Ana amat bersimpati bila mendapati apa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa kebangsaan dipertikaikan oleh setengah golongan tertentu yang mengaku bahawa mereka Islam dan organisasi Islam, tapi bila tengok rupa mereka tu pun tak macam mereka itu mengamalkan ajaran Islam yang sebenar saperti yang terdapat didalam ajaran Islam yang semua kita ketahui.
Ana dah lihat didalam surat penjelasan sebelum dibuat keputusan oleh majlis fatwa adalah cukup jelas kerana banyak amalan dan perkara-perkara yang dibuat sebelum aktiviti yoga itu dilakukan ada amalan mentera dan tafakkur atau meditasi yang berhasrat menyatukan kemurnian jiwa dengan roh tuhan.
Yoga ialah perkataan Sanskrit bermakna Yuj bermaksud mengawal, menyambung atau menyatu . Yoga dari segi Istilah ialah 'union' kesatuan, sambungan atau kuk roh individu dengan roh alam semesta , penyatuan dengan roh Illahi.(The practical Sanskrit dictionary).
Kalau kita tinjau dan lihat apa yang terdapat didalam amalan yoga dan aktiviti seterusnya memeng mengarah kepada banyak amalan yang menyerupai amalan ketuhanan hindu . Apabila kita menyebut tentang yoga ni, kita pasti akan tergambar seorang manusia bersila dengan tangan memegang peha dan bermeditasi dan apa yang membimbangkan kita adalah ia melibatkan kita terpaksa melupakan semuanya pada masa itu hatta melupakan Allah sekalipun , maka sudah pasti pada pandangan saya ianya tak patut berlaku dalam keadaan seorang itu beriman kepada Allah.
Itu kita tak bercakap lagi pasal mentera dan amalan lain selain fizikal yang diamalkan oleh pengamal yoga ini yang agak janggal dan pelik untuk diamalkan oleh seorang yang mengaku Islam.
Apa yang menarik adalah Singapura pun telah lama mengeluarkan fatwa pengharaman yoga ini dan menyatakan ianya adalah 'bidah dholalah' dan tak patut diamalkan oleh umat Islam, begitu juga dengan Mesir juga menyatakan ianya tidak harus diamalkan oleh umat Islam.
Terdapat banyak risalah yang menerangkan bagaimana cara-cara mengamalkan dan melakukan yoga ini dengan tujuan dapat bersatu dengan roh alam, antara sebelum melakukan yoga, tiga perkara perlu dipatuhi saperti,
-melakukan dan menguasai cara-cara bernafas ( bukan cara bernafas biasa )
-berdoa termasuk menyebut kalimah suci OM atau AUM dan
-bermeditasi ( semua a,b dan c ini dengan cara agama Hindu).
Cara meditasi adalah dengan mengamalkan konsentrasi pada satu titik saperti titik cahaya didinding, atau memusatkan perhatian mata kepada batang hidung sendiri atau boleh jadi satu fikiran atau kewujudan tuhan sendiri .
Melalui disiplin ini sebenarnya seorang yogi bermujahadah hendak membebaskan fikiran daripada belenggu kebendaan deria agar dapat mencapai samadhi -bersatu dengan tuhan brahma lalu menjadi satu.
Ana rasa sebagai seorang Islam, kita patutlah menjadikan sembahyang sebagai satu amalan wajib harian yang menjadikan fikiran dan fizikal kita sentiasa terikat dengan Allah 100 % tanpa perlu kita mengubah pemikiran kita kepada sesuatu yang lain sesaat pun dan bayangkan disaat kita tidak mengingati Allah itu kita dimatikan oleh Allah subhanahu wataala.
Wednesday, November 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment