Dalam soalan tambahan ana pada pagi tadi, untuk soalan Sipitang berhubung dengan Program Giat Mara yang dijalankan oleh Kementerian Luar Bandar dan Wilayah yang ana rasa tidak melahirkan sikap berdikari dan semangat keusahawanan. Dalam module yang dijalankan oleh Kementerian, tidak ada dan disahkan bahawa memang tidak ada module keusahawanan untuk pelajar di Giat Mara untuk melatih pelajar disana untuk menjalankan matapelajaram keusahawanan kerana ianya diajar oleh institusi lain. Apa yang saya bangkitkan adalah apabila saya dapati ramai mereka yang dilahirkan oleh Giat MARA ini tidak dapat berjuang didalam lapangan perniagaan sebagaimana mereka dari kalangan bukan Melayu , macam kaum Tionghwa misalnya mereka hanya mendapat ilmu keusahawanan didalam bengkel sahabat sebelah rumah tetapi akhirnya menjadi usahawan berjaya menggaji pekerja beratus dan berpendapatan jutaan ringgit sebulan tanpa pun memasuki mana-mana institusi didikan saperti yang nak-anak kita Melayu dapat di Giat MARA hanya kerana semangat keusahawanan yang mereka dapat dripada bengkel tadi.
Dalam kesedaran inilah, rasanya tranformasi daripada pendidikan akedemik biasa kepada teknikal dan vokasional akan dilaksanakan diperingkat sekolah dan institusi pengajian lanjutan, mungkin atas kesedaran diatas kelemahan dan kelengahan kita menyedari masalah ini, nasib baik sedar ,kalau tidak mungkin parah lagi keadaan kita didalam merebut peluang ekonomi negara dimasa depan.
No comments:
Post a Comment