DR. 19.4.2010
152
8.39 mlm.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Ada dua tiga perkara yang saya hendak
sentuh.
Pertama, tentang jaket keselamatan. Walaupun ini perkara baru yang disentuh dalam
perkara ini, saya ingin tahu siapakah atau murid-murid jenis manakah yang diperuntukkan untuk
jaket keselamatan ini? Sama ada mereka yang sekolah rendah, sekolah menengah ataupun
sesiapa sahaja daripada murid-murid tersebut? Apakah kategori murid ini? Pelajar miskin
ataupun mereka yang tidak tergolong kepada pelajar miskin? Juga syarikat manakah yang
dianugerahkan pembekalan jaket ini?
2040
Kedua, tentang elaun murid berkeperluan khas. Apakah maknanya berkeperluan khas di
sini? Apakah mereka ini tergolong mereka-mereka yang memerlukan cermin mata kah, misalnya
hearing aid atau yang kurang pendengaran atau pun apa juga bentuk-bentuk keperluan khas
yang di peruntukan kepada murid-murid ini. Ketiga, tentang elaun balik kampung. Saya
mendapat keluhan daripada guru-guru yang mengajar di Sarawak dan juga yang boleh berpindah
ke Semenanjung. Mereka mengatakan mereka tidak mendapat elaun kargo. Maknanya apabila
mereka membawa balik barang-barang dari Sarawak ke Semenanjung melalui kargo kapal,
mereka terpaksa menunggu hampir satu tahun. Apabila mereka menghantar borang untuk claim,
mereka tidak diberitahu bilakah barang-barang mereka akan sampai dan kadang-kadang mereka
terpaksa - sebab kalau menghantar kereta dari Sarawak ke Semenanjungnya mereka terpaksa
membeli kereta lain di Semenanjung ini kerana bila tidak dapat ditentukan kereta yang mereka
hantar di Sarawak itu akan sampai. Ini berlaku beberapa kali dan beberapa orang telah bertemu
dengan saya dan minta perkara ini dibangkitkan di dalam Dewan Rakyat ini.
Saya harap pihak kementerian dapat memberi penerangan sejelas-jelasnya
bagaimanakah teknik atau cara sebenarnya mereka hendak menuntut atau claim balik elaun
balik kampung ini yang mereka terpaksa menggunakan modal yang lain untuk membeli barangbarang
keperluan yang mereka telah kelewatan hampir satu tahun tersebut. Seterusnya,
berhubung dengan keluhan yang disentuh oleh Yang Berhormat Hulu Terengganu tadi, saya rasa
banyak juga kes-kes di mana sekolah-sekolah terpaksa membayar sendiri bil-bil menggunakan
kepandaian mereka untuk mencari dana untuk membayar bil. Saya rasa ini satu perkara yang
perlu diberi perhatian oleh pihak kementerianlah. Tidak mungkinlah sekolah yang diberi modal
oleh kerajaan juga terpaksa guru-guru dan guru besar sendiri mencari modal untuk membayar bil
utiliti ini. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuesday, April 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment