Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, June 26, 2008

Keliru bahkan mengelirukan.


Saja nak suruh antum komen pasal ulasan Kak Ummu Hadhari ni, dulu kata melacur kalau terpaksa tak pa, pas tu kata org Islam bincang bab remeh temeh, pasal sembahyang kepada perenang negara Malik Maidin sampai tak sembahyang subuh , kata dia harumkan nama negara lebih penting lagi. La ni pasal tutup aurat yang digalakkan oleh MPKB-BRI tu dia kata remeh temeh pula. Kita pun hairan juga, kalau hampa tak mau buat, janganlah marah orang nak buat apa yang Allah suruh. Tolonglah support. Tapi kalau yang Hadhari buat walaupun mufti kata mengelirukan, itu hampa support bagai nak rak.Tak tau la berapa banyak dah duit rakyat dihabiskan untuk mempromosikan suatu program yang mengelirukan rakyat saperti kata Mufti Perlis tu.

Mashitah kata “sepatutnya mereka perlu memberi keutamaan isu yang lebih besar daripada isu memakai tudung seperti isu pengkid dan menangani masalah sosial”

“Tumpuan seperti itu perlu diberi keutamaan daripada tumpuan yang lebih kecil. Inilah masalah orang Islam lebih mementingkan perkara kecil manakala tumpuan yang lebih besar ditinggalkan.”

Cuba perhatikan ayat Allah ini;

‘Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya(semasa keluar dari rumah), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal(perempuan yang baik-baik), maka dengan itu, mereka tidak diganggu.Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani’(Al-Ahzab 33 : 59)

Ingin bertanya kepada Mashitah, apakah kenyataan beliau itu menunjukkan ayat-ayat Allah adalah perkara kecil dan remeh-temeh ?

Dan sekarang giliran Mashitah pula bertanya kepada diri beliau sendiri;

‘Apakah yang aku dan kerajaan BN telah lakukan untuk menangani gejala social? Apakah yang aku dan Ustaz-Ustaz BN telah lakukan untuk mengatasi masalah pengkid dan menangani masalah sosial?

Dan sekarang saya bertanya semula, apakah contoh tauladan yang diberikan kerajaan BN kepada rakyat? Bagaimana rakyat wanita nak pakai tudung kalau di lihat mereka pemimpin, menteri wanita dan isteri-isteri menteri-menteri sendiri bebas tak bertudung?Memang soal iman masing-masing tapi bukankah kepimpinan melalui tauladan.

Ana tak taulah kalau besok lusa berlaku reshufle kabinet, Ummu Hadhari ni naik jadi menteri, habis jadi huru hara di Jakim tu nanti. Besuk bila kita tak mau salam dengan dia macam gambar presiden Iran ni, dia buat cerita lagi. Nasib baik tak boleh masuk bertanding dulu, kalau tidak lagi naik tocang la dia.Orang Baling baru satu penggal dah tahu perangai, tetapi Imam Hadhari masih lagi sayang kat manusia pengeliru ummah ni agar semua manusia jadi habis keliru.jumpa lagi

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.