Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, June 27, 2008

OKU lebih cekap main, orang sempurna tau nak peghabis duit.



Jumaat petang, 27 Jun 2008, semasa sedang bersiap sedia untuk kekebun melihat cempedak dan dokong yang ku tanam, sudah ada hasil ke belum, tiba tiba ada panggilan untuk meresmikan permainan sepak raga tuju yang dianjurkan oleh pemuda kami dari seberang pendang. Ana pun bergegas kesitu untuk tidak menghampakan sahabat dan alangkah terkejutnya , ingatkan dua tiga puluh orang saja, tetapi hampir 200 orang sedang bermain sepak raga tuju , ada yang datang dari Pulau Pinang dan ada yang mai dari Sanglang, Perlis, tempat yang bakal diadakan PR kecil akibat ketidak betulan SPR dalam membuat keputusan PRU 12 lalu. Sepatutnya yang menang PAS, tetapi oleh kerana tidak mahu PAS diberikan ruang dalam DUN Perlis, maka keputusan diishtiharkan kosong kerusi Sanglang. Kalau kita lihat sejarah Pasir Puteh dan Sanglang, maka ianya adalah serupa dan sama, cuma yang Pasir Puteh yang buat Petisyen adalah BN , tetapi di Sanglang yang buat petisyen adalah PAS. Bila kita kata SPR ni suruhanjaya penipu rakyat, mereka kata kalau tak puas hati bawa ke Mahkamah, tapi bila bawa ke mahkamah, precedent dah ada pun depa tak mau ikut.
Balik kepada sepak raga tuju tadi, ana rasa sukan patut dihidupan semula oleh kepimpinan negeri yang baru ni, kerana asalnya sukan ni memang top di Kedah, tapi entah macamana ianya jadi tak menyengat bahkan dengan negara eropah pun kita sudah hampir mengalah sekarang ni. Adakah ini akibat tak ambil berat kepimpinan negara pasal sukan ni, maklumlah tak ada dalam sukan olimpik, kalau tak bolehlah hadiah kalau pingat emas, sejuta ringgit satu pingat dan dapatlah pencen 5 ribu satu bulan seumur hidup, bersemangatlah sikit rakyat nak main. Dahlah harga barang tengah naik akibat penindasan BN kepada rakyat denga naiknya harga minyak 40 % dan 63 % baru-baru ni, nak buang duit dengan bagi imbuhan kepada ahli sukan melampau dah depa ni, tak boleh bagi can lagi dah lain kali.
Gambar ana muat ni adalah pemberian cenderahati kepada OKU yang main sepak raga dengan sebelah kaki saja, dia pakai crutches tetapi boleh main baik macam orang lain, kecacatan dari kecil lagi. Malu la ana tengok dia main, kita pun tak pandai main sampai macam tu. Alah bisa tegal biasa, selamat maju jaya sukan kita, tapi jangan sampai membazir wang negara dan rakyat kita.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.