Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Tuesday, April 13, 2010

Perbahasan JK MOT

5.30 ptg.
Dato' Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi
kerana memberikan saya kesempatan untuk sama-sama berbahas dalam Peringkat
Jawatankuasa Maksud Kepala B.28. Saya cuma ada beberapa perkara iaitu berhubung dengan
RM3.8 juta untuk membiayai keperluan percetakan tambahan lesen kenderaan bermotor.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]
Apa yang saya faham berhubung dengan lesen ini adalah plat untuk kita mencetak road
tax kalau tidak silap saya daripada pemahaman inilah. Didapati road tax yang kita dapat mutakhir
ini yang diperbuat daripada plastik merupakan satu bentuk yang dikatakan bermutu tinggi tetapi
sebenarnya tidak bermutu tinggi bagi saya sebab apabila kita hendak koyak hendak lekatkan di
cermin kenderaan itu, ia mudah terkoyak dan juga apabila dilekatkan di cermin kenderaan susah
untuk kita buka dan untuk lekatkan yang baru ia merosakkan ataupun mencemarkan cermin,
lebih-lebih lagi kalau sekiranya cermin itu diletakkan plastik untuk menghalang daripada panas.
Maknanya ini merupakan sesuatu yang perlu difikirkan oleh kementerian bahawasanya RM3.8
juta ini merupakan satu jumlah tambahan yang dipohon yang begitu tinggi tetapi nilai benda yang
dibuat itu saya rasa tidak memberi banyak faedah kepada pengguna-pengguna.
Kemudian yang keduanya berhubung dengan kempen keselamatan jalan raya yang juga
disentuh oleh Kementerian Kerja Raya tadi. Saya ingin mendapat pandangan daripada
kementerian, apakah selepas ini kita akan meneruskan lagi kempen-kempen kerana daripada
apa yang kita dapat pada kempen-kempen pada tahun-tahun yang lepas, apa juga perayaan baik
Tahun Baru Cina, Deepavali dan hari raya, tidak menolong banyak dari segi pengurangan jumlah
kemalangan. Kalau kita semak dari Great Britain misalnya, mereka mempunyai 70 juta rakyat,
2,700 kematian tetapi kita 20 juta rakyat lebih kurang 7,000 kemalangan dan jumlah kematian.
Jadi maknanya jumlah yang tinggi terhadap kemalangan dan kematian yang berlaku di jalan raya
kita. Apakah sebenarnya punca daripada jumlah kematian dan kemalangan yang tinggi ini?
Kalau sekiranya kita lihat daripada lebuh raya PLUS, jumlahnya mungkin tidak ramai tetapi jalan
raya negeri dan jalan raya bandaran inilah yang menyebabkan puncanya bertambah. Tadi
disebut oleh Yang Berhormat Tumpat berhubung dengan jalan di Gua Musang dan juga Kuala
Lipis iaitu merupakan jalan yang paling banyak mengorbankan nyawa terutama semasa
perayaan-perayaan yang kita ikuti.
Kemudian dari segi P.28 Pengorekan Pelabuhan, sekali lagi kita ingin mendapat
penerangan yang sejelas-jelasnya daripada Yang Berhormat Menteri sebelum mungkin beliau
akan mengundurkan diri selepas ini berhubung dengan perkara yang berlaku di Pelabuhan Klang
ini. Saya rasa penerangan yang rakyat perlu tahu daripada mulut beliau sendiri. Itu sahaja Tuan
Pengerusi, terima kasih.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.