Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, May 19, 2008

Belum start dah nak tipu.

Siasatan Tidak Bererti Akan Berlaku Pendakwaan, Kata Najib
SHARM EL SHEIKH (Mesir), 18 Mei (Bernama) -- Siasatan yang diarah dilakukan terhadap individu yang dinamakan dalam laporan Suruhanjaya Diraja mengenai klip video Datuk V.K. Lingam, termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak semestinya menjurus kepada pendakwaan atau wujud kes tertentu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.Timbalan Perdana Menteri berkata ini kerana penelitian yang dibuat oleh suruhanjaya itu dan penelitian di peringkat mahkamah adalah berbeza daripada segi kaedah dan prinsip."Ia merupakan cadangan daripada suruhanjaya. Bila kita dah tubuh sebuah suruhanjaya yang (kemudiannya) membuat laporan mereka, amat sukar bagi kita untuk tidak mendedahkan laporan itu kepada khalayak ramai dan untuk tidak menerima syor-syor yang dikemukakan."Bagaimanapun, ini tidak bererti sama sekali akan berlaku pendakwaan ataupun ada kes tertentu," kata Najib kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan kehadiran beliau pada Forum Ekonomi Dunia bagi Timur Tengah yang bermula di sini Ahad.Najib diminta mengulas arahan Kabinet supaya Peguam Negara memulakan siasatan serta merta berhubung segala tuduhan terhadap individu yang dinamakan dalam laporan suruhanjaya itu, yang menyiasat klip video yang mengandungi perbualan Lingam, seorang peguam kanan dengan hakim kanan bagi mengatur pelantikan hakim.Individu yang dinamakan dalam laporan itu terdiri daripada Lingam, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, tokoh korporat Tan Sri Vincent Tan, dua bekas ketua hakim negara iaitu Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Mohd Eusoff Chin, serta Dr Mahathir.Dr Mahathir pada Sabtu berkata beliau bersedia disiasat dan didakwa di mahkamah berhubung dengan hasil siasatan suruhanjaya berkenaan.Najib bagaimanapun menegaskan bahawa orang ramai tidak seharusnya membuat apa-apa kesimpulan mengenai perkara itu sekarang."Pada peringkat ini janganlah kita buat apa-apa kesimpulan lagi. Biarlah Peguam Negara memainkan peranannya meneliti perkara ini dan seterusnya membuat penentuan dalam hal ini," katanya.
Macam cadangan-cadangan Suruhanjaya yang lepas-lepas la Tok Najib oi, pasal Sekolah Agama rakyat, lepas Suruhanjaya Murad syor nak naikkan taraf SAR, terus kerajaan TDM benamkan sehingga sekarang ni nyawa-nyawa ikan. Tu lepas sekolah pak Ya terbakar, berbelas orang pelajar mati terbakar. Begitu juga dengan suruhanjaya penambah baikan polis, syor seratus lebih cadangan, tetapi sampai la ni masih belum ada lagi tindakan. dan juga suruhanjaya 2 lain. yang entah berapa lagi tak tau la.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.