8. Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang] minta Menteri Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah menyatakan, berapa jumlah peruntukan yang diberikan kepada KEDA untuk
membayar elaun JKKKP di Kedah pada pembayaran elaun bagi tahun 2008 dan 2009.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I [Dato’ Haji Hasan bin
Malek]: Waalaikumussalam. Tuan Yang di-Pertua, sahabat saya Yang Berhormat daripada
Pendang. Soalan yang begitu straight forward. Untuk makluman Yang Berhormat penyaluran
elaun-elaun bagi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan atau
pendekkan kepada JKKKP Negeri Kedah adalah diselaraskan melalui Pejabat Pembangunan
Negeri (PPN).
Manakala Lembaga Wilayah Kedah (KEDA) hanya berperanan sebagai agensi
pembayar. Soalannya pada tahun 2008 keseluruhan elaun JKKKP Negeri Kedah berjumlah
RM15,375,051 dan telah dibayar melalui PPN Negeri Kedah. Pada tahun 2009 jumlah
keseluruhan peruntukan elaun JKKKP negeri Kedah adalah sebanyak RM27,565,207. Daripada
jumlah itu hanya sebanyak RM4,970,400 disalurkan dan dilaksanakan melalui KEDA. Terima
kasih.
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Yang Berhormat
Timbalan Menteri. Memang kita tahu KEDA ini sebuah agensi pusat yang berada di 89%
kawasan di negeri Kedah. Apabila saya semak fungsi KEDA sebenarnya untuk pembangunan
sama ada pertanian, perumahan, industri dan juga perniagaan yang memerlukan pemantauan
secara berterusan.
Dalam seksyen 4(4), Akta 249 ini disebut ia hendaklah mendapatkan – “The Lembaga
shall, before discharging any of its functions, first consult the State Government in all matters
involving developing planning.” Maknanya setiap perkara yang hendak dilakukan mesti melalui
perundingan dengan kerajaan negeri. Senario yang saya hendak bawa adalah seorang yang
memohon perumahan daripada KEDA telah diluluskan. Lembaga KEDA telah meluluskan dan
Pengarah KEDA telah pergi dan mengatakan kalau hendak buat rumah kena robohkan dahulu
DR. 15.4.2010
20
rumah dia. Nama dia Mohd Sobri bin Rotin di Kampung Telok Yan. Apabila dirobohkan kontraktor
sudah datang membawa bata dan juga batu serta pasir tetapi ada tangan-tangan, saya tidak tahu
itu yang saya tanya berhubung dengan JKKKP tadi ini. Ada tangan-tangan yang di atas
menghalang kontraktor membuat rumah sampailah enam bulan, sehingga sekarang dia masih
belum lagi mendapat rumah tersebut.
Saya berharap pihak kementerian dapat memberikan jawapan berhubung dengan
masalah ini, kerana dia merupakan rakyat yang miskin dan memerlukan bantuan daripada pihak
KEDA. KEDA telah meluluskan dan kalau KEDA tidak meluluskan itu lain cerita. Ada tangantangan
lain mungkinlah Pengerusi KEDA Negeri Kedah ini dia hendak ambil alih daripada Menteri
agaknya saya tidak tahulah. Itu cerita-cerita politik saya tidak mahu bincanglah. Saya berharap
pihak kementerian dapat memberi jawapan berhubung dengan siapakah yang lebih berkuasa di
antara JKKKP ini dengan pegawai-pegawai KEDA yang menjalankan tugas yang diamanahkan
oleh pihak kementerian? Sekian, terima kasih.
Dato’ Haji Hasan bin Malek: Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya memikirkan
tadi soalannya banyak tertumpu kepada JKKKP, tetapi dikaitkan juga dengan KEDA. Oleh kerana
itu saya sebenarnya bagi pihak kita, kita senantiasa mengambil pendekatan untuk berbincang,
berunding dengan pihak kerajaan negeri. Misalnya kedudukan KEDA ini sendiri di negeri Kedah.
Sudah ada tempoh tamat dan sekarang ini kita telah mengadakan perundingan dan keputusan
akan dibuat bermaksud kita sepanjang masa sentiasa mengadakan perundingan ini.
Berkenaan dengan soalan yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Pendang mengenai
seksyen 44 itu jelas pada saya. Begitu juga dengan keadaan permohonan-permohonan
perumahan yang disalurkan melalui KEDA ini pun kalau ada satu kes spesifik yang tertentu,
sudah lulus kemudian ada tangan-tangan lain saya hendak beritahu tangan mana yang
mengganggu ini? Ini sebab kalau ada bukti yang jelas, tidak apa, nanti duduk dahulu.
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Saya minta kajilah.
Dato’ Haji Hasan bin Malek: Nanti dahulu. Kalau misalnya cukup bukti-bukti jelas
maklumkan kepada saya, insya-Allah kita akan bertindak tegas sebab kita tidak hendak tangantangan
belakang ini. Yang belakang-belakang kita tidak mahu. Kita hendak benda yang di
hadapan kita. Kalau cukup bukti insya-Allah saya akan membantu Yang Berhormat untuk
menyelesaikan masalah tadi. Terima kasih.
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Timbalan Menteri,
Tuan Pengerusi. Benih padi sah ini, daripada janji yang dibuat tidak silap saya Menteri pada
masa itu ialah Tan Sri Muhyiddin ke Pendang. Dia kata tahun 2010 dah hendak diwajibkan dan
dipastikan padi sah ini 80% sekurang-kurangnya kadar pertumbuhannya. Jadi apabila kita turun
kepada petani menanyakan hal kadar pertumbuhan ini, mereka mengatakan tidak sampai 80%.
Jadi saya rasa ini perlu di adjust sikit misalnya daripada mana padi itu diambil kerana kadar
pertumbuhan itu tidak sampai seperti mana yang dijanjikan. Terima kasih.
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Sambung sikit, terima kasih Tuan
Pengerusi. Pada pendengaran saya, saya belum mendengar lagi berapa peratus daripada
RM275 juta yang diperuntukkan untuk insentif pengeluaran padi organik. Saya belum lagi
mendengar jawapan tersebut. Terima kasih.
Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Terima kasih Yang Berhormat, kepada
Yang Berhormat Pendang terima kasih kepada cadangan itu dan insya-Allah pandanganpandangan
ini sangat baik sekali untuk sampai kepada pengetahuan kami. Memang betul Yang
Berhormat sepatutnya tahun 2010 ini memang semua dikehendaki menggunakan benih padi sah
iaitu MR219 yang telah kami buat beberapa kali kajian dan didapati benih ini yang terbaik setakat
ini.
Yang Berhormat pun sedia maklum ini adalah sesuatu yang living, sentiasa berubah.
Akan tetapi setakat ini benih padi sah MR219 adalah yang terbaik, yang secara puratanya boleh
mengeluarkan hasil enam tan satu hektar tapi adanya sampai 10 dan ada yang sampai lebih itu
bonuslah. Jadi puratanya adalah enam tan satu hektar. Jadi terima kasih kepada Yang
Berhormat, itulah yang disebutkan oleh Yang Berhormat Arau dan juga Yang Berhormat
Pendang dan pihak kami akan ambil serius cadangan-cadangan yang telah disebutkan.
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: [Bangun]
Tuan Haji Ahmad Kasim [Kuala Kedah]: Ya, sila Yang Berhormat Pendang.
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Yang Berhormat
Kuala Kedah, Tuan Pengerusi. Selain daripada insentif racun yang diberikan kepada petani, ada
juga sebelum ini diberikan tonik padi. Banyak keluhan yang kita dapati daripada petani-petani
adalah apabila tonik ini digunakan, padi menjadi lebih teruk. Hasilnya lebih berkurangan daripada
apa yang sepatutnya yang didapati oleh petani apabila disembur dengan tonik padi ini, padi
menjadi merah dan hasilnya berkurangan. Jadi apakah pandangan ataupun desakan kepada
kementerian supaya kita meniadakan tonik-tonik padi ini kepada petani supaya hasil mereka
lebih. Bagi tonik, lagi teruk padi dia. Ini yang diberikan oleh Kementerian Pertanian.
Tuan Haji Ahmad Kasim [Kuala Kedah]: Terima kasih Yang Berhormat Pendang.
Berdasarkan kepada pengalaman saya yang terlibat secara langsung dalam industri padi ini,
memang kita memerlukan baja tambahan selain daripada baja urea, baja NPK dan diberikan
baja-baja tambahan, baja organik ataupun disebut dalam bahasa yang mudahnya vitamin tetapi
yang menjadi persoalan sekarang ini ialah syarikat yang mendapat tender itu, dia memberikan
butiran-butiran ataupun persembahan ketika membentangkan untuk mendapat kontrak itu
kepada kementerian begitu cantik sekali dengan analisa-analisa ataupun dengan membuat
kajian-kajian dan menunjukkan data-data di tempat-tempat tertentu tetapi hasil padi yang
berkualiti bergantung pada tanah tempat-tempat yang berbeza. Jadi sebab itulah yang
menyebabkan racun ataupun vitamin yang disupply oleh pihak kementerian tidak sesuai untuk
DR. 15.4.2010
93
semua kawasan. Mungkin sesuai untuk kawasan di sebelah Pantai Timur tetapi tidak sesuai di
peringkat Pantai Barat.
Friday, April 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment