Memang semasa pilihanraya ni bermacam jenis fitnah dan kerja jahat dibuat hanya sanya untuk mengaibkan lawan dalam pertandingan pilihanraya terutamanya semsa pilihanraya kecil macam di Hulu Selangor sekarang ini.
Disini memang adalah gambar superimpose yang boleh dilihat dengan jelas dalam blog yang ini.
Mereka sanggup lakukan apa saja untuk menyebarkan tohmahan mereka ini agar rakyat percaya, tetapi segala apa yang mereka buat dapat dikesan oleh rakyat yang sudah cerdik dan celik ICT kini.
Kalau beliau sendiri dah mengaku pernah meminum arak dan sudah pun bertaubat, apakah kita masih lagi nak mendesak beliau untuk membuka aib beliau tersebut.
Kalau kita kaji sejarah Islam pun, Saidina Omar yang pernah semasa jahiliah beliau dan sebelum Islam pun pernah meminum arak dan setelah datang Islam dan memeluk Islam maka dipecahkan tempayan arak ramai-ramai dan baginda juga sebelum Islam pernah diceritakan dalam sejarah menyesal dengan masa jahiliah baginda pernah membunuh anak perempuan baginda dengan menanam hidup-hidup, tetapi menyesal amat sangat selepas memeluk Islam.
Apabila mereka mendapat hidayah Allah,maka mereka bertaubat atas kesalahan mereka dimasa lampau dan itulah sebabnya apabila seseorang yang sudah bertaubat dan menyesal maka apakah salahnya mereka ini diberi kesempatan dan menerima hasrat hari beliau yang menjadi calon tersebut.
Monday, April 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment