Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, November 28, 2008

Takziah kepada keluarga bekas MP Kuala Terengganu.




Datok Razali Ismail
Ucapan Penangguhan Yang Berhormat Dato’ Razali bin Ismail. Saya rasa Timbalan
Menteri bukan? Kuala Terengganu pada 21 Jun 2007, membahaskan Kementerian Pelajaran.
Apa dia kata? Saya ambil nombor empat. Ini bukan politik ya, ini bukan politik. “Penggunaan
bahasa Inggeris yang begitu berleluasa di sektor swasta seolah-olah mencabar status bahasa
kebangsaan”. Kerajaan, dengar ini. “Perlu mengekalkan komitmen politik untuk terus mendukung
penggunaan bahasa Melayu dalam domain pendidikan dan urusan rasmi kerajaan”. Ini Yang
Berhormat Timbalan Menteri punya kenyataan, bukan saya punya kenyataan.
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Masa dia di back-bencher kot itu.

Itu ucapan Allahyarham YB Kuala Terengganu semasa menjadi ahli BBC pada sidang parlimen ke 11 dulu, ia menjadi satu asas kepada KPM supaya pembelajaran sains dan metametik dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI ) dapat dipinda semula dan aspek lain untuk mengagungkan bahasa Melayu/ Malaysia dapat diperkasakan semula .
Ana mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham diatas pemergian mengejut beliau pada petang ini di Genting Highland. Al Fatihah. Beliau nampak senyap saja pada hari Khamis 27 November kelmarin semasa Timbalan Menteri dari Air Itam tanpa sepatah kata yang dikeluarkan semasa jawapan usul potong gaji menteri dan semasa penggulungan peringkat jawatankuasa.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Minta laluan. Sekarang boleh? Dah
masuk dah.
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Lagi satu,..
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Oh, tak masuk lagi?
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Dia tak bagi Yang Berhormat, tak bagi.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Dia tak masuk lagi? Dah lama tak
masuk-masuk. Main tepi saja.
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Yang Berhormat Pasir Salak sabarlah.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Bila nak keluar lagi air dia?




Ini satu lagi masalah yang perlu diberikan perhatian oleh rakyat yang melantik Pasir Salak kebangunan parlimen . Ini bukan sekali dua beliau nampak menggunakan unpalimentarian word , tetapi telah berkali-kali dan bila dipertikaikan oleh MP lain maka beliau tarik balik dan lain hari beliau akan kata lagi perkataan macam tu dan tarik balik sehingga lah semua orang menjadi pening dengan beliau.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.