Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, November 28, 2008

Bahas peringkat JK Men Kesihatan.

6.37 ptg.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi.
Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh. Pertama sekali 030200 – Pengurusan
Hospital, saya hendak sentuh tentang Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru. Ia dibuka pada Julai
2004 tetapi ditutup setelah dua bulan dibuka kerana infeksi aspergillus dan panesilium, fungus
dua jenis fungus. Ditutup selama 17 bulan, kos untuk merawat fungus ini RM14 juta. Kemudian
sekarang ini ia dijangkiti semula oleh fungus aspergillus dan khabarnya kos untuk merawat
dianggarkan sebanyak RM3 juta, baru empat tahun dibuka.
Jadi saya hendak tahu di manakah punca sebenarnya masalah ini terjadi? Apakah
disebabkan oleh masalah dalam pembinaan hospital tersebut kerana kita tahu pada tahun lepas
di Mahkamah Jalan Duta kegunaan paip-paip yang standard di dalam bekalan air menjadi
masalah. Adakah Hospital Sultan Ismail ini juga ditimbulkan masalah begini?
Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: [Bangun].
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Yang Berhormat Kepong, saya ada
banyak perkara.
Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara].
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Jadi, yang kedua.
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak bagi Yang Berhormat. Tidak bagi.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Kedua, Hospital Queen Elizabeth.
Saya sudah bawa usul 18(1) tetapi ditolak oleh Tuan Pengerusi, saya dengar khabar
bahawasanya hospital ini akan dirobohkan. Hospital ini sebenarnya dibina pada tahun 1981
dengan 589 katil dan ia didapati retak pada lebih kurang setahun yang lalu, lapan tingkat. Unitunit
yang terlibat yang saya rasa penting adalah ICU dan juga VIP ward dan pesakit khabarnya
telah dipindahkan ke dan menyewa Sabah Medical Centre (SMC).
Jadi saya hendak tahu banyak manakah sewa yang terpaksa dibayar ke Sabah Medical
Centre ini? Bagaimana doktor-doktor pakar yang bertugas adakah mereka ini share pesakit
dengan SMC ataupun dengan Hospital Queen Elizabeth? Apakah punca keretakan tersebut
kerana kita tahu di Sabah, perairan Sabah dan Filipina dan juga Indonesia sering berlaku
gegaran gempa bumi. Apakah ini penyebab kepada bangunan yang baru 20 tahun retak dan
terpaksa dirobohkan? Di manakah tempat hospital baru yang akan dibina menggantikan Queen
Elizabeth hospital ini?
■1840
DR. 27.11.2008
129
Saya juga lalu dekat Hospital Queen Elizabeth ini saya tengok kuarters dia terutamanya
hospital kuarters terlalu teruk. Tidak bercat mungkin sudah 10 tahun, lima tahun saya tidak
tahulah. Dengan kain bergayutan, jemuran-jemuran di tingkap-tingkap dan tidak sesuai untuk
dihuni oleh houseman ataupun doktor di situlah. Saya harap pihak kementerian tolong ambil
perhatian terhadap kuarters kerana kalau sudah duduk di kuarters macam itu terpaksa kerja
dengan bebanan kerja sebagai houseman saya rasa memang tidak sesuai kita hendak duduk di
situ. Kemudian 010200 - Sumber Manusia.
Kita tahu housemanship sekarang sudah dipanjangkan ke dua tahun. Tujuan
berpanjangan ini adalah untuk mereka melakukan rotation supaya banyak unit-unit yang dapat
mereka ikuti dan juga menambah pengalaman untuk housemanship ini. Akan tetapi apa yang
menyedihkan kita, penambahan ini bukan kita dapati untuk menambahkan ilmu ataupun
pengalaman kepada mereka tetapi lebih kepada membebankan ataupun kalau kita sebut dengan
bahasa kasar membulilah. Saya kata tidak sampai membulilah tetapi memang teruk sehinggakan
mereka tidak ada ruang atau masa untuk melakukan study.
Bayangkan kalau daripada ambil darah hendak trace result dan juga kerja-kerja yang
sepatutnya dilakukan oleh attendant dan juga nurse terpaksa juga mereka lakukan. Kalau sekali
sekala ini tidak ada masalah. Macam kami dulu kerja sebagai houseman pun kena set drip, ambil
darah itu tidak ada masalah tetapi kalau sering kali dilakukan mungkin kita punya hasrat untuk
menambahkan masa daripada dua tahun ke tiga tahun untuk mereka menambah pengelaman ini
tidak akan tercapai. Butiran 030300 - Kecemasan, saya sudah sentuh tentang bot ambulan pada
tahun 2006 apabila berlaku kecemasan ataupun kematian di Pulau Langkawi. Ini masalah
kepada mereka-mereka yang duduk di pulau-pulau seperti Langkawi, Pangkor dan juga Labuan.
Mereka hendak membawa pesakit daripada pulau-pulau ke tanah besar memang sukar.
Apabila terjadi accident pada tahun 2006 di Langkawi timbul hasrat pihak kementerian untuk
mengadakan bot ambulans dan Timbalan Menteri sudah mengatakan pada jawapan beliau kita
sekarang berada di unit engineering untuk mencari satu kaedah untuk membina bot. Jadi saya
hendak tanyalah pada hari ini setakat manakah progress kepada bot ambulan ini. Seterusnya
Tuan Pengerusi, tentang radioterapi.
Saya pernah bekerja di unit radioterapi dan perubatan nuklear dua tahun dan saya dapati
ramai pesakit-pesakit yang datang di unit radioterapi ini daripada tempat yang jauh-jauh.
Misalnya dari utara, dari selatan kerana tidak ada pusat-pusat radioterapi di sebelah utara. Hanya
yang ada adalah Mount Miriam Hospital merawat penyakit kanser dan mereka ini yang jauh-jauh
ini terpaksa menghuni di masjid kalau orang Islam, kalau bukan Islam terpaksa menginap di
rumah kawan-kawan yang memerlukan masa yang terlalu lama. Kadang-kadang sampai enam
minggu mereka terpaksa menginap. Jadi tidak tempat untuk mereka landing untuk berehat.
Jadi saya rasa perlu ada satu unit di sebelah utara ataupun selatan, tambah unitlah.
Kalau di Mount Miriam Hospital, di swasta ini saya rasa mungkin ia membebankan kerajaan dan
DR. 27.11.2008
130
juga pesakit itu sendiri. Kemudian seterusnya tentang 031100 Oftalmologi. Saya hendak sentuh
tentang cataract operation. Banyak rungutan daripada pesakit-pesakit yang datang mengatakan
mereka terpaksa kena bayar kos lens ataupun kanta untuk melakukan cataract operation dan
ada setengah mengatakan RM600 dan ada setengah mengatakan RM400 dan ada setengah
mengatakan RM200. Jadi sebenarnya saya hendak tahu apakah kategori kanta yang digunakan
di dalam cataract operation ini.
Adakah ianya mempunyai brands macam kita ada jam Pierre Cardin, Rolex. Adakah
macam itu yang dibekalkan kepada pesakit kerana dia hendak masuk dalam mata, hendak
letakkan dalam mata kerana kos-kosnya berlainan ataupun ada orang tengah yang mengaut
keuntungan daripada kos-kos untuk lens ataupun kanta yang dimasukkan di dalam mata untuk
cataract operation ini. Kemudian Butiran 030900 - Ortopedik. Saya rasa sudah sampai masanya
kementerian menukar strategi kita menggunakan plaster of Paris untuk patah ini kerana ia
terlalu berat kalau sekiranya Menteri Kesihatan pun dapat full length POP daripada kaki sampai
ke paha saya rasa, ‘crutches’ yang kita gunakan pun boleh patah. Sekarang orang ini guna fiber
glass.
Jadi saya rasa kita bertukarlah kepada yang lebih ringan untuk pesakit bawa. Saya ada
anak dua orang yang biasa patah dan terpaksa menggunakan POP yang cukup, memang susah.
Kita hendak angkat dia walaupun umur dia baru empat tahun, lima tahun cukup berat untuk kita
menggunakan ini. Carilah satu kaedah untuk kita menukar daripada POP atau plaster of Paris ini
kepada fiber glass. Satu lagi Butiran 030300 - Kecemasan untuk dressing di pusat-pusat
kesihatan.
Saya ada klinik menghadapi banyak masalah daripada pesakit-pesakit yang terpaksa
melakukan dressing terutamanya apabila cuti Jumaat dan Sabtu di sebelah utara. Mereka
terpaksa datang ke klinik kita dan sudah semestinyalah klinik swasta ini chargelah. Bukan saya
yang run, isteri saya yang run. Kita kena caj, bergantung kepada kebesaran atau keluasan
dressing yang kita kena buatlah. Sebab gauge kita beri, solution kita beri, plaster ataupun
micropore kita beli terpaksa charge. Jadi saya rasa ini membebankan. Kalau sekiranya kita ada
di pusat kesihatan sekurang-kurangnya mereka yang bertugas untuk misalnya hospital assistant,
nurse berada di situ khas untuk mereka yang terpaksa menghadapi dressing terutama daily
dressing ataupun hari-hari untuk mereka melakukan dressing ini boleh mengurangkan bebanan
kewangan kepada mereka.
Seterusnya 30600 - Surgeri. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, HUKM telah
mengambil Profesor Tan rakyat Malaysia di Australia melakukan pediatric surgery menggunakan
kaedah ‘Key hole’ Jadi saya hendak tanya beliau di bayar RM8 juta untuk empat tahun, maknanya
RM168 ribu untuk satu bulan. Apakah khidmat beliau ini telah digunakan oleh Kementerian
Kesihatan untuk melatih pakar-pakar daripada Kementerian Kesihatan untuk melakukan prosedur
ataupun mendapat faedah daripada ‘key hole’ surgery ini. Jika sekiranya tidak saya rasa ini tidak
DR. 27.11.2008
131
patutlah kepada Kementerian Kesihatan kerana baru-baru ini beliau telah pun renovate satu
dewan bedah kalau tidak silap saya harga berjutalah, saya tidak ingat berapa angkanya. Berjuta
ringgit juga yang telah digunakan untuk renovation dewan bedah untuk melakukan ‘key hole’ surgery
untuk pediatrik untuk pesakit kanak-kanak.
Seterusnya TCM, saya sudah sentuh dalam perbahasan dalam sesi lepas tapi apabila
saya tengok dalam buku bajet tidak ada diletakkan di mana-mana traditional and complimentary
medicine ini. Di manakah diletakkan dan siapakah yang berhak untuk mempraktikkan TCM ini
dalam hospital. Di hospital Kepala Batas dan juga Hospital Putrajaya telah dijadikan sebagai
pioneer untuk TCM ini. Bagaimanakah sambutan daripada masyarakat terhadap traditional dan
complimentary medicine ini. Adakah mereka yang hendak praktis ini dia mesti mempunyai
kelulusan sijil ataupun anugerah daripada mana-mana. Kita tidak mahu jadi macam yang
ditunjukkan oleh televisyen Korea tentang Pusat Perubatan Cakera Alam.
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Masa habis Yang Berhormat.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Masa habis?
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Habis masa.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Banyak lagi ini. Okeylah last tentang
makmal menteri tidak menafikan ia akan diswastakan. Saya maklum bahawasanya makmal
pesakit-pesakit sekarang ini digalakkan untuk menjalankan ujian di makmal. Kalau di Alor Setar
itu di Path Lab dengan Gribble. Jadi saya hendak pastikan sama ada ianya betul-betul akan
diswastakan ataupun tidak kerana kita dapati di makmal, di hospital ini dia punya mesin
dibekalkan oleh syarikat tetapi reagent terpaksa dibeli oleh kementerian.
Akan tetapi reagent ini kalau kita beli dua kali, tiga kali harganya lebih daripada harga
mesin. Ini yang menjadi masalah kepada mereka yang mengendalikan di hospital awam ataupun
hospital kerajaan ini.
■1850
Last sekali Tuan Pengerusi, ini betul-betul last ini akta peralatan perubatan. Menteri
Kesihatan yang lalu mengatakan akan, the propose medical devise act expected to come into
effect in 2007. Saya hendak tanya setakat ini setakat mana progress akta peralatan perubatan ini.
Saya tengok brosur-brosur yang datang ini memang cukup banyak mengatakan alat ini boleh
menyembuhkan penyakit itu, alat ini boleh menyembuhkan penyakit ini sehingga kita pun pening.
Kalau macam ini orang yang duduk tepi jalan pun boleh beli alat ini duduk bawah pokok boleh
rawat semua jenis penyakit. Kencing manis boleh, darah tinggi boleh, ulser boleh, gastrik boleh,
migrain boleh, mata buta pun dia boleh rawat. Sekian, Tuan Pengerusi. Terima kasih.


Kerana masa dah tak cukup, sebenarnya banyak lagi yang dah disediakan nak bahas, tapi speaker dah warning , kena patuh la. Antara perkara yang penting ana tak dapat sentuh adalah akta kawalam mutu makanan 1985 yang perlu diperkasakan kerana sekarang ni kita dapati banyak makanan yang kita makan mengandungi jenis bahan kimia yang boleh merosakkan kesihatan kalau dimakan untuk jangka masa panjang, saperti didedahkan oleh Penang consumer association baru-baru ni, asid boric dalam mi dan bihun dan kue teow, juga pasal kandungan melamine dalam biskut yang dibuat didalam negara kita menggunakan amonium karbonate yang diimport dari negara China.
Sebenarnya makmal kita tak cukup, negeri Sembilan dan Melaka tak ada makmal untuk test ni, pasal tu di Singapura ambil masa dua hari tau result tapi kita dua minggu baru dapat result, padahal makanan dah bertebaran masuk dalam pasaran dan kalau dah masuk kampong susahlah nak ditarik balik, nak ambil balik pun pekedai nanti menanggung kerugian.
Satu lagi masalah adalah cara pengambilan sampel yang tak berapa kena, dalam teguran ketua audit negara pun ada sebut pasal kursus untuk mengambil sampel yang tak ditekankan dalam kursus kepada petugas dipusat kesihatan sehingga kebanyakan sampel yang diambil ditolak oleh makmal. Begitu juga pasal air mineral yang terjual dipasaran sekarang ni yang banyak tak patuhi piawaian yang telah Kementerian buat, tetapi mereka tak kisah asalkan boleh jual dan dapat untung juta -juta sudah. Patut ujian dibuat tetapi banyak yang tak buat, patut kandungan bahan kimia dan bakteria ditest 3 bulan sekali dan hantar analisa kepada kementerian, tetapi didapati daripada 189 syarikat yang dapat lesen , lebih daripada 20 yang tak hantar analisa dalam masa yang diarahkan, tetapi kementerian haram tak ambil tindakan pun.
Yang jadi mangsa adalah rakyat ramai, tengok dok dalam botol terus beli, kata ia bagus, tetapi kandungan sudah berubah ke, ada bakteria ke, ada bahan tiksik ke, sapa pun tak tau, tokeh dapat untung juta-juta, last sekali sakit buah pinggang, kena dialisis dan mati.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.