1050
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua
dan Timbalan Menteri. Memang kita ketahui bahawasanya GIATMARA ini banyak melatih
belia-belia, anak-anak muda yang tidak berkesempatan untuk melanjutkan pelajaran ke
institut pengajian tinggi. Akan tetapi masalah yang kita hadapi pada anak-anak muda ini ialah
apabila mereka selepas kursus, tidak dapat ramai yang menceburi bidang perusahaan yang
mereka diajar. Mungkin di dalam kokurikulum pengajaran yang diajar oleh GIATMARA itu
tidak didedahkan kepada inovasi dan juga keusahawanan yang lebih untuk apabila mereka
lepas kursus, mereka boleh membuka kedai sendiri, bengkel sendiri sepertimana kita lihat
kepada rakan-rakan bangsa Tionghua – mereka hanya berada di bengkel motor tetapi
akhirnya boleh membuka bengkel yang menghasilkan pendapatan jutaan ringgit sebulan.
Jadi apakah kementerian sedar akan perkara ini dan mungkin akan mengubah persepsi atau
konsep pengajaran di GIATMARA ini? Terima kasih.
Datuk Joseph Entulu anak Belaun: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima
kasih Yang Berhormat Pendang. Kita menyediakan kemahiran untuk pelajar-pelajar yang
kurang berpeluang pergi ke universiti secara langsung ataupun ada yang di panggil sebagai
‘lead developer’ maka kita perlu didik pada peringkat asas. Adalah bukan kerana kita hendak
DR 21.6.2010 14
menyediakan mereka semata-mata untuk menjadi pengusaha tetapi memang kadangkala kita
ambil dari keluarga yang miskin misalnya supaya dia mendapat kerja selepas dia tamat
pengajian ataupun mengikut latihan di pusat-pusat GIATMARA ini. Ada juga yang mempunyai
ataupun yang mendapat keputusan yang excellent, kita terus hantar mereka ke tempat yang
– misalnya dari GIATMARA dia boleh pergi Institut Kemahiran Mara (IKM).
Ada segelintir daripada mereka ini yang mahu selepas mendapat latihan, berusaha
dalam bidang yang mereka sudah menjadi pakar. Yang satu lagi Yang Berhormat, ada juga
mereka ini walaupun bidangnya welding misalnya tetapi disebabkan semasa dia berlatih dia
mempunyai bermacam-macam kecekapan terutama sekali dari segi disiplin dan sebagainya,
ada majikan yang mengambil mereka untuk bekerja dalam bidang yang lain. Ini pun ada juga.
Satu lagi, sebenarnya dari GIATMARA, mereka tidak diajar dalam bidang soft skill
ataupun dalam kemahiran business misalnya. Itu adalah di peringkat KKTM (Kolej Kemahiran
Tinggi Mara). Di sana ada pengajaran, pendidikan ataupun pelajaran dari segi business,
accounting dan sebagainya. Yang keluar dari sana lebih ramai lagi pergi menjadi pengusaha.
Sekian, terima kasih.
Wednesday, June 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment