Hairan bin pelik, dah pencen tu buat kerja pencen, nak kacau orang yang sedang bekerja ni buat apa. Itulah susahnya kalau dah lama sangat , rasa macam dia tu masih lagi Perdana Menteri. Apa yang dikesalkan pihak Gerakan dan DAP yang jelas ramai bukan Islam pun menentang judi sukan bola ni, tapi yang mengaku Malaysia negara Islam boleh kata nak luluskan judi sukan bolasepak ni.Alasan yang diberikan oleh bekas PM itu adalah judi dan babi memang tak haram bagi orang bukan Islam ( China), tetapi bagi orang Islam memanglah ianya haram. Oleh itu untuk keadilan untuk orang bukan Islam ini ialah dengan benarkan mereka berjudi.
Itu alasan budak tadika , tetapi dikeluarkan oleh budak 85 tahun, saya harap orang yang waras perlu memikirkan semula isu ini samada kita hanya bercakap soal selain hukum sahaja disamping masalah lain yang bakal dihidapi masyarakat selain daripada haram yang dibicarakan hukum oleh umat Islam, tetapi masalah lain dalam masyarakat bersosial dizaman modern ini dari segi jenayah kewangan dan bunuh diri. Baru semalam sahaja ada seorang mangsa bunuh diri telah berlaku dan disiarkan diakhbar dengan nota bahawa dia tidak mahu lagi berjudi kerana masalah hutang yang dia hadapi hasil daripada judi yang sedang berleluasa kini.
Apa yang amat kita kesali bilamana beliau mengaitkan masalah penentangan judi sukan ini adalah semata-mata kerana politik, kononnya orang yang menentang hanya hendak political mileage , tetapi hakikat yang disuarakan sekarang bukan sahaja orang pihak pembangkang saperti diwar-warkan oleh bekas PM itu, walhal negeri Johor Darul UMNO pun menentang dan juga Perak yang diperintah oleh UMNO pun menentang judi sukan bolasepak ini. Jadi dimana ianya adalah hanya untuk political mileage.
Kita amat keliru kenapa bekas PM beria-ia sangat nakkan lesen judi ini diluluskan, tak lihatkah statistik kecelaruan keluarga, perceraian dan gejala sosial yang sering dipaparkan didada akhbar berpunca daripada gila judi dan mabuk arak. Walaupun rakyat tahu penglibatan keluarga beliau didalam bidang arak ini di Filipina sana.
Judi ini selain dari jelas digambarkan didalam Al Quran, kalau kita gunakan otak manusia biasa pun kita sudah pasti ini kerja orang yang tak berakal, suatu permainan yang tak boleh dipelajari baik disekolah hingga ke Universiti dan tak akan dimenangi oleh walaupun seorang Prof di Universiti.
Banyak masalah akan muncul dengan hal judi ini, kita belum pernah lihat orang yang bermain judi itu menjadi kaya raya tetapi yang menjadi milionair adalah taukeh-taukeh judi , dan inilah mereka yang sering berjanji memberi bantuan beratus juta kepada kerajaan saperti yang dijanjikan oleh TS VT tempoh hari sebanyak RM 252 juta.
Apakah hanya kerana kita nampak jutaan atau bilionan ringgit maka kita sanggup gadai nilai kemanusiaan dan agama Islam kita , harap perkara ini perlu diberi perhatian semua.Jangan menyesal nanti bila apa yang berlaku dinegara luar berlaku ditempat kita hasil kemurkaan Allah kerana kedegilan kita membangunkan negara ini.
No comments:
Post a Comment