Menterinya, Dr Ng Yen Yen, berkata ada pegawai yang pergi ke rumah orang yang mendapat bantuan, bertindak menghentikan bantuan apabila melihat ada peti ais di rumah terbabit.
"Memang betul berlaku keadaan itu apabila ada pegawai yang buat keputusan sendiri dan tidak mengikut syarat. Bagaimanapun, kita di KPWK sudah mengeluarkan arahan supaya mengikut syarat dan tidak membuat keputusan dengan pandangan sendiri. Begitu juga dengan anak-anak penerima bantuan yang bekerja. Ibu bapa mereka masih layak menerima bantuan itu," tegas beliau ketika menjawap persoalan Dr Mohd Hayati Othman (PAS-Pendang) ketika menggulung perbahasan titah ucapan diraja, di Dewan Rakyat, malam tadi.
Ana timbulkan persoalan ini kerana ada pegawai yang memberhentikan bantuan kebajikan hanya bila ada saja anak yang sudah besar dan didapati bekerja walaupun hanya bekerja kilang yang pendapatannya hanya cukup untuk makan minum dia sahaja. Beliau berjanji akan membuat arahan agar perkara ini tidak akan berterusan berlaku.
Tuesday, May 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment