Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Tuesday, June 22, 2010

Tak kesampaian nak sampaikan, hanya 10 minit mana dan.

Masa perbahasan dibenarkan hanya 10 minit, tetapi persediaan yang dibuat agak panjang, maka terpaksalah ana turunkan hasrat hati untuk memperkatakan apa yang tersihat dilubuk hati didalam blog ini agar dapat dijawab oleh pihak berkenaan secara tak langsung, kalau dan dalam penggulungan Menteri dapat sentuh balik , itupun kalau diberi peluang dan kesempatan, insyaallah. Tek ucapan sebenar apa yang sempat diucapkan akan dimuatturun daripada hansard nanti.

Didalam pembentangan RM 10 pada 10 Jun lalu, YAB PM telah menggariskan perancangan melalui beberapa langkah, melalui
1. Program tranformasi kerajaan. 6 NKRA.
2. Program tranformasi ekonomi. 12 NKEA.
3. Pembaharuan ekonomi strategik. Yakni dengan pelaksanaan Model ekonomi baru NEM.
. beliau menaruh Harapan agar kepelbagain etnik yang ada dalam negara dapat bekerjasama dalam memacu ekonomi berpendapatan tinggi lalu ia akan memudahkan kita memasuki arena antarabangsa.
. menjadikan bidang pengkhususan sebagai landasan kearah mencapai ekonomi berpendapatan tinggi, yakni mempergiatkan bidang pendidikan pengkhususan.
.Justeru itu dalam usaha mengharmonikan suasana dalam negara, peluang sama rata dan pengkhususan hendaklah ditujukan kepada golongan yang memerlukan ( the needs). Pengagihan haruslah mengikut keperluan golongan tersebut.
.Kejayaan dalam arena antarabangsa memerlukan penggembelingan sumber yang ada kerana jika tidak kita tidak berupaya memasuki pasaran global yang memerlukan pertumbuhan bidang eksport.
Kita harus ingat bahawa dalam dekad ini, didapati momentum pertumbuhan ekonomi duni a sedang menjurus ke Asia, oleh itu tumpuan dan jurusan ini perlu diambil peluang seluas-luasnya oleh negara, disamping penerusan kepada rakan dagang yang sedia ada saperti eropah, australia dan amerika.
.Dalam kemajuan infrastruktur pula, penglibatan antara negara akan memberikan kesan imbal balik yang boleh menjana pertumbuhan ekonomi dan menguntungkan kedua negara. Apa yang berlaku sekarang hanya negara India dan China yang banyak terlibat, negara Timur tengah nampaknya banyak yang sehala.
.Projek ‘brain gain’ melalui Talent corporatin diharap dapat menyediakan satu bentuk insentif dan suasana yang kondusif untuk menerima balik mereka seandainya dan sememangnya negara memerlukan mereka, jika tidak program yang telah lama dilancarkan ini tidak mendapat respon yang memuaskan bahkan apa yang lebih dibimbangkan adalah lebih banyak ‘brain drain’ yang berlaku. Hanya beberapa kerat yang balik tetapi ada yang keluar semula, suasana yang tidak kondusif bagi mereka didalam sini perlu perbaiki. Pendapatan, birokrasi, sikap elitis pemerintah, diskriminasi political.
.Memperkasa human resource untuk mereka dapat memelihara dan mengaplikasi natural resources supaya tidak terbazir dan dapat dimanfaatkan. EM di Jepun, dalam pemeliharaan alam sekitar yang dipinjamkan drp anak cucu kita.
.Universiti yang melahirkan human resources ini perlu melahirkan ‘niche’ tersendiri dan bidang tertentu dan kalau perlu pergabungan , misalnya bidang motoring technology, bidang sains robotik, bidang bioteknologi, bidang perubatan dan sebagainya. Tidak perlu 10 Universiti dengan produk yang sama. Tidaklah masing-masing nak keluarkan produk, akhirnya semua tak boleh masuk pasaran. Typhoid test kit, HIV test kit. Dangue kit.
.Lapuran AG tahun lepas, semburan cegah Dangue setelah berlaku kes, bukan berdasarkan Aedes atau Brouteu index yang sepatutnya, alasan nya kekurangan staff. Itu sebab kes mencanak naik .
.Ada negara yang tidak banyak sumber alam, tetapi mempunyai human resource yang baik, dapat membangun dengan baik dan menjadi penjana ekonomi negara tersebut berlandaskan human resource mereka dengan hasil negara lain, Singapura , kenapa kita yang ada hasil mahsul yang banyak tetapi kurang human resources , maka kita terpaksa bergantung kepada orang lain. Buahan , sayuran dari Singapura.
.Usaha untuk menambah peruntukan dalam kerja-kerja R & D memang dialu-alukan , kerana inilah antara usaha yang akan melahirkan produk yang bermutu dan dapat menembusi pasaran. Tanpa R & D yang mantap, hasil kita tidak akan kemana dan untuk mencapai ini semua, kita memerlukan human resource yang berinovatif . Kereta Korea dan China, sudah memasuki pasaran dunia dan ada yang lebih laris daripada Jepun dan Eropah, padahal mereka dulunya menciplak dari barat juga.
Kita tak pernah dengar Samsung dulu, kini seluruh dunia. HTC Dopod, kini boleh melawan Nokia.
.Oleh itu dalam usaha mencapai ekonomi berpendapatan tinggi, memerlukan suatu aktiviti yang berintensifkan pengetahuan.
. banyak subsektor yang terhasil yang berintensifkan pengetahuan ini sudah ada, Cuma mempergiatkan lagi memerlukan usaha yang berterusan dari semua pihak , dan swasta diharap lebih berusaha misalnya bidang opto-elektronik dan sistem embedded.
. Dalam usaha untuk mengarusperdanakan teknikal dan vokasional, memang ianya harus disokong kerana tidak semua yang sudah berpelajaran dapat diserap kealam pekerjaan khusus dimasa akan datang , sektor pekerjaan khusus dalam bidang kerjaya awam memang terhad, tetapi seandainya rakyat memiliki pengetahuan teknikal dan vokasional yang tinggi, maka bidang lebih luas terbuka dipasaran luar memang akan memberi peluang mereka untuk mencari rezeki.
.Berita tentang kerajaan tak ada peruntukan lagi nak sediakan biasiswa untuk pelajar cemerlang amat tidak wajar, kita harus mencari jalan agar pembaziran , salah guna, kebocoran , rasuah dan komisyen tidak terus berlaku.
.Dalam kita berusaha menghasilkan modal insan, satu aspek yang didapati tidak dititikberatkan adakah latihan kerohanian, keimanan, dan moral, yakni pekerja yang beramanah, tidak menipu, berintegriti,, telus , tidak rasuah , bagi orang Islam mempunyai sifat Ihsan.
.Satu lagi adalah aspek pemantauan yang berterusan agar apa yang dilakarkan tidak tergendala ditengah jalan.

Antara perkara utama yang memerlukan perhatian didalam RM 10 ini dan mengharapkan kepada penyelesaian .
1. Model ekonomi berlandaskan kepada produktiviti, inovasi dan kretiviti berhadapan dengan halangan institusi dan sumber manusia, kerana hanya 25 % tenaga kerja berkelulusan tinggi. 75% lulusan SPM.
2. Keadilan regional didalam pengagihan peruntukan, formula baru perlu dicari dari segi peruntukan mengikut negeri berbanding sumbangan cukai kepada persekutuan ( eg Kanada). Kedah, Perlis, Kelantan diutara walaupun kurang cukai dibayar, tetapi memerlukan pembangunan juga, perlu diberi perhatian.
3. Memperkasa sistem inovasi regional bagi memantapkan sistem inovasi national yang sememang telah wujud diseluruh pelusuk negara.
4. Perlu penekanan kepada masalah akhlak dan gejala sosial kerana ini juga akan meranapkan ketamadunan manusia yang hendak dibina, kerana jika budaya tidak sihat ini berleluasa, maka pembangunan yang dibuat sudah pasti akan terbantut pada jangka masa panjang dan akan memusnahkan negara. Saperti hal judi bola sepak piala dunia ni, kata setengah ahli YB agama letak tepi dulu, kita kita 20 billion yang akan mengalir keluar negara. Dimana letaknya barakah dalam ekonomi kita??.
5. Pendidikan formal bermula 5 tahun, perlu kepada penekanan bentuk pengisian yang hendak dilaksanakan. Bagaimana prasarana . ada sekolah yang masih 2 sessi. Awwaluddin makrifatullah, didikan agama diperingkat awal mestilah diutamakan.
6. Kenapakah lebuhraya LPT hanya setakat Trengganu,tidak terus keutara di Kelantan, jadi apakah Kelantan tidak termasuk didalam persekutuan Malaysia. Apakah jaluran keretapi Ipoh Gua Musang tidak boleh diberi perhatian , semetelah double tracking sedang dalam pembinaan sekarang ini.
7. Pembaziran didalam big top dinegara , 22 Kementerian untuk 27 juta rakyat , berbanding AS 6 Setiausaha menjaga 220 juta. Akhirnya yang dilantik ramai dari kalangan senator. Yang menang tiada jawatan. Menteri Wilayah Persekutuan, dan kesejahteraan bandar, adakah bandar-bandar lain juga dia kena jaga.
8. Berlaku pertindihan didalam fungsi diantara Kementerian yang terlibat serta juga agensi. Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan bandar, adakah hanya bagi WP sahaja atau kepada bandar-bandar lain juga.
9. Perlambakan pekerja asing yang nampaknya masih lagi belum dapat diselesaikan , kerana masalah gaji dan imbuhan serta karenah birokrasi yang terpaksa dihadapi majikan ,. Walaupun gaji besar tetapi pekerja tempatan, duit tak dihantar keluar negara, tetapi pekerja asing, walau gaji murah tetapi setahun berbillion duit dihantar keluar.
10. Ketidak sungguhan didalam memperkasa technology transfer sehingga dasar pandang ketimur kita tidak memberi banyak kelebihan kepada negara berbanding negara rakan lain yang juga dari timur spt Korea yang mencedok idea luar tetapi dapat mengeksport semula idea tersebut dalam bentuk barangan dengan nilai tambah , oleh itu mengharapkan semata-mata kepada FDI bukanlah suatu yang mampan untuk negara bagi jangka masa panjang.

TYDP.
.Hasrat orang kampong akar umbi, tidak berlandaskan angka dan fakta dari RMK 10 ini, tetapi mereka ingin melihat apakah projek dan program yang direncanakan , terbengkalai dan diheret dari RM9 ke RM 10 ini dapat dilaksanakan atau tangguh lagi ke RM 11.
1.Masalah petani dikawasan MADA yang sudah sekian lama dibebani dengan saliran yang tidak dinaiktaraf , selenggaraan yang tidak dibuat secara berkala, saliran yang tersumbat dan cetek, saliran yang tidak efisien, pelepasan dan pembuangan air yang menjejaskan pertumbuhan anak-anak padi disawah sering menjadi rungutan mereka, bila ditanya bila nak dibuat, jawapan RMK 10.
2.Bahkan masih ada lagi kawasan sawah yang tertinggal daripada sistem saliran bersistemati kini dikawasan saya, di Kpg Bakar Arang, di Paya Kercut, petani masih mengharapkan air hujan untuk mengairi sawah, NCER pandai buat jalan tar tepi sungai, tapi saliran mereka tak nampak.
Jadi dengan adanya NKEA dan NKRA ini, sektor yang menyumbang kepada makanan rakyat Malaysia ini tidaklah dipinggirkan.
4.Sehubungan dengan ini saya amat hairan jawapan yang Timbalan Menteri pertanian dan industri asas tani beri pada 9 Jun lepas, bahkan beliau pun rasa hairan kenapa pam temporary yang dipasang di Alor Tebuan , boleh menjangkau 30 tahun, itu temporari, kalau permanent tak tahu lah, mungkin dari RM 4 hingga RM 9 kot.
5.Begitu juga dengan kerjasama antara jabatan yang terbabit dengan projek pembangunan yang dijalankan, haruslah ada perbincangan dan understanding , ini tidak, satu jabatan menghadapi masalah, jabatan yang lain tidak mahu beri kerjasama akhirnya masalah petani tidak selesai, jadi apakah makna kita membangun tetapi rakyat merasa masalah dan bebanan mereka tak terlerai. Saya beri contoh, pembangunan lebuhraya PLUS , banyak mengganggu saliran sungai MADA , dulu petani tidak mengalami banjir besar dalam sawah, tetapi bila ada lebuhraya PLUS, air tersekat dan menjadi banjir mudah berlaku dan sawah tenggelam yang susah MADA kerana terpaksa membayar sejumlah pampasan kepada petani setiap tahun bila berlaku padi tenggelam, ini tidak ditambah dengan masalah siput gondang emas dan padi yang terpaksa ditabur ada sampai 7 kali akibat ditenggelami banjir tadi. Puncanya pihak PLUS tidak menyediakan saliran yang mencukupi untuk air mengalir bila berlaku pertambahan dimusim hujan lebat.
6.Masalah ini ditambah lagi dengan adanya pembangunan yang sedang dibina iaitu landasan berkembar, apakah ini juga akan mengikut konsep PLUS tadi, dan ini saya lihat sendiri dan berbincang sendiri dengan pihak engineer MMC Gamuda, daripada saliran yang sepatutnya berukuran sungai hanya dibuat pembetong yang sudah dinilai oleh petani akan membawa bencana kepada mereka, dan ini disahkan baru-baru ini , hanya sekadar 12 jam huja n yang sederhana lebat, sudah menenggelamkan kampong dan nasib baik padi masih belum ditabur atau ditanam. Bila keluhan dibuat , MADA menyalahkan PLUS dan , Gamuda menyalahkan MADA yang meluluskan bentuk saliran yang harus mereka buat, yang tanggung bahana nya adalah petani miskin yang hanya mengharapkan hasil dari sawah mereka untuk mendapat rezeki.
7.NCER dan NCIA.
Memang diakui program dan agensi ini dapat memberikan suatu nilai tambah kepada prasarana sedia ada dikawasan utara terutama prasarana untuk petani, sehinggakan tebing sungai yang tidak pernah dilalui kenderaan sebelum ini pun ditarkan, terima kasih atas program yang dilaksanakan dijalan PM yang lalu, tetapi bagaimana dengan jalan yang menjadi laluan utama petani masuk keluar kampong, adakah ini juga akan diberi perhatian didalam RM 10 ini, masih banyak kampong dikawasan saya yang bertanah merah dan memerlukan penaiktarafan , untuk kemudahan petani membawa hasil ladang mereka keluar. Janji bekas menteri Luar Bandar TS Muhammad Mad Taib bahawa 30 km dari kawasan bandar akan diturap perlu dilunaskan, rakyat tidak mahu lihat hanya tinggal janji setelah beliau meninggalkan jawatan tersebut. Begitu juga dalam proses maintainence jalan NCIA tadi, siapakah yang akan bertanggungjawab untuk membuat pemantauan dan pembaikan, pihak MADA rasanya tidak mampu berdasarkan kepada ketidak mampuan mereka untuk menyelesaikan masalah saliran tersumbat tadi. Nak kata jalan persekutuan, buka, jalan negeri bukan bahkan jalan MADA juga bukan, apakah NCIA akan meneruskan kerja mereka didalam skop RM 10 ini didalam menjalankan kerja maintainance ini?

Harapan kepada janji terdahulu. Permohonan drp rakyat Pendang yang sejak sekian lama di bawah BN,
1. Hospital Pendang, tapak 40 ekar sudah naik hutan, Binatang buas banyak bersarang disitu.Janji RM 10, kalau lambat buat agar dapat dibersihkan .
2. Balai bomba di jalan pintas Pekan Pendang apakah sudah masuk dalam jadual, dulu janji dalam RM 10.
3. Balai Polis sedang naik, apa jadi kepada 3 syarikat yang sudah lari tu, apa tindakan yang telah dikenakan. Taukeh asal janji 3 balai polis, 1 saja siap, yang 2 lagi, kerajaan tangung.
4. Naiktaraf Loji Air di Jeneri yang menjadi punca air didaerah Pendang juga, Lubuk Merbau, dan kawasan sekitarnya.
5. Naik taraf jalan Pendang sungai Tiang, pernah disentuh sebelum ini semasa DS Samy Vellu jadi menteri Kerjaraya dulu, belum nampak lagi progressnya. Apa dah jadi. Macam biskut Chip More.
6. Perhubungan bandar luar bandar , keperluan kepada bas dari Pendang, Jenun dan Guar Chempedak dulu MARA , sekarang tiada, MRSM, Matrikulasi Vokasional dan sekolah lain disekitar untuk kegunaan penduduk dan murid sekolah.
7. Kebajikan rakyat, terutama masalah pesakit yang memerlukan prosthesis, ketelusan didalam pemberian sumbangan daripada tabung kebajikan perubatan .
8. Bot ambulan Langkawi ke Tanah besar, dilaksanakan selepas kejadian perlanggaran feri Langkawi Kuala Kedah yang menyebabkan kematian, bahas dalam sessi Parlimen 11 lepas bersama MP Langkawi,Perkhidmatan yang menjadi penantian penduduk Langkawi lebih 10 tahun itu ditunaikan pada 7 Mei, tahun lalu. MV Suhail dimana sekarang, apakah Kementerian Kesihatan sanggup mengabaikan penduduk Langkawi dengan kos 8 juta itu hanya kerana masalah teknikal yang kecil , dikatakan kelajuan bot ini sudah menurun daripada 28 knot kepada 16 knot maka ianya direhatkan. Pohon penjelasan daripada Menteri.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.