Menarik apabila membaca apa yang dijawab oleh calon BN di Hulu Selangor apabila ditanya oleh pemberita , beliau berkata dia tidak pernah mencium tangan TPM. Lalu ada orang bawa gambar dan paparkan apa yang berlaku sebenarnya, dan memang jelas dilihat dia mencium tangannya sendiri tanpa TPM sedar bahawa dalam suasana baru disebut nama menjadi calon beliau sudah pandai membelit dalam memberi jawapan.
Ana juga terpegun dengan silat lincah anak buah Samy Vellu ini, kalau ketua dia pandai memusing UMNO dengan 3-0, maka apa kurang calon ni, sanggup dia memperdaya TPM dengan jawapan yang benar diberikan kepada pemberita. Siapa sebenarnya tertipu dalam hal ini, ?. Maka ana nak tambah, sampai la, 4-0 TPM dah kena dengan calon Hulu Selangor dari BN ni. Kesian UMNO especially TPM.
Setakat 4-0 masih belum cukup, ianya perlu ditambah, maka satu lagi pasti akan memberikan markah yang amat menyenangkan BN untuk terus memperdaya rakyat dengan jawapan yang beliau berikan. Gol kelima beliau dapat dilihat disini.
Wednesday, April 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment