Tuesday, June 24, 2008
Tunggu dana dari taukeh minyak masuk ke Labuan.
Perbahasan dalam parlimen semalam 24 Jun tidak berapa panas. Pindaan RUU persisir labuan mengenai dana kewangan dan bank untuk labuan dipinda. Kalau nak dibandingkan dengan dana-dana pesisir ditempat lain, memang agak jauh lagi ketinggalan kita nak dibandingkan dengan mereka. Cuma apa yang pernah ana sentuh dalam perbahasan sebelum ini tentang wujudnya dana sejumlah 1.3 trillion dollah US yang dimiliki oleh tauke minyak arab yang sekarang sedang dipancing juga oleh Singapura dan Hong Kong yang berusaha untuk menubuhkan perbankan Islam di Negara Mereka dalam usaha menarik pelabud tauke minyak Arab ini. Ini pernah ana sentuh dalam ucapan ana nun dalam perbahasan dalam sissi yang lepas. Semalam sekali lagi Tumpat telah mambawa isu ini dan diharap ia akan mendapat perhatian kementerian kerana kita tidak mahu dana sebanyak ini akan semuanya terus pergi ke Hong Kong dan Singapura. Biarlah ia datang kenegara kita dan akan terus berkembang disini untuk faedah dan kemakmuran rakyat kita. Dan jangan pula ianya hanya akan berlegar dikalangan kroni dan ahli keluarga UMNO sahaja, biarlah ianya dirasai oleh semua rakyat. Kita tak mau saperti apa yang sedang terjadi kepada dana petronas yang diberikan kepada kerajaan, 335 billion tetapi rakyat dipendalaman semenanjong dan sabah serawak masih lagi ketinggalan dalam mencecah kenikmatan ini. Bahkan kemudahan asa air dan letrik pun belum mereka nikmati, apatah lagi internet dan web tv.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment