129 sokong, 78 tentang. Begitu bunyi keputusan yang telah disiarkan oleh media dalam perbahasan kelmarin dimana 129 ahli parlimen BN untuk menindas rakyat dengan menyokong dinaikkan harga minyak ekoran pengstrukturan semula subsidi minyak yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.
Apabila dikampong mereka kata mereka berkata akan berusaha membantu rakyat menghadapi kemelut kesusahan rakyat, tetapi pada kali ini mereka menyokong usaha yang dibuat oleh Kementerian untuk menyusahkan rakyat bila menyokong kenaikan harga minyak dan seterusnya menaikkan harga barangan, ataupun peningkatan harga berkait ini. Ini bermakna benak hati mereka untuk menentang tetapi terpaksa menyokong bila ketua BN menyatakan mereka agar menyokong usaha menaikkan harga minyak tersebut. Benak hati memang mahu menentang, bahkan ada yang kata mereka pun tak suka dengan naik harga minyak ni, kata sesetengah anggota BN , tetapi apakan daya kata mereka terpaksa menyokong. Walhasilnya merekalah sebenarnya yang mengabsahkan kerajaan untuk menindas rakyat. Kalau sekiranya bangkangan semalam mendapat kelulusan, maka dengan sendirinya bermakna kerajaan akan terpaksa mengkaji semula kenaikan harga minyak dan menurunkan harga minyak kepada tahap yang tidak menindas, kata Bagan kelmarin, rekod dunia, naik 40 % hingga 65 % harga minyak.Malaysia boleh.
Oleh itu didalam ceramah dan perjumpaan dengan rakyat, diharap akan dapat dihebahkan kepada rakyat bahawa sikap hipokrit wakil rakyat yang menyokong kenaikan harga minyak ini kepada rakyat adalah mereka dari kalangan BN, bahkan yang berusaha untuk menurunkan harga minyak adalah dari pihak pakatan rakyat.
Minyak memang menjadi isu global sekarang ini, tetapi apabila kita diberitahu yang sejumlah RM 335 billion telah disumbangkan oleh petronas kepada kerajaan , apa yang rakyat ingin tahu adalah kemanakah sejumlah wang tersebut telah digunakan oleh kerajaan untuk faedah rakyat ramai dan bukan hanya segelintir kroni sahaja. Kerana bila bila kita sebut petronas, teringat kita akan kisah membailout PKB, twin tower, formula 1, petronas philharmonic yang menghabiskan puluhan juta ringgit dalam masa sebulan memberi gaji puluhan ribu sebulan kepada pemuzik didalam konsert ini. Harapan agar dengan lulusnya usul ini, maka rakyat tentu akan sedar siapakah sebenarnya yang menindas rakyat dan siapakah yang berusaha untuk menolong rakyat.
Saya tertarik apabila wakil Bagan mengesyorkan untuk kerajaan membayar 6000 satu keluarga hasil keuntungan petronas setahun sebanyak 85 billion hasil daripada tekanan hidup sekarang ini, tetapi kerajaan hanya memberikan hanya 625 ribet cukai jalan sahaja, bermakna 1.70 sehari hasil dari minyak ini. Itu pun kena tunggu 2-3 jam di pejabat POS yang mana ditanya oleh Pasir Mas adakah POS yang di ounyai oleh ECM Libra dan Aveneu Capital mendapat komisyen sebanyak 6 %. Bayangkan kalau dari sejumlah 8 billion yang akan diberikan kepada rakyat sebagai ribet, hanya 1% sahaja rakyat yang tak ambil maka dah 8 juta duit sejuk telah masuk dalam kantung Aveneu Capital. Tetapi menteri tak jawab persoalan tersebut yang Pasir Mas nak tahu tu.
Bayangkan kalau kena tunggu sampai 3 jam, analah salah seorang yang tak nak pi ambil wang ribet tu, banyak lagi kerja lain yang boleh ana buat masa tu. Dalam ECM Libra tu, semua orang tahu sapa yang ada didalamnya. Rakyat tertindas dengan naiknya harga minyak, tetapi ada orang tersenyum hasil kenaikan harga minyak ni.
Monday, June 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment