Thursday, November 27, 2008
Ziarah kematian Siam di Padang Pusing.
Sebaik saja selepas membahaskan beberapa perkara dalam peringkat JK Kementerian Kesihatan petang semalam, ana bersama dengan YB Pokok Sena terus balik ke kawasan kerana jangkanya pada keesokan hari kena menziarahi seorang warga emas keturunan Siam yang meninggal dunia di Padang Pusing. Lalu pagi tadi bersama dengan rombongan kelab penyokong PAS Pendang, ana dan YB Dato' Hj Mohd Taulan Rasul telah pergi menziarahi mendiang dirumah beliau. Kebetulan kehadiran kami ketika masyarakat Siam disitu sedang dalam persediaan untuk mengadakan majlis sempena kematian tersebut sebelum Tok Tan dan Sami datang untuk melakukan upacara sebelum majlis pembakaran dilakukan.
Ana bersama YB Dato' Taulan disambut dengan mesra oleh ahli keluarga simati dan nampak jelas akan kemesraan dan tanda hormat mereka diatas kehadiran kami berdua.
Apabila Tok Tan dan Sami datang untuk memulakan upacara mengikut Agama Buddha, maka kami pun mohon izin untuk pulang.
Nampak jelas dalam majlis tersebut masyarakat Siam selama ini telah dipisahkan dengan PAS begitu jauh di sebelah Kedah ini gara-gara BN dan kunco-kunco nya. Apabila kita dapat memechkan tembok ini, maka mereka sekarang faham bahawa apa yang dibawa oleh PAS selama ini telah dipesongkankan dari kebenaran kepada mereka.
Saya berharap kunjung mengunjung dan ziarah menziarahi ini akan terus menjadi satu penyambung kepada komitment PAS untuk menjadi pemerintah yang diterima oleh semua ahli masyarakat, cuma selama ini kita telah ditohmah dengan berita yang diseleweng oleh pihak musuh..
Sebenarnya dizaman Nabi Muhammad saw pun, baginda tetap memberikan penghormatan kepada orang Yahudi yang meninggal dunia. Kami menziarahi dan menasihatkan ahli keluarga agar bersabar atas kematian ketua keluarga mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment