Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, April 19, 2010

Mana pampasan alam sekitar untuk Kedah ni.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya, Yang Berhormat
Pendang.
7.12 mlm.
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi
kerana memberikan saya kesempatan pada kali ini. Maksud B.29. saya hendak sentuh hanya
perkara berhubung dengan SPAN iaitu RM15 juta peruntukan tambahan. Seperti mana yang kita
bahaskan pada sesi yang lepas iaitu Akta 655 di mana SPAN diberikan kuasa bebas untuk
mengawal selia perkhidmatan bekalan air, mengawal selia sistem pembetungan dan kawal selia
ekonomi dan sosial. Jadi, daripada RM15 juta ini saya ingin - dan perbahasan yang hangat juga
pada sesi yang lepas berhubung dengan ada negeri-negeri yang ternyata tidak berapa enak
dengan penubuhan SPAN ini. Saya hendak tahu masih adakah negeri-negeri itu tidak bersetuju
dengan penubuhan SPAN dan pada mulanya ada negeri yang menentang.
Kemudian, saya ingin tahu apakah sumbangan setakat ini yang dapat diberikan oleh
SPAN dalam meningkatkan peningkatan pemberian bekalan air kepada negeri-negeri kerana
salah satu daripada tugas SPAN ini adalah untuk mengurangkan NRW (non-renewable water)
kerana kita tahu proses untuk meningkatkan perkhidmatan air ini cukup besar belanjanya.
Misalnya di negeri Kedah kita terpaksa ataupun Kedah terpaksa berhutang RM1.6 bilion tidak
silap saya dari segi untuk meningkatkan perkhidmatan air kepada rakyat di negeri Kedah dan
juga apakah RM15 juta ini termasuk di dalam janji yang telah diberikan oleh Perdana Menteri
yang lalu berhubung dengan pampasan alam sekitar yang dijanjikan kepada Kerajaan Negeri
Kedah supaya tidak menebang hutan ataupun kawasan tadahan air sebanyak RM100 juta bagi
setahun. Apakah RM15 juta ini termasuk di dalam kos ini. kemudian, saya juga ingin tahu Forum
Air Malaysia juga terletak di bawah SPAN ini, berapakah banyak aduan yang telah diterima oleh
Forum Air Malaysia ini? Apakah jenis-jenis aduan yang telah dilontarkan di dalam Forum Air
Malaysia ini dan juga berapa banyakkah kes-kes yang diselesaikan oleh Forum Air Malaysia ini?
Berhubung dengan kempen teknologi hijau RM1.5 juta. Apakah bentuk dan jenis kempen
yang telah dijalankan oleh kementerian di dalam mempromosikan teknologi hijau setakat ini
DR. 12.4.2010
127
kerana kita hanya mendengar teknologi hijau, apakah promosi ataupun kempen yang telah
dilancarkan? Seperti yang pernah saya cadangkan iaitu penggunaan air di dalam kita
menjalankan kenderaan. Apakah ini merupakan salah satu daripada perkara yang masuk di
dalam kementerian ini untuk kita mempromosikan atau melaksanakan kerja-kerja menggunakan
air sebagai bahan bakar dalam kenderaan. Sekian Tuan Pengerusi, terima kasih.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.