Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, June 23, 2010

Perbahasab RM 10 pada 22 Jun 2010.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Ya, Yang
Berhormat Pendang.
3.48 ptg.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat Pendang, saya ingin beri penjelasan sedikit. Saya tidak perlu beri penjelasan tetapi,
saya beri juga. Sekarang saya hendak mengadili kedudukan orang yang sudah bercakap. Ada 15
orang sudah daripada DAP, baru 10 orang daripada PKR, 9 orang daripada PAS. Jadi saya pun
kena lihat ini juga. Sila Yang Berhormat Pendang.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Saya juga ingin membangkitkan beberapa
perkara yang saya rasa perlu dibangkitkan dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh
yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 10 Jun 2010 yang
lepas iaitu merangkumi Program Transformasi Kerajaan melalui enam NKRA, Transformasi
Ekonomi melalui 12 NKEA dan juga pembaharuan ekonomi strategik yang disebut sebagai New
Economic Model.
DR. 22.6.2010 76
Memang kita tahu pengkhususan yang diberikan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh
adalah tentang pengkhususan bidang pendidikan. Memang kita tidak menghadapi apa-apa
masalah dalam perkara ini. Cuma, seperti yang disebutkan oleh beberapa orang Ahli Yang
Berhormat sebelum ini tentang masalah brain drain yang akan dikendalikan oleh Talent
Corporation, kita harap perkara ini tidak akan menjadi sepertimana yang berlaku pada
Rancangan Malaysia sebelum ini di mana beberapa perkara telah dibangkitkan oleh mereka
yang berada di luar negara yang dibawa masuk ke dalam negara kita tetapi mereka keluar
kembali dan yang tinggal hanya boleh dibilang dengan jari.
1550
Kita tidak mahu masalah pendapatan mereka dan birokrasi yang diberikan kepada
mereka serta masalah diskriminasi politik yang dihadapi oleh mereka. Saya rasa ini telah
dibincangkan banyak kali dalam Dewan Rakyat ini. Apa yang ingin saya sentuh pada perbahasan
pada hari ini adalah tentang perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan
berhubung dengan apa yang dirancang oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam
RMKe-10 ini.
Berhubung dengan model ekonomi yang akan dikendalikan berdasarkan produktiviti,
inovasi, dan juga kreativiti kita meski memahami bahawasanya kita hanya mempunyai 25%
mereka yang berada di dalam bidang berkelulusan tinggi dan selebihnya berada di dalam bidang
kelulusan SPM atau pun ke bawah. Jadi, inilah yang perlu dihadapi oleh pihak kerajaan untuk
mengendalikan mereka yang 75% lebih ini.
Keduanya, berhubung dengan keadilan regional. Kita dapati banyak berlaku dalam
negara kita selama ini keadilan tidak di sebarkan melalui regional. Ia bergantung hanya kepada
negeri yang mempunyai dan membayar cukai yang banyak. Sepatutnya negeri-negeri yang
memerlukan keadilan regional ini seperti di sebelah utara contohnya, Kedah, Perlis, dan Kelantan
perlulah diberi perhatian yang serius dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini. Ini kerana
banyak negara yang membuat pengadilan regional ini seperti di negara Kanada. Mereka
menggunakan keadilan regional ini bukan hanya bergantung pada cukai yang dibayar oleh
negeri-negeri di dalam negara tersebut.
Ketiganya, tentang pendidikan formal yang hendak diturunkan ke umur lima tahun. Saya
rasa penekanan perlu diberikan juga kepada pengisian di dalam pendidikan formal yang akan
diturunkan ke lima atau enam tahun ini menjadi pendidikan biasa di sekolah yang selama ini
hanya bermula pada umur tujuh tahun. Ini kerana kita tahu sebagai seorang Muslim, awwaluddin
makrifatullah itu yang penting kita terapkan ke dalam anak-anak kita dari segi pengisian agama
dan juga didikan moral agar apabila mereka ini besar berada di dalam masyarakat tidaklah
berlaku seperti mana yang berlaku atau pun sedang berlaku dan kemungkinan akan berlaku jika
sekiranya pengisian agama ini kita terapkan di dalam usia yang begitu muda.
DR. 22.6.2010 77
Keempatnya, saya juga merasa keliru apabila di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh
ini, Lebuh Raya Pantai Timur hanya diberhentikan setakat negeri Terengganu. Kenapakah tidak
diteruskan pembangunan ini hingga ke utara, negeri Kelantan, dan juga kenapakah di dalam
suasana kita sedang membuat projek double tracking sekarang, ini tidakkah boleh disambungkan
landasan kereta api Ipoh ke Gua Musang yang saya rasa mungkin sahabat saya Yang Berhormat
Tumpat akan bersetuju dengan cadangan saya ini?
Kemudian, masalah yang dihadapi oleh kerajaan kita dalam Rancangan Malaysia
Kesepuluh ini mungkin akan berterusan dengan pembaziran yang disebut sebagai ‘pembaziran
big top’, di mana kita mempunyai banyak kementerian dengan hanya 27 juta rakyat berbanding
dengan Amerika Syarikat yang mempunyai enam setiausaha dengan 220 juta rakyat. Akhirnya,
banyak kementerian yang wujud dalam negara kita ini menjalankan tugas-tugas yang bertindih.
Saya harap pengkajian dalam RMKe-10 ini memberi juga perhatian terhadap pembaziran di big
top ini.
Kemudian, pertindihan di antara kementerian-kementerian, misalnya saya lihat
Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Ia mempunyai atau pun ditambah
dengan tugas sebagai kesejahteraan bandar. Saya ingin bertanya kepada Kementerian Wilayah
Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, apakah maksud kesejahteraan bandar ini hanya di
bandar-bandar oleh Persekutuan sahaja atau pun meliputi badar-bandar yang lain yang diberi
tugas kepada Menteri yang tidak mempunyai ADUN ini?
Seterusnya mengenai lambakan pekerja-pekerja asing. Walaupun pihak NGO yang
mengendalikan misalnya di Hulu Langat - Dia selalu menyebut tentang gaji minimum. Walau pun
banyak majikan yang tidak atau pun kurang selesa dengan peletakan gaji minimum tetapi kalau
kita pandang terhadap jumlah pekerja-pekerja asing yang ada di dalam negara kita yang digaji
dengan gaji yang murah tetapi setiap tahun mereka telah menghantar atau pun membawa duit
negara mengalir keluar berbilion-bilion. Kalau kita bandingkan dengan pekerja kita yang
dinaikkan gaji, gaji yang dinaikkan ini mungkin akan mengurangkan pendapatan majikan tetapi
wang yang didapati oleh pekerja-pekerja tempatan ini tidak akan mengalir ke negara luar. Jadi,
saya rasa perkara ini perlu diberi perhatian oleh Kementerian Sumber Manusia iaitu tentang gaji
minimum yang perlu dilaksanakan oleh majikan-majikan yang berada di dalam negara kita.
Seterusnya tentang technology transfer. Walaupun kita telah mempunyai kilang Proton
agak lama, lebih daripada 20 tahun tetapi kita masih lagi tidak mampu menyaingi kilang kereta
yang dibuat oleh Korea atau pun China yang sekarang ini sudah memasuki pasaran dunia
bahkan lebih canggih daripada apa yang kita ada. Ini kerana mereka mempunyai satu political
will untuk menaikkan atau pun menggunakan teknologi transfer dalam perkara-perkara yang
dibuat oleh mereka. Kita lihat telefon, misalnya. Dahulu kita tidak pernah mendengar nama
Samsung atau pun HTC Dopod tetapi sekarang ini, inilah yang menyaingi Nokia atau pun Sony
Ericsson.
DR. 22.6.2010 78
Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa perkara yang saya rasa perlu saya kemukakan di
dalam perbahasan ini berhubung dengan malah yang berlaku di kawasan saya. Baru-baru ini,
dua minggu yang lepas, hujan sedikit sudah tenggelam lebih kurang 2,000 hektar sawah padi.
Apa yang saya kesalkan di sini adalah pihak MADA yang mengendalikan saliran sawah padi di
kawasan negeri Kedah ini tidak memberi perhatian yang serius terhadap saliran yang cetek,
tersumbat, dan yang tidak dibersihkan. Kalau sebelum ini mereka sentiasa mengendalikan tetapi
oleh kerana mungkin Pengerusi MADA sekarang ini berada di tangan Ketua Pembangkang
negeri Kedah, mungkin dia tidak dapat melaksanakan tugas-tugas ini dengan sempurna. Jadi,
saya harap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ini tolong tengok-tengoklah sedikit kepada
MADA di negeri Kedah ini. Ini kerana banyak kawasan sawah padi yang masih lagi tidak
mempunyai saliran yang sistematik seperti mana di Kampung Bakar Arang dan Kampung Paya
Kecut di mana petani-petani terpaksa menggunakan air hujan. Bayangkanlah kalau air hujan
sahaja yang digunakan untuk mengairi sawah mungkin...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Tinggal seminit
sahaja, Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Setahun sekali sahajalah mereka
dapat mengerjakan sawah tersebut. Begitu juga dengan kerjasama di antara MADA, GAMUDA,
MMC, dan juga pihak PLUS. Sebelum adanya Lebuh Raya PLUS dan juga GAMUDA MMC yang
membuat double tracking ini, petani tidak menghadapi beberapa masalah terhadap
tenggelamnya sawah mereka. Akan tetapi apabila GAMUDA melaksanakan Projek Double
Tracking, mereka tidak memerhatikan saliran air yang melalui sawah-sawah padi tersebut.
Apabila kita bertemu dengan engineer GAMUDA, dia kata MADA tidak bekerjasama. Apabila
berjumpa dengan engineer MADA, dia kata PLUS tidak beri kerjasama. Jadi, saya harap pihak
kementerian cuba perhatikanlah setiap tahun berjuta duit dihabiskan untuk membayar pampasan
kerana sawah padi tenggelam.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Baik Yang
Berhormat.
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Jadi sekiranya kerjasama ini
dapat diadakan, saya rasa mungkin MADA tidak perlulah memberi pampasan kerana sawah padi
tidak tenggelam. Oleh kerana masa tidak mengizinkan sampai di sini sahaja. Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.