Celahan pada 20.5.2008.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]:
Terima kasih Yang Berhormat Menteri,terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya mengucapkan syabas kepada Menteri kerana mempunyai misi yang mengatakan
30 kilometer radius akan dibangunkan dari segi tiga kemudahan asas tadi ini.
Apa yang saya dapati di kawasan saya yang diwakili oleh wakil rakyat Barisan Nasional,saya dapati sejak daripada negara kita merdeka, ini bukan kampung baru tetapi kampung sejak daripada merdeka dipohon kemudahan yang paling asas iaitu jalan kampung tetapi tidak mendapat perhatian sampailah sekarang ini.
Jadi saya harap dengan misi yang baru, Menteri yang baru ini, yang mempunyai orang
kata peruntukan yang luar biasa yang disebut oleh Menteri ini, saya harap benda ini dapat dilaksanakan untuk kemudahan rakyat di kampung-kampung, bukannya jauh dalam lingkungan 10 kilometer radius sahaja daripada bandar. Terima kasih.
Menteri Pembangunan Luar Bandar.
Ini adalah celahan ana pada 20 Mei pada kepada Menteri Luar Bandar.
Wednesday, May 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Lawat Parlimen

ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.
No comments:
Post a Comment