Ana baru dapat berita malang yang menimpa orang kampong ana yang merupakan orang yang sering memegang kepala ana ni, ia itu penggunting rambut ana yang sering ana berurusan dengan beliau setiap kali hendak memendekkan rambut .
Malang tak berbau, dalam usaha untuk membawa anak pulang dari sekolah kelas KAFA, tiba-tiba telah dipanah petir dan seorang daripada anak beliau meninggal.
Ana melahirkan rasa simpati dan amat sedih atas kejadian ini, tetapi malangnya tak dapat ziarah lagi kerana ana ada didalam perlimen. Insyaallah bila balik hujung minggu ni akan akan ziarah keluarga beliau. Cuma malam tadi EXCO YB Tuan Hj Mohd Taulan Rasul yang telah menzirahi beliau, terima kasih.
Ana petik berita dari UM melalui internet report.
"Seorang kanak-kanak maut dipanah petir ketika sedang membonceng motosikal yang ditunggang bapanya dalam perjalanan pulang dari sekolah di Kampung Banggol Kambing, Pendang dekat sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 petang itu, Mohd. Munir Abdul Kadir, 9, baru sahaja dijemput pulang oleh bapanya, Abdul Kadir Mat Isa, 41, setelah menghadiri Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Sekolah Kebangsaan Pendang.
Seorang penduduk kampung yang menyaksikan kejadian, Abdul Rahman Mahmud, 44, berkata, cuaca ketika itu mendung dengan bunyi dentuman guruh yang kuat.
``Saya nampak mangsa, bapa dan seorang lagi adiknya tiba-tiba disambar petir kira-kira 500 meter sahaja dari rumah mereka.
``Motosikal mereka terbalik dan ketiga-tiga beranak rebah di tempat kejadian,’’ katanya kepada pemberita ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
Menurutnya, dia juga melihat baju dan seluar mangsa terkoyak dengan kesan terbakar.
Tambahnya, penduduk kampung segera menghubungi ambulans dan membawa ketiga-tiga mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan."
Khabarnya sekarang ni di Kedah hujan lebat, dan ana merasakan bila berlaku hujan begini, kisah silam Raya Puasa dua tahun berturut -turut ana terpaksa beraya atas bot menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir ditempat ana.
Berdoalah moga pada kali ini tidak ada lagi kejadian saperti dulu insyaallah.
Monday, June 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment