguna telah membawa usul pasal relevannya kerajaan mengurangkan subsidi minyak hingga rakyat terpaksa membayar balik 78 sen lebih harga minyak satu liter. Dalam masa soal jawab tadi, ana bangun beberapa kali untuk menanya soalan antaranya adalah termasuk dalam bidangkuasa Menteri Pengguna tentang kenaikan harga barang dan pemantauan harga barang. Ana rasa cara packing barang dan bentuk barangan yang kerajaan dan kilang sediakan sekarang ini adalah tidak kepada mesra pengguna . Kalau kita pergi ke pasaraya dan juga kedai-kedai runcit, maka kita dapati packing barangan tak sama timbangan atau sukatan dan apabila kerajaan melalui iklan yang sering keluar TV menyeru rakyat supaya membandingkat harga tetapi kalau kita lihat kepada bentuk packing memang tak sama antara satu produk dngan produk syarikat yang lain , kita ambil contoh saperti susu tin, antara satu syarikat dengan syarikat yang lain , kalau kita lihat sukatan pula ada yang 250 ml dan ada yang 285 ml , bagaimana pula dengan harga adakah terpaksa kita bawa kalkulator setiap kedai untuk kita bandingkan harga satu syarikat dengan syarikat yang lain bagi harga setiap gram barangan tersebut.
Begitu juga dengan barangan kawalan, ia nya hanya dikawal untuk barangan asas saperti roti misalnya, dikawal harga tetapi bagi harga barangan yang ditambah vitamin atau lain maka harga tak dikawal lagi, tetapi ikut pasaran.
Sunday, June 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment