Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, November 29, 2008

Dimana beza manusia dan haiwan !!


Ana tertarik bila membaca surat khabar 2 hari lepas pasal wujudnya segolongan manusia yang menjerumuskan diri mereka sama tahap dengan haiwan yang sanggup mendedahkan anu dan anu mereka untuk ditonton oleh orang ramai dalam satu demo yang bernama demo bogel kerana satu sebab ! membantah kenaikan sewa rumah yang diduduki oleh rakyat kononnya tak mampu nak bayar. Nak bantah dengan nak tunjuk anu dan anu dekat depan orang awam.

Ana rasa berita ini patut diberitahu keseluruh nusantara dan bahkan kedunia agar pengendali rancangan you believe it or not dan guiness book of world record dapat datang mengambil gambar dan masuk dalam buku rekod mereka agar menjadikan Malaysia boleh dan manusia yang masih lagi mengamalkan budaya tahun 20 an dan 30 an teramai yang masih lagi ujud dalam dunia moden sekarang ini yang dapat ditontoni dikhalayak ramai.

Kalau benar-benar ini terjadi, syabas diucapkan kepada manusia-manusia ini dan kalau jadi mereka ini merupakan spesis terasing dan tak boleh diakui oleh Malaysia negara Islam hadhari ini, kerana ana rasa Islam hadhari pun tak dapat menerima mereka dari spesis sebegini. Mereka juga sekarang sedang berusaha untuk mendapatkan permit dari polis Selangor , cantik juga masalah ni, kita nak tengok kalau polis beri permit, rasanya Pejabat Ugama sajalah yang terpaksa menjadi halangan mereka untuk demo bogel ini, bahkan kalau Pejabat Ugama juga bagi kebenaran, maka akan tercacat dalam sejarah negara Malaysia tercinta ini permulaan kepada kelab pertunjukan anu-anu percuma kini.






Alasan mereka kononnya kerajaan Pakatan Selangor tidak prihatin dengan rakyat sehingga naikkan sewa rumah 100 %. Kalau tak silap ana, YB Iskandar EXCO dah bagi tahu, kalau mereka yang berpendapatan kurang dari RM 1500.00 sebulan , mereka akan dibantu agar sewa rumah mereka masih lagi macam yang dulu, tetapi kalau yang lebih daripada itu, maka kena bayar dengan baru la. Kalau kita lihat sewa rumah ditaman dekat rumah ana dihulu Pendang ni pun, RM 250 tu adalah sesuai untuk rumah kampong saja, kalau rumah yang ada 3 bilek pun mesti RM 300.00. Ana masih ingat masa ana sewa rumah Pak Cik Jamaludin Alias di Jalan mahmud Kpg baru tahun 83-84 dulu pun , rumah dua bilek dengan pintu yang ditolak dengan tangan pun boleh kopak, pun sewanya RM 350 ditahun awal 80 an, inikan pula rumah batu tinggi pula tu, siap dengan lif dan lain-lain lagi, tak kan kurang dari RM 200 kot, stedy la brother.

Tapi tak apa la, kalau dah bersemangat sangat nak berdemo bogel, biarkan mereka , kita ramaikan dengan orang utan dari zoo negara dan Sepiluk di Sabah, tolong bawa mereka dengan Air Asia boleh sponsor agar dapat disamakan dengan manusia yang beria-ia nak demo bogel tu. Kita boleh bandingkan yang mana satu lebih 'cun' dan 'macho'. Bawa sama suami atau isteri mereka agar dapat betul-betul penghakiman dilakukan berdasarkan jantina. Barulah dunia boleh solute kat kumpulan ini. Kalau nak best lagi, suruh TV buat siaran langsung dan siarkan sama dalam internet .

Cuma satu saja pesanan ana, nanti bila lepas sembahyang dan sebaik saja beri salam, berdoalah kepada Allah, dimana iman kita dan apa kah agama yang kita anuti ini tidak mengira dosa dan pahala yang kita lakukan ini didalam amalan hidup harian kita , dan sanggupkah kita menjadi mangsa bakaran api negara Allah hanya dengan berseronok berdemo padahal kita tahu itu adalah perbuatan yang dianjurkan oleh iblis dan syaitan .

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.