Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Tuesday, April 20, 2010

MA, adakah anda berisiko bersalah di Klinik 1 Malaysia.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Terima kasih Yang Berhormat Gombak.
Yang Berhormat Pendang, selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.

9.39 mlm.
Dato' Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi.
Butiran 010200 – Sumber Manusia. Saya masih ingin menyentuh tentang Klinik 1Malaysia
berhubung dengan Sumber Manusia ini. Saya tidak tahulah dari mana Yang Berhormat Menteri telah menggunakan perkataan ‘Assistant Medical Officer’. Kerana saya cari dalam Akta 50, Medical Act, Akta Medical Assistant, Akta 180 tidak ada istilah sebagai Penolong Pegawai Perubatan. Ini kerana saya menyuarakan hasrat ini disebabkan oleh kita memerlukan RM150 juta untuk tambahan emolumen.

Ini kerana kalau kita sebut assistant medical officer, mereka tidak tergolong dalam
kategori mana dalam Akta 50 ataupun Akta 180. Bahkan kalau kita tinjau daripada Akta 366 iaitu Akta Racun pun. Assistant medical officer ini tidak termasuk dalam golongan mereka yang layak untuk memberi preskripsi di dalam Akta Racun ini.
Saya mendapat feedback daripada rakan-rakan yang bekerja sebagai pembantu
perubatan. Mereka ini tertakluk di bawah ketiga-tiga akta ini di dalam menjalankan tugas. Ini kerana kalau kita lihat daripada Fasal 33(1)(f), mereka ini sebenarnya tidak layak untuk menduduki mana-mana klinik, dispensari ataupun hospital ataupun mana-mana pusat apa juga nama pun tanpa pemantauan daripada pegawai perubatan.
Mereka tidak boleh disebut sebagai penolong pegawai perubatan kerana mereka ini adalah medical assistant (pembantu perubatan).

Oleh sebab itu apabila kita daripada akta yang digubal pada tahun 1986, iaitu
pengecualian daripada menggunakan alatan-alatan perubatan. Kalau kita melihat sendiri
daripada akta perubatan sendiri iaitu Medical Act 36(2)(p); “Penggunaan oleh seseorang dalam menjalankan amalan perubatan ataupun pembedahan iaitu menggunakan sphygmomanometer, stethoscope, hypodermic syringe atau alat lain yang digunakan khusus oleh orang yang berkelulusan menjalankan amalan perubatan atau pembedahan mengikut kaedah-kaedah sains yang moden hendaklah disifatkan sebagai penggunaan alat yang dimaksudkan untuk mendorong seseorang mempercayai bahawa dia berkelulusan untuk menjalankan amalan perubatan.”

Maknanya sekiranya mereka ini tidak berdaftar dengan lembaga perubatan, mereka ini tidak layak untuk menggunakan peralatan-peralatan perubatan ini.
Oleh sebab itu dibuat atau digubal satu akta khas - kalau tidak silap dalam tahun 1986
untuk mereka menggunakan peralatan perubatan ini. Senarainya memang panjang - jarum, alat tekanan darah, stetoskop. Bahkan untuk melihat melalui auriskop pun mereka ini mesti menggunakannya dibawah pemantauan pegawai yang berdaftar dengan lembaga perubatan.

Maknanya jika sekiranya kita meletakkan seorang pembantu perubatan ini di sebuah
klinik seperti mana sekarang ini disebut sebagai Klinik 1Malaysia tanpa pemantauan daripada pegawai perubatan yang khusus, mereka ini boleh disabitkan sebagai melakukan kesalahan sebagaimana yang disebutkan di bawah Fasal 33(1)(f); “Seseorang yang tidak didaftarkan atau tidak dikecualikan daripada pendaftaran di bawah akta ini mereka telah melakukan satu kesalahan didalam akta ini.”

Ini maknanya mereka amat terdedah kepada suatu kesalahan yang boleh disabitkan jika
sekiranya terdapat sesuatu masalah di dalam masa mereka memberikan rawatan. Saya bukan
hendak mempertikaikan apa yang dibuat oleh kerajaan tetapi mereka ini berada dalam keadaan berisiko.
Mungkin itulah sebabnya kerajaan telah meletakkan nama ini sebagai penolong
pegawai perubatan. Sebenarnya mereka ini adalah pembantu perubatan bukannya penolong
pegawai perubatan.

Kalau kita melihat jawapan daripada Dr. Noraini Baba pada 30 Mac - kalau tidak silap
saya berhubung dengan MC yang diberikan oleh medical assistant ini. Ia mengatakan mereka ini ‘not illegal’ tetapi ‘invalid’ MC yang dikeluarkan. Ini kerana kalau kita melihat dalam Employment Act 1955 dalam Fasal 60(f) – sick leave. Mereka ini memang tidak layak untuk mengeluarkan sijil cuti sakit.

Kalau kita lihat kepada Akta tahun 1986 – Medical Instrument Exemptions juga mereka ini jika hendak menggunakan peralatan perubatan mestilah di bawah pemantauan secara direct yang melihat penggunaan itu di dalam bilik pemeriksaan oleh pegawai perubatan yang berdaftar dengan medical council ataupun MMC. Saya rasa ini perlu diberi perhatian oleh kementerian kerana mereka ini...

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: Sedikit, boleh?

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, tidak perlulah, Yang
Berhormat.

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: Ini penting. Saya
mendengarkan ini sebagai mengikut satu persatuan aktiviti yang legislative activity.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang ini pun peringkat dasar, Yang
Berhormat.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: ...Saya sedikit sahaja. Saya
hendak tanya kalau betul tambahan ini. Yang Berhormat Menteri boleh jawab nanti. Untuk tujuan perbelanjaan 1Malaysia kerana aktivitinya masih lagi di peringkat orang kata – kalau hendak dikatakan haram pun belum lagilah, mohon penjelasan. Akan tetapi kalau itu tujuan perbelanjaannya itu sebagai tambahan Klinik 1Malaysia, saya rasa perbahasan kita pada hari ini tidak wajar. Ia perlu diselesaikan dari segi legality nya itu. Mohon penjelasan, Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Itulah yang saya menyentuh
dalam sumber manusia ini sebab...

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Akan tetapi isu yang ini dasar, Yang
Berhormat. Akan tetapi tidak mengapalah, Yang Berhormat Menteri akan menjawab nanti.

Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Sebanyak RM150 juta dipohon
daripada kita untuk diluluskan sebagai tambahan kepada emolumen...
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Emolumen itu gaji pekerja. Yang ini cerita
dasar mengenai Klinik 1Malaysia. Akan tetapi tidak mengapalah Yang Berhormat. Habiskanlah.

Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: ...Pekerja yang dibayar gaji.
Perkara yang kedua yang hendak saya sentuh adalah berhubung dengan keperluan kepada
bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan – RM25.8 juta.
Kalau kita renung kembali pada tahun lepas Malaysia menghadapi masalah dengan susu
yang diimport dari China yang dicemari oleh melamine. Yang Berhormat Menteri juga
mengatakan pada ketika itu kita tidak mempunyai makmal yang cukup untuk mengadakan ujian.

Jadi, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri pada hari ini, sebanyak manakah
pembangunan makmal ini yang telah kita lakukan? Ini kerana kita banyak mengimport bahanbahan makanan terutama sekali makanan-makanan yang kita rasa perlu dimasukkan ke makmal untuk diuji. Kita tidak mahu apabila satu ataupun dua orang telah mati barulah kita mengatakan kita tidak mempunyai cukup makmal.

Ketiga, berhubung dengan rawatan penyelidikan kanser dan juga peruntukan sebanyak
RM7.8 juta untuk Pusat Perubatan Kanser. Jadi saya ingin bertanya apakah terjadi dengan pusat perubatan kanser yang telah dibina di Putrajaya semasa Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri? Apakah berita yang mengatakan ia terbantut ataupun terberhenti daripada pembinaan itu benar?

Kenapakah tidak diwujudkan sebuah pusat rawatan kanser di sebelah utara kerana
sekarang ini kebanyakan rawatan kanser di sebelah utara diambil alih oleh Mount Miriam Cancer Hospital yang kerajaan juga memerlukan pembayaran yang banyak kerana ia merupakan sebuah hospital swasta yang digunakan untuk merawat pesakit-pesakit kanser. Jadi itulah sahaja, Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Berhubung dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Pendang. Saya hendak
jelaskan di sini bahawa apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat Pendang bahawa MA kita
tidak menjalankan tugas di luar bidang kuasa atau pun di luar bidang kuasa undang-undang.
Saya hendak katakan bahawa itu tidak benar. Memang, di bawah Medical Act 1971, bidang
kuasanya hanya untuk doktor, pegawai perubatan.
Akan tetapi bagi medical assistant dan jururawat ada juga peraturan-peraturan dan juga
undang-undang yang lain untuk membolehkan MA dan jururawat memberi perkhidmatan
kesihatan yang sebaik mungkin. Oleh itu, apa yang diguna pakai sekarang di klinik 1Malaysia
bagi medical assistant iaitu pembantu perubatan memang kita mempunyai menurut undangundang
yang sedia ada. Kerajaan tidak akan melakukan apa-apa di luar undang-undang yang
disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Pendang.
Saya hendak jelaskan bahawa it is not bukan undang-undang yang disebut oleh Yang
Berhormat Pendang tadi. Ya.
Dato' Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Pertamanya, saya ada dua isu.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertamanya tentang nama dia. Memang jelas disebut di dalam
klinik 1Malaysia, Penolong Pegawai Perubatan. Kenapa digunakan sebagai Penolong Pegawai
Perubatan?
Keduanya saya hendak baca di sini Akta Poison 1952, Act 366 iaitu menjadi kesalahan
memberikan ubat, rawatan, apa semua ini. Kedua, Seksyen 22, “in this act where anything is
located to be done under the immediate personal provision in any person. Kemudian, it shall be
deem to held be so done if such person was at the time it was done open the premises where it
was done. Itu yang kedua.
Ketiganya, immediate consultation by the person doing such thing. Immediate
consultation maknanya sekiranya misal klinik 1Malaysia berada di Kerinchi dan pegawai
perubatan itu berada di hospital. Macam mana dia hendak boleh mengadakan immediate
consultation. Terlalu jauh tempat itu.
Dato’ Seri Liow Tiong Lai: Biar saya jelaskan Yang Berhormat Pendang ya. Bahawa
yang disebutkan istilah Penolong Pegawai Perubatan, saya hendak jelaskan bahawa perubahan nama pembantu perubatan kepada Penolong Pegawai Perubatan dibuat berikutan daripada perubahan gelaran jawatan, JPA yang berkenaan dan seterusnya diikuti dengan perubahan nama skim perkhidmatan tersebut.
Sekarang di bawah akta. Kita ada Akta Pembantu Perubatan 1977. Kita sedang dalam
proses pindaan untuk menyelaras nama-nama gelaran yang dikatakan tadi. Memang di bawah akta ini menteri juga mempunyai kuasa untuk membuat peraturan-peraturan untuk memastikan bahawa semua pegawai yang dihantar di mana-mana tempat perkhidmatan menjalankan tugas dengan penuh tertib.
Itu berhubung dengan klinik 1Malaysia.
Berhubung dengan isu MC yang diutarakan tadi, saya hendak tegaskan di sini bahawa
memang kita tidak membenarkan MA untuk mengeluarkan MC. Memang hanya pegawai
perubatan sahaja yang mengeluarkan MC tetapi bagi sesetengah tempat di Sarawak dan Sabah, di kawasan pedalaman yang hanya mempunyai perkhidmatan pembantu perubatan, sesetengah pihaknya hanya pegawai tersebut yang ada di kawasan tersebut.
Oleh itu, MC yang dikeluarkan itu diberi pertimbangan oleh pihak-pihak yang tertentu.
Memang di Semenanjung kita tidak mempunyai masalah inilah. Saya hendak jelaskan bahawa semua pembantu perubatan klinik 1Malaysia adalah dipantau dengan rapi oleh doktor-doktor yang membuat lawatan berjadual ke klinik 1Malaysia.
Dato' Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: [Bangun]
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Hendak beri jalan lagi Yang Berhormat?
Dato’ Seri Liow Tiong Lai: Ya, boleh, boleh.
Dato' Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Yang pertamanya berhubung
dengan apa Yang Berhormat Menteri sebut tadi pengistilahan baru. Maknanya belum termaktub dalam akta sama ada Akta Medical Act atau pun MA Registration Act, Akta 180. Maknanya masih belum wujud lagi akta, kemudian telah diubah nama.
Maknanya yang saya sebut tadi tidak ada akta yang melindungi mereka jika sekiranya
berlaku sesuatu perkara sebab Yang Berhormat Menteri kata tadi akan dibuat akta yang akan dibentangkan tadi.
Keduanya, tentang MC tadi. Saya juga ingin mendapatkan gambaran bagaimanakah
seandainya misalnya dia buka sehingga 10 malam. Pekerja terpaksa mendapatkan MC tetapi MA tidak layak untuk mengeluarkan MC.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
mempengerusikan Jawatankuasa]
Maknanya mereka tidak dapat pergi bekerja dan saya pun tidak tahu bagaimana kita
hendak mengesahkan bahawasanya dia itu sakit dan tidak diterima oleh employernya bahawa dia sakit dan boleh mendapatkan MC. Padahal MA itu terdedah kepada undang-undang yang tidak membenarkan mereka memberi sijil cuti sakit.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.