Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, November 28, 2008

Rumah siap, penghuni tiada.

Permasalahan rumah guru yang tak berpenghuni di luar bandar ni menjadi satu fenomena yang perlu diatasi oleh Kementerian dengan kadar yang segera, semasa ana mencelah Tim Menteri Pelajaran semasa penggulungan peringkat JK Kem Pelajaran.

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Penjelasan tadi tentang rumah guru.
Terima kasih Menteri, Tuan Pengerusi. Tempat saya ada tiga perumahan guru ini. Satu di Jelai,
yang kedua di Tokai dan ketiga di Kubur Panjang. Dalam sesi lepas, saya tanya timbalan
menteri di Sungai Petani juga mengatakan 70% ratenya tetapi saya lihat sekarang ini kalau di
Kubur Panjang itu dalam 20% di Tokai dalam 40% dan di Jelai mungkin dalam 30%, 40%.
Masalah diberitahu oleh guru-guru adalah rumah ini empat tingkat. Meter air semua itu
dia guna satu meter begitu juga dengan elektrik. Kemudian dia empat tingkat tetapi tidak ada lif,
jadi apabila mereka ditempatkan di tingkat atas, ini menjadi masalah. Kalau yang ajar sekolah
menengah, yang sudah tua itu, dia sakit lutut. Jadi hendak naik tidak boleh. Kadang-kadang
yang ada anak kena dukung anak naik turun naik turun, jadi itu masalah yang dihadapi oleh guruguru
yang tinggal di perumahan guru ini. Saya minta kementerian tolong lihat perkara inilah.
Terima kasih.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong: Terima kasih Yang Berhormat. Ini satu input yang sangat
baik kerana dari segi practicalitynya bangunan yang direka bentuk itu kita kena mengambil kira.
Kadang kala guru itu mungkin duduk bersama dengan orang tua, maka ianya patut diambil kira
semasa reka bentuk. Saya rasa saya yakin pihak kementerian juga sedar tentang perkara ini
dan dalam mereka bentuk yang baru bagi KIP ini ianya akan mengambil kira aspek-aspek
tersebut.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.