4.11 ptg.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Hanya
beberapa butiran yang akan saya sentuh. Yang pertama sekali 01502 - Tabung Ekonomi Usaha
Niaga (TEKUN). Saya tidak mahu sentuhlah sebab perkara yang disentuh oleh Yang Berhormat
Titiwangsa tadi. Cuma saya hendak tahu setakat ini berapa peratus kejayaan mereka yang
meminjam di TEKUN ini, setakat mana kejayaan mereka, hasil pinjaman yang diberikan oleh
TEKUN ini kerana bila kita tahu mereka ini hanya peniaga-peniaga kecil, adakah mereka selepas
meminjam, kemudian terpaksa meminjam balik dengan TEKUN ini atau mereka ini sekali pinjam
sudah boleh berdikari di atas usaha niaga yang mereka lakukan.
Satu lagi, harapan saya kepada menteri adalah tentang pejabat TEKUN ini. Saya sudah
sentuh pada sesi yang lepas iaitu kepada menteri dari Lenggong kalau tidak silap saya,
berhubung dengan pejabat ada di Kompleks UMNO. Saya tengok di Selayang pun begitu juga di
dalam Kompleks UMNO. Jadi saya hendak tahu, apakah sebenarnya fungsi TEKUN ini. Adakah
mereka ini untuk membantu rakyat atau hanya orang-orang tertentu sahaja kerana kalau duduk
di pejabat itu, menteri yang lepas jawab, dia kata sewa murah. Takkan duduk pejabat UMNO,
kena sewa juga kot. Saya pun tidak tahulah. Jadi saya harap menteri dapat memberikan
penjelasan.
Kemudian yang kedua tentang MRSM. Saya sedih jugalah pada keputusan dua tahun
lepas, MRSM Pendang ini dikatakan yang tercorot sekali dalam Malaysia, wallahualam, saya
tidak tahu. Selepas tukar dia punya pengetua, menjadi tercorot, sebelum itu baik. Saya hendak
tahu berapa peratusan pelajar-pelajar bukan bumiputera yang masih berada di dalam MRSM.
Katanya akan dinaikkan menjadi 15%. Apabila pelajar-pelajar peratusan bukan bumiputera
berada di MRSM, setakat mana dapat ia memajukan daya saing pelajar-pelajar bumiputera yang
berada dalam MRSM. Kerana itulah sebab mereka dimasukkan di situ pada awal-awal dahulu
lagi.
Yang ketiga tentang Program Keusahawanan Siswa dan Siswazah. Apakah siswa dan
siswazah ini dipilih daripada mereka yang masih lagi berada dalam universiti. Maknanya mereka
ini berada pada tahun akhir ataupun mereka dilatih sejak mereka dalam universiti, selepas itu mereka akan meneruskan usaha-usaha membantu menjadi seorang usahawan daripada siswa
dan siswazah ini atau kah hanya selepas mereka keluar daripada universiti dan tidak mendapat
pekerjaan dalam masa-masa tertentu, barulah mereka ini dimasukkan dalam program-program
yang dirancang oleh kementerian ini.
Setakat ini usahawan-usahawan yang bagaimanakah siswa dan siswazah ini
menceburkan diri. Apakah mereka ini dalam bidang perniagaan sahaja ataupun dalam
usahawan-usahawan yang melibatkan mereka sendiri mengusahakan produk-produk yang
digunakan oleh orang ramai.
Kemudian tentang Program ICT Bumiputera Entrepreneur. Saya dapati banyak
peruntukan yang disediakan tetapi pada tahun 2009 hanya RM500 ribu sahaja kerana ICT ini
merupakan sesuatu yang cukup penting dalam dunia pada hari ini. Kalau kita dapat
mengadakan satu hab ICT macam mana terdapat di Low Yatt untuk bumiputera, saya rasa ini
sesuatu yang cukup membanggakan dan menteri boleh mendapat kredit yang cukup besar
dalam hal ini.
Saya tengok di KB Mall, di Kota Bharu memang ada satu hab ICT yang kita kata agak
berjaya. Itu di Kota Bharulah. Kalau di negeri-negeri atau tempat-tempat lain boleh diadakan
sebegitu, memang cukup membanggakan kita kerana bekalan-bekalan untuk mendapat barangbarang
ICT ini agak sukar bagi mereka-mereka yang berada di dalam business ICT ini kerana
mereka terpaksa melalui atau menempuh banyak halangan terutama sekali kalau tidak ada
kerjasama dengan pihak-pihak yang tertentu yang membekalkan bahan-bahan tersebut.
Kemudian 09001 - Ruang Niaga. Saya sudah sentuh dulu tentang Kompleks MARA di
Alor Setar dan juga Kompleks MARA di Pendang. Saya harap kalau sekiranya pihak
kementerian hendak membina bangunan-bangunan MARA untuk perniagaan, buatlah bangunan
itu sesuai untuk perniagaan. Jangan nampak macam court badminton, selepas itu kita ubah suai
menjadi bangunan untuk peniaga. Juga pejabat MARA di Pendang, bangunan MARA dia tidak
guna, tetapi dia terpaksa sewa bangunan yang lain untuk menjadi pejabat MARA. Jadi saya rasa
ini sudah tentu akan merugikan pihak MARA sendirilah. Bangunan kita ada, sewa bangunan
orang. Jadi bangunan yang kita ada tidak digunakan untuk pejabat kita.
Kemudian pembudayaan keusahawanan untuk pelajar-pelajar sekolah. Ini saya rasa
satu usaha yang baik, bagus dan sesuatu kredit boleh juga diberikan kepada menteri yang
hendak bertanding ini. Saya hendak tahu adakah sekolah tajaan MARA sahaja ataupun sekolah
yang di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia kerana kalau sekolah di bawah Kementerian
Pelajaran mungkin terpaksa mendapat kebenaran daripada menteri berkenaan kerana usahausaha
niaga di sekolah ini adalah amat penting untuk kita didik pelajar-pelajar mereka dan
adakah mereka ini hanya dididik dari segi teori ataupun praktikal sekali. Sekolah ada koperasi,
adakah mereka ini menjadi anggota koperasi sekolah dan berniaga dalam koperasi-koperasi tersebut kerana kalau sekolah kementerian, MARA hendak ambil alih, saya rasa ini kemungkinan sukar sedikitlah.
Jadi saya harap mendapat penjelasan daripada pihak menteri. Itulah, Tuan Pengerusi,
terima kasih.
Itu yang ana bahas peringkat JK Kementerian Pembangunan Usahawan.
Hari ini bermulalah pula perbahasan bajet 2008 peringkat JK yang ana telah sentuh dalam perbahasan hari Khamis lepas.Antara persoalan yang ana timbulkan adalah pinjaman tekun yang memerlukan borang permohonan itu mestilah dari mereka yang menjadi ahli UMNO dan kenapakah pejabat TEKUN berada didalam kompleks UMNO. Hari ini menteri jawab dan menafikan perlunya seseorang itu jadi warga UMNO baru boleh mohon, ini bertepatan dengan borang yang baru saja ana sign untuk sokongan hari Ahad semalam, tiada pun syarat yang memerlukan seseorang itu mesti ahli UMNO dan penyokong adalah MP atau ADUN dan pemimpin masyarakat , bukan ketua UMNO dan beliau harap kalau ada yang menjadikan keahlian UMNO sebagai alasan, maka sila beri nama dan maklumat, beliau akan ambil tindakan. Pasal pejabat TEKUN dalam kompleks UMNO tu memang diakui 60 drp 152 pejabat TEKUN berada didalam kompleks UMNO, kerana sewa murah dan kadangkala tiada sewa dan hanya bayar letrik dan air saja, ini memang diakui oleh menteri.
Monday, November 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment