Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Sunday, May 18, 2008

Siapa yang lebih monkey!!!


'Those monkeys are silent because they are full now', begitulah lebih kurang kata-kata TS Rashid Pengerusi Suruhanjaya Penipu Rakyat ( SPR), manusia yang pada tahun lepas disambung hayat oleh Pak Lah sehingga 66 tahun, hayat beliau akan berakhir Disember 2008 sebagai pengerusi SPR. Dalam perbahasan untuk menambah talian hayat beliau, ramai yang bangun membahaskan ketidak profesionalnya TS Rashid ni, ana pernah bertemu dengan beliau 3 kali, dalam mesyuarat dan perbincangan agar SPR berubah kearah yang lebih adil dan saksama untuk semua parti politik, biarlah kita berlawan diatas padang yang sama rata barulah tahu siapa yang dikehendaki untuk mewakili rakyat. Dalam satu pertemuan untuk mendesak penggunaan dakwat kekal,beliau menyatakan sebelum itu kepada DAP bahawa dakwat kekal tidak boleh digunakan kerana ulama PAS kata haram, oleh itu apabila kami rombongan dari PAS bertemu dengan beliau selepas itu , beliau terus menafikan dakwaan tersebut lalu menyatakan bahawa ulama dari India yang menyatakan haram. Lihat betapa dari awal lagi kami mendapat telahan bahawa si TS ini memang lidahnya bercabang, macam lidah yang dok melata tu la, bukan dalam air, tetapi atas darat, kuat curi telor ayam.
Oleh itu apabila beliau menyatakan yang dakwat kekal tidak boleh digunakan kerana sebab-sebab keselamatan, ana bangun bertanya semasa perbahasan oleh DS Wan Azizah Permatang Pauh, pasal dakwaan 4 orang yang telah ditahan untuk siasatan berhubung pembelian dakwat kekal ini yang beharga lebih RM 2.4 juta ringgit, konon negara akan lagi huru hara, minta polis berikan penjelasan siapa yang ditangkap, disiasat dan apa alasan yang menyatakan huru-hara negara kalau dakwat kekal digunakan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat
Permatang Pauh, ada yang berdiri dua tangan naik atas.
Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatang Pauh]: Okey, terima kasih.
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Ketua Pembangkang. Terima
kasih Tuan Yang di-Pertua. Berhubung dengan dakwat indelible ink ini Yang Berhormat telah
sentuh tadi. Daripada kenyataan Ketua Polis Negara mengatakan mereka telah menahan kalau tak silap saya empat orang yang dikatakan telah membawa masuk dakwat-dakwat ini dan kita ingin mendapat penjelasan dan juga kalau boleh Yang Berhormat masukkan dalam teks ucapan, kemanakah empat orang yang di tahan oleh polis ini yang mengatakan mereka ini membawa masuk dakwat dan ini mengancam keselamatan negara. Terima kasih Yang Berhormat.
Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatang Pauh]: Terima kasih. Itulah
yang menjadi tanda tanya. Mana pergi empat orang ini? Yang polis ‘cekap dan betul’. Sekarang dah tukar yer. ‘Integriti...’ apa entah dia punya slogan. Empat orang yang dikatakan. Sebab itu kita tidak boleh gunakan dakwat kekal. Kerana empat orang ini telah masuk dan mengancam perjalanan pilihan raya kita. Ini yang kita katakan SPR ini. Apa jadi kepada mereka yang empat ini? Saya akan masukkan dalam teks ucapan saya.
Sebaliknya, keputusan pilihan raya ke-12 yang lalu adalah kemuncak kepada manifestasi
rakyat yang telah sekian lama menuntut perubahan dan manifestasi rakyat ini tidak mungkin lagi dapat dibendung oleh BN mahupun SPR. Malahan jikanya, sekira pilihan raya umum yang dilangsungkan secara adil, bebas dan telus menurut nilai dan norma antarabangsa dan bukannya menurut acuan SPR. Kami yang berkeyakinan bahawa Pakatan Rakyat berjaya memenangi majoriti kerusi Dewan Rakyat dan membentuk kerajaan di peringkat persekutuan


Tiba-tiba si Rashid ini kata kabinet yang tak benarkan dakwat digunakan, bila Pak Lah jawab balik, kabinet tak cegah cuma beri cadangan saja, ini lah yang menyebabkan sebenarnya negara menjadi huru hara, percanggahan pendapat antara PM dengan pegawai (yang dia tambah talian hayat) , mungkin kerana tak boleh menolong dia kali ini, maka Rashid pun disanggah oleh PM. Tetapi mungkin kalau menang banyak macam 2004, mungkin kalau TS Rashid kata KJ boleh mengandung pun pun, dia kata ya ya ya! 6 Mei lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar memberitahu Dewan Rakyat, polis tidak menemui sebarang bukti terdapat individu yang membawa masuk dakwat penanda kuku dari Thailand untuk digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke- 12.
Menurut beliau, polis telah membuka tiga kertas siasatan di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan berikutan terdapat laporan daripada beberapa individu bahawa dakwat itu telah dibawa masuk dari Thailand.
''Polis telah menemu bual pengadu serta saksi-saksi, didapati tiada sebarang bukti menunjukkan dakwat tersebut dibawa dari Thailand.
''Ini kerana tidak ada sebarang saksi pun yang pernah melihat dakwat tersebut dan daripada keterangan saksi, tiada sebarang individu, sindiket atau pihak-pihak tertentu yang dikenal pasti terlibat dengan kegiatan ini," kata Menteri Dalam Negeri.
Penggunaan dakwat itu dibatalkan oleh SPR setelah polis mendakwa wujud parti-parti politik yang membeli sendiri dakwat-dakwat kekal dari luar negara.
"Saya dimaklumkan bahawa PAS di pantai timur membeli dakwat dari Thailand. Kemudian Umno mendapat tahu (mengenainya) dan Umno juga membeli dakwat tersebut.
"(Maklumat) ini diberikan kepada saya secara hitam putih oleh polis dan laporan yang sama diberikan kepada kabinet dan mereka (kabinet) percaya ia memang benar-benar wujud," kata Pengerusi SPR.
Lihat ulasan TS Rashid dan Paklah bertelagah pasal dakwat, itu batu satu yang terdedah, ada banyak lagi yang akan muncul kalau kerja tak betul.
Lihat di http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14516&Itemid=85

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.