Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, May 19, 2008

Pengasas parti umum keluar parti.




Tsunami politik baru berlalu, ribut Nargis di Myanmar masih menghantui rakyat dengan puluhan ribu mayat yang masih belum ditemui, dan gempa bumi di Sichuan China yang juga masih menakutkan dan menghilangkan kediaman jutaan rakyat China, kini tiba pula badai yang melanda parti yang ditubuhkannya sendiri dimana ahli, bekas pengasas dan bekas presiden UMNO sendiri, mengumumkan keluar dari parti tersebut kerana tidak sudi berada dibawah presiden yang beliau lantik menjadi perdana menteri. Kalau Ku Li sanggup bubar parti yang beliau sendiri tubuh dan asaskan kerana kalah pilihanraya, tetapi TDM hanya mahu keluar dari parti yang dia sendiri tubuhkan, UMNO baru, kerana UMNO asal sudah pun menjadi parti haram, diharamkan oleh mahkamah.


Sayang baru beberapa tahun menjadi ahli parti yang ditubuhkan, beliau telah dengan rela hati kelur parti itu dan menyeru orang lain supaya mengikut jejak langkah beliau, dan oarang yang menyahut cabaran paling awal adalah bekas menteri besar yang cukup brilian, TS Sanusi Junid. Kalaulah kebrilianan beliau diwarisi oleh MB Kedah yang lain, sudah tentu kita tidak menghadapi masalah beras kurang dan harga mahal sekarang ni. Kerana MB inilah yang menjadi pelopor didalam menanam padi diatas bumbong bangunan . Inilah satu idea yang melebihi idea PM dan menteri JJ yang hantar angkasawan keangkasa . Kerana daripada menghabiskan jutaan ringgit menghantar seorang anskasawan, lebih baik habiskan jutaan ringgit untuk tanam padi walau atas bumbong. Ana tabik TS Sanusi, kerana idea beliau yang tak dapat diterima oleh manusia berotak biasa tidak segenius beliau.


Berbalik kepada kisah TDM tadi, memang begitulah Tun adat didunia ini, sunnatullah, kalau berjuang tidak berlandas kepada kehendak Allah, maka apabila kita sudah tidak berkuasa lagi maka barulah kita nampak apa yang kita perjuangkan itu tidak benar, kerana kita sendiri yang menjadi pakar rujuk dan pakar runding, kita sendiri yang suruh dan kita sendiri yang tegah, kita sendiri yang buat peraturan dan kita sendiri yang langgar, tidak ada rujukan yang hakiki yang kita letakkan sebagai pdoman. Oleh itu bila kita tidak dapat mencengkam kusa, maka kitalah orang yang akan menentang kuasa tersebut walaupun orang yang kita lantik itulah yang kita percaya pada mulanya, tetapi itulah juga orang yang kita meluat akhirnya.


Kemelut keluar parti ini ana rasa bukan suatu yang mustahil untuk melanda kerajaan Pak Lah pada hari ini, kalau TDM yang lebih 22 tahun menjadi PM dan bekas presiden parti sanggup keluar parti, apakah salahnya kawan-kawan kita di Sabah dan Sarawak yang baru beberapa hari menjadi ahli dan tak adapun menjadi ahli di Sarawak untuk keluar parti. Kita lihatlah siapa lagi lepas ni yang akan membuat pengumuman keluar UMNO dan menjadi ahli parti bebas, bolehlah duduk dibelakang Dato' Ibrahim Ali.


Oleh itu andaian yang mengatakan tawaran yang boleh menjamin 3 generasi menjadi kaya, tak langsung boleh diterima akal saperti dakwaan MP Kota Belud tempoh hari didalam parlimen.
Cuma ana nak tanya YB Dato' Mukriz bila lagi nak ikut jejak langkah bapa tersayang letak jawatan ahli UMNO dan MP Jerlun.

Semoga selamat tumbang UMNO diusia yang masih muda , kerana zaman sekarang ramai orang mati ketika usia muda.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.