Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, May 22, 2008

Kementerian kesihatan

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: [Bangun]
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Saya dah cakap tadi. Sebab Yang Berhormat
Pendang tak ada dalam list.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Ada, TCM.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Saya percayalah Yang Berhormat Pendang ada
cakap dengan saya tapi pegawai saya lupa. Saya bagi peluanglah.
Tuan Yang di-Pertua: Oh! Ini termasuk dalam senarai lapan tadi?
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Ada Tan Sri, ada. Traditional and
complimentary message. Bukan, saya nak sentuh tentang pendaftaran klinik-klinik swasta ini
sebab saya juga terlibat dengan pendaftaran ini. Sebenarnya kita telah daftar tetapi oleh kerana
pihak yang mengendalikan pendaftaran itu terlalu slow, terlalu perlahan untuk menyelesaikan
masalah pendaftaran. Kami sudah bayar RM500 permulaan, yang kedua kita kena bayar sebanyak
RM1,000. Itu yang menjadi masalah mereka sekarang! Mereka tidak dapat menyelesaikan
pemantauan terhadap klinik-klinik yang telah kita daftarkan pada permulaan. Jadi saya harap pihak
kementerian meneliti perkara ini supaya ia tidak menjadi terlalu lewat dan besok nanti kami yang
telah mendaftar akan kena denda pula. Terima kasih.

■1650
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan
Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa Timbalan Menteri belum menjawab apa
yang saya persoalkan tadi berhubung dengan pendaftaran sebab kebanyakan klinik dah daftar,
kita dah bayar RM500 tetapi masalahnya di pihak kementerian. Mereka tidak menjalankan
pemantauan dan pemeriksaan di klinik dan menyebabkan pendaftaran yang kedua tidak
dijalankan.
Jadi saya bimbang banyak klinik-klinik yang akan dikenakan tindakan seperti doktor tadi ini
disebabkan oleh mereka tidak mendaftar. Sebenarnya yang tidak melakukan pemantauan adalah
di pihak Kementerian Kesihatan sendiri. Jadi saya harap pihak Timbalan Menteri memberi
perhatian kepada perkara ini.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Betul tu Yang Berhormat Pendang sebab
sewaktu kita membentangkan regulasi ini, kita agak lambat memohon perjawatan. Jadi kita kurang
memantau. Jadi sekarang ini Bahagian Amalan ini sedang diperkuatkanlah dan kita akan pastikan.
Bagi mereka yang telah pun mendaftar, tidak perlu rasa bimbang, kalau dia dah daftarlah. Ya

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan
Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Saya ada menyentuh tentang tiga disiplin yang telah dilaksanakan
dalam TCM ini. Saya ingin tanya kepada pihak timbalan menteri apakah pihak kementerian
berhasrat untuk membawa masuk lagi apa-apa complimentary medicine yang lain. Misalnya saya
sebut contoh seperti homeopati yang telah pun berjaya di negara-negara maju seperti Germany,
England, Pakistan, India, dan juga di Rusia. Apakah kita berhasrat untuk mengadakan kolej-kolej
homeopati untuk mempersadakan teknik perubatan ini.
Yang kedua berhubung dengan komplimentari ini adakah kementerian juga berhasrat
untuk menjadikan amalan-amalan yang lain seperti ozon terapi, chelating therapy, color vibration
therapy ini sebagai salah satu daripada basic need kepada masyarakat kerana ramai di antara
masyarakat kita yang beralih kepada perubatan-perubatan jenis ini di dalam masyarakat kita. Saya
harap dapat respons daripada kementerian.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.