Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, May 19, 2008

Belanja besar HUKM , dimana ranking kita dalam dunia.

Perbahasan ana pada 10/12/2007, sessi lepas lagi berhubung dengan Prof yang diberi gaji 165 ribu sebulan oleh HUKM ini, tetapi masa tu menteri jawab, memang betul, dan itu keperluan. Ana tambah lagi adakah ini dasar UKM dan kalau begitu bolehkah orang lain yang ada kepakaran yang luar biasa balik dan dapat gaji sebanyak itu!!
12.19 tgh.
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. 050400 -
HUKM RM276 juta. Saya ingin dapat penjelasan daripada Kementerian Pengajian Tinggi. Ada
laporan mengatakan bahawasanya seorang warganegara daripada Australia yang dahulunya
warganegara Malaysia iaitu Profesor Dr. Tan Hock Lim telah diambil oleh HUKM untuk dijadikan
pensyarah di bahagian pediatrik surgeri kerana kejayaan beliau mengadakan keyhole surgeri
iaitu sejenis pioneer dalam pembedahan dengan ganjaran sebanyak RM8 juta untuk masa empat tahun.
Jadi sebanyak RM276 ini adakah termasuk ganjaran RM8 juta untuk 48 bulan ini
diperuntukkan untuk beliau kerana khabarnya daripada rakan-rakan di HUKM mengatakan
mereka terpaksa mengubahsuai dewan bedah sebanyak RM90 juta hanya untuk menerima
kedatangan pakar bedah keyhole surgeri ini, seorang warganegara Australia. Ramai sahabat
yang berada di Riyadh mengatakan jika sekiranya ganjaran sebanyak RM168,000 sebulan ini
juga memungkinkan mereka juga bersedia untuk kembali bertugas di HUKM jika ganjaran
sebegitu banyak untuk satu bulan.
■1220
Apakah berita ini merupakan satu berita yang baik untuk mereka-mereka yang bertugas
di luar negara dengan ganjaran yang sebegitu banyak? Ini kerana kita tahu prosedur ini
merupakan satu prosedur yang agak baik terutama sekali di kalangan kanak-kanak, kerana ia
merupakan satu prosedur yang tidak memerlukan satu pembedahan yang major, pembedahan
yang besar.
Jadi saya rasa, ini satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh kementerian dan saya
ingin mendapat penjelasan apakah ini merupakan satu dasar untuk kita di masa akan datang?
Kita melaburkan sebanyak yang mungkin wang yang ada untuk mendapatkan satu perkara atau
satu prosedur yang cukup baik untuk masyarakat kita. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua.
Memang lepas tu Menteri pengajian tinggi akui dan jawab,

Yang Berhormat bagi Pendang ada tanya beberapa soalan, dua perkara yang ditanya.
Pertama, berkaitan dengan Prof. Hock Tan Lim ataupun Dr. Lim Hock Tan. Memang benar beliau
telah diambil, beliau seorang pakar keyhole surgery daripada Adelaide. Asalnya rakyat Malaysia,
seorang pakar yang dikenali seluruh dunia, dan UKM telah mengambil beliau untuk bertugas di
universiti tersebut. Saya ingin memaklumkan, beliau di antara tokoh pakar yang memanglah
benar terma yang diberikan adalah amat baik. Ini adalah usaha untuk menarik seorang tokoh
yang dikenali seluruh dunia. Dua persoalan yang dibangkitkan sama ada dalam buku
Belanjawan ini termasuk elaun dan gaji yang dibayar kepada Prof. ataupun Dr. Hock Tan Lim ini,
jawapannya tidak, ia datang daripada belanjawan Kementerian Pengajian Tinggi. Jadi dalam
buku ini tidak termasuk gaji yang kena bayar kepada doktor pakar ini, ia datang daripada
peruntukan Kementerian Pengajian Tinggi.
DR. 10.12.2007
Yang Berhormat Pendang tanya juga yang kedua sama ada benar UKM akan
membelanjakan sebanyak RM90 juta untuk mengubah suai beberapa lab dan lain-lain...
Dato' Dr. Wan Hashim bin Wan Teh [Gerik]: Tuan Pengerusi...
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Menteri...
Dato' Mustapa Mohamed: ...tidak benar. Sebenarnya perkara ini masih lagi dalam
perancangan, belum ada apa-apa lagi perkara yang muktamad. Yang pentingnya kita telah buat
cost benefit analysis dengan mengambil seorang pakar terkenal ini ke UKM, ia akan
mengharumkan nama UKM dan membolehkan rakyat Malaysia mendapat faedah daripada
khidmat kepakaran dan mungkin akan menarik pakar-pakar luar negara termasuklah pesakitpesakit
luar negara. Kalau kita bercakap tentang ranking, dan hendak menjadikan UKM sebuah
universiti tersohor, ini antara langkah yang harus diambil. Jadi di satu sudut, pihak pembangkang
hendak supaya kita dikenali, tersohor, jadi saya tidak nampak kenapa perkara ini dipertikaikan.
Dato' Dr. Wan Hashim bin Wan Teh [Gerik]: Tuan Pengerusi, saya tidak pertikai
pelantikan, tetapi saya hendak tahu berapakah gaji yang diberikan? Katanya terlalu lumayan
sebanyak USD50 ribu sebulan, atau bagaimana? Atau adakah ini sekadar cerita-cerita khabar
angin sahaja? Hendak tahu gaji yang dibayar kepada profesor ini.
Dato' Mustapa Mohamed: Dua pertimbangan sebelum dibayar gaji yang berpatutan
yang pertama, berapa yang diterimanya sekarang di Adelaid. Yang keduanya, ada beberapa
buah negara yang memang cuba menarik beliau untuk ke negara tersebut. Jadi kalau kita betulbetul
berhasrat untuk membina kekuatan kita dalam bidang ini, tidak ada pilihan melainkan kita...,
ini juga bukan kali pertama, kita ada Profesor Jeffrey Sachs, Universiti Malaya kita juga beri
faedah yang agak lumayan, beberapa Profesor Pelawat di UKM juga, tetapi memanglah angka
yang disebut oleh Yang Berhormat Pendang itu memang benar untuk tempoh empat tahun.
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih
Menteri. Saya hendak tanya adakah kementerian telah meletakkan apabila kita hendak ambil
orang yang berkualiti ini sebagai satu dasar, supaya dibayar ganjaran yang begitu lumayan.
Misalnya kita ada di Ridyah, Dr. Ahmad Salahuddin dan juga Dr. Hamdan Leman merupakan
doktor pakar jantung yang diiktiraf di peringkat dunia. Apakah mereka ini, kalau sekiranya
mereka mengetahui ganjaran yang sebegini dan Malaysia berhasrat ataupun Kementerian
Pengajian Tinggi juga berhasrat untuk menarik mereka juga sama-sama berada di bawah payung kementerian ini, terima kasih.
■1450
Dato' Mustapa Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, memang kerajaan memberi ruang
kepada Kementerian Pengajian Tinggi dan beberapa kementerian lain untuk mengambil pakar-pakar terkemuka daripada dunia bagi berkhidmat dengan kerajaan, diberi gaji dan elaun yang
jauh lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan pada masa ini. Ini adalah sesuai dengan dasar
kita Brain Gain untuk menarik pakar-pakar luar negara dan ia juga sesuai dengan usaha kita
untuk menaik taraf ataupun menambah baik kedudukan universiti-universiti negara kita. Jadi ini satu, bukan dasar tetapi kementerian sudah pun diberi kelonggaran dan memang sudah pun
dilaksanakan di beberapa buah jabatan dan kementerian di bawah Brain Gain Programme.
Seterusnya, Ampang ada bertanya tentang kebajikan pelajar. Antara lain, dia bertanya
sama ada peruntukan RM32 juta yang ada dalam buku ini termasuk juga peruntukan bagi
membaiki kemudahan di Universiti Malaya. Mengikut Ampang, pendawaian Universiti Malaya
berada dalam keadaan yang daif. Saya ingin maklumkan bahawa kerajaan telah menyediakan
RM15 juta kepada Universiti Malaya untuk membaiki sistem pendawaian dan kita memang amat peka dan prihatin kepada isu-isu keselamatan di universiti termasuklah isu pendawaian dan isu-isu keselamatan yang berkaitan.
Mengenai RM32 juta tadi, ia termasuk juga program kita di luar negara, pelajar-pelajar
kita di luar negara termasuk untuk membayar gaji kakitangan kita di luar negara. Kita ada 12
jabatan penuntut Malaysia dan termasuk di bawah anggaran ini juga ialah program-program
untuk meningkatkan sahsiah pelajar-pelajar di universiti tempatan.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.