Kelmarin ana sempat bertanya soalan tambahan kepada JPM ekoran soalan Kulai mengenai ketidak seragaman yang berlaku antara negeri didalam Malaysia dari segi KDNK. Jurang antara satu dengan yang lain masih jauh berbeza dan antara langkah kerajaan adalah NCER untuk kawasan utara. Tanya ana apakah yang telah dilakukan oleh kerajaan agar KDNK itu dapat dikecilkan perbezaan nya selepas ianya dilancarkan dengan perbelanjaan pelancaran sahaja bernilai 10.9 juta ringgit.
Timbahan Menteri dari Cameron Highland tika menjawab bahkan berkata benyak yang dibuat berkaitan dengan infra dan berjanji akan jawab secara bertulis. Insyaallah ana tunggu jawapan itu.
Realiti yang ana lihat, memeang infra ada la, timbus buat jalan diban sungai MADA dan yang lain belum nampak lagi. Dulu dalam jawapan kepada soalan lisan ana, juga dijawab bertulis, ada banyak juga tetapi tak la yang nampak dimata lagi, cuma yang ada atas kertas. Janji banyak, petani yang menanggung, memang perit menagih janji tersebut. Antara yang masih tak tertunai adalah bayaran insentif untuk hasil padi, siapa yang dapat hasil lebih, akan diberi insentif hasil lebih ini, tetapi mengikut empunya tubuh, duit tu sampai sekarang masih belum berbayar. Agaknya tunggu PRU 13 barulah berbondong-bondong menteri turun kekampong macam santa claus nak bagi duit insentif tu nanti.
Masa PM datang ke Pendang nak rampas Parlimen Pendang sebelum PRU 12 hari tu, janji nak bagi 27 juta nak dalam dan lebarkan sungai Pendang daripada banjir ,tapi ana tanya DO baru-baru ni, dia kata tak nampak bayang nak turun lagi pun. Ini lah agaknya yang kena tolak di 5 negeri tu. Duit yang dijanji tu entah masuk kekocek mana pun tak tau. saperti kata tok guru,orang pakai kot ni poket dia banyak yang tersembunyi, mudah simpan duit dan orang tak nampak. orang pakai baju Melayu hanya ada 3 poket, itupun orang boleh nampak, susah nak susup duit.
Lagi tebal kot, lagi banyak duit boleh susup. Itu andaian ana la. renung lah tengok...
Thursday, June 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment