Pelabur mana berani nak mai melabur kalau macam ni punya hak asasi negara kita.
Pakai baju hitam kena tangkap, buat himpunan aman yang jela stermaktub didalam perlembagaan pun kena tangkap, bahkan berita pasal polis tembak orang awam yang dilaporkan pun makin menjadi-jadi sekarang ini, yang nama penjenayah tu tak apa lah, tetapi budak belasan tahun pun kena juga, ni yang kita heran ni.
Mengikut laporan SUARAM hari ini.
Ada juga yang sedang disiasat oleh SPRM sihat segar bugar, tetiba besoknya jadi mayat. Siapa lagi yang nak datang kalau macam ni punya cerita ni. Tu belum bercakap lagi pasal warga asing yang datang, tiba-tiba nama dia hilang dari rekod imigresen, lepas tu dengar khabar kena letup dengan C4 yang datang entah dari mana-mana. Dalam masa perbicaraan dimahkamah, katanya datang dari Kementah, tak tahu lah sebab kita bukan biasa dengan benda tu, tetapi yang nianyanya, yang hbuat kerja tu adalah anggota yang diamanahkan jaga keselamatan awam. Kalau macam nilah nampak gayanya tak adalah lagi orang yang nak datang melabur . Dah lah macam tu, yang dibunuh tu tanpa ada motif pula tu, tak kanlah polis tak perasan bahawa dalam setiap kes pembuhunan yang terpampang dalam akhbar harian kita, selalu kita baca, seanu dibunuh, motif pembunuhan adalah... sekian, sekian, dendam lah, rompak lah, samun lah, along lah. dan sebagainya, tapi yang ni mereka siasat terus tanpa tahu apa itu motif pembunuhan.
Tapi kita tunggulah pulak polis dari Perancis siasat pulak kut, apa jawapan depa, ada motif ke tidak. Pelik juga rakyat fikir syarikat yang tak pernah ada kapal selam, tetapi dibayar ratusan juta untuk penyelenggaraan kapal selam,tu kot yang tak mampu nak menyelam, tetapi jangan ada yang selam tak mampu nak timbul sudahlah, kerana banyak nyawa yang melayang nanti kalau tak boleh nak timbul.
Wednesday, July 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment