Sejak APCO menjadi penasihat didalam negara kita ini, berbagai perkara dah mula kedengaran dan ini amat merisaukan rakyat yang sayangkan negara dan keharmonian kaum yang selama ini dinikmati bersama oleh semua rakyat Malaysia.
Terbaru, bila timbul semula masalah Malaysia menjadi sarang kepada penjenayah antarabangsa yang disebut JI walaupun tak terbukti pun didalam ataupun luar negara, sudah tentu rakyat akan mengalih tumpuan dan membicarakan berhubung dengan perkara tersebut, walhal masih ada banyak lagi benda yang menyangkut masalah kehidupan rakyat dan negara yang perlu diperbahaskan.
Masalah negara nak bangkrap, masalah subsidi nak dihapuskan, masalah hutang negara yang menggelembong besar, masalah komuditi negara dan hasil mahsul saperti minyak yang berkurangan, masalah rasuah dan ketirisan didalam membuat projek pembangunan, masalah ketidak ketelusan didalam pengagihan kekayaan, masalah biasiswa yang bakal dihapuskan atau dikurangkan semuanya nanti akan tersenyap daripada persada berita dan perbahasan didalam negara kerana kita akan tertumpu kepada masalh yang mungkin dibawa masuk atas nasihat penasihat yang dikatakan berwibawa iaitu APCO untuk didendangkan ketelinga rakyat iaitu JI.
IPTA kita diresapi JI, pensyarah kita diresapi JI, JI sedang mealtih kader-kader baru JI di IPT kita, penuntut dari luar membawa fahaman JI, maka tiuh dan rendahlah nanti hari-hari masuk dalam berita , dan tentunya mereka yang berpegang kepada Islam yang agak teguh akan dijadikan mangsa dan ISA pun akan mula menjalar mencari mangsa.
Maka ana fikir apa juga bentuk tekanan dan ugutan pun akan dikenakan kepada pelajar dan pensyarah, jika tidak mahu kena ISA atau masuk dalam , kenalah hampa sokong kami. Berita yang dimuatkan 100 ulama akan masuk UMNO hari jumaat nanti, ana rasa mungkin ada hubungan dengan perkara yang tersebut ini. Ada faham Wahabi, ada Salafi, ada Hizbut Tahrir dan berbagai lagi istilah yang digunakan untuk mengabahkan bahawa mereka ini adalah bertujuan untuk memecahbelahkan masyarakat dan mengganggu keharmonian kaum maka patut dan wajib disumbat dalam ISA , maka kalau tak mahu masuk dalam, maka kena sokong kami. Oleh itu maka berbondong-bondonglah nanti akan serah tengkok dan serah borang lalu berjela-jelalah berita menyatakan ramai ulama yang telah mau dan mendekati bahkan masuk sokong parti mereka.
Padahal dalam suasana harta negara makin kurang, wang negara makin sedikit, hutang negara makin bertambah, politik mereka makin kucar kacir, ahli mereka makin meluat, maka dialih isu dan topik perbincangan untuk menghalalkan kerja-kerja atas nasihat penasihat antarabangsa yang kononnya bertaraf dunia itu.
Macam apa yang disebut oleh YB Khalid Samad semalam dalam perbahasan di parlimen, Islamiphobia sudah mula kedengaran balik didalam negara kita sejak APCO menjadi penasihat setelah sekian lama berita itu senyap selepas heboh ketika 911 dulu, kini menjadi panas ditatkala bukan Islam sudah mulai mendekati PAS dan parti atau jemaah Islam yang memperjuangkan keadilan untuk semua, dilihat suasana keamanan dan keharmonian sudah tergambar didalam program dan perhimpunan yang dihadiri oleh mereka, kepercayaan kepada Islam yang boleh menyelesaikan masalah berbanding dahulu , dan menjadikan wadah perjuangan Islam sebagai saluran untuk mereka berpaut kasih, maka keakrapan ini cuba hendak dipecahkan dan dileraikan , maka isu ini ditimbulkan balik, dan inilah nampaknya kejayaan terbesar penasihat yang dibayar dengan harga yang lumayan ini.
Ada juga perkara yang perlu rakyat perhati dan ambil iktibar daripada berita terbaru yang akan membawa kejutan kepada sistem perbankan didalam negara kita ini, dan berita itu bolehlah dibaca disini.
Tuesday, June 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment