Kerajaan ada lebihan 10 billion RM , kata timbalan Meteri Kewangan.
Tapi rakyat tanya pasai pa pulak kikis hak rakyat dalam bentuk naik harga minyak dan gas dan gula dan akan naik lagi barang-barang lain yang guna minyak untuk naik lori dan guna gula untuk masak, padahal kerajaan dapat jimat hanya 750 juta RM saja.
Dan rakyat tanya lagu pasai apa pula dah 12 tahun belanjawan negara asyik defisit saja padahal Menteri kata ada lebihan sampai 10 billion, atau rakyat persoal adakah lebihan itu adalah kerana kerajaan dapat duit selepas kikis atas kepala rakyat maka dapatlah jumlah tu.
Logiknya masa PM Pak Lah naikkan harga minyak hari tu, kerajaan kata dapat jimatkan 4.4 billion, lepas tu naikkan lagi dan lagi dan lagi sehinggalah sampai la ni, mungkin sungguhlah kut dapat jimat sehingga 10 billion.
Jimat 10 billion, tapi kepada rakyat kedekut sampai nak beri 750 juta pun tak sanggup.
Depa ni cakap macam yang berlaku dalam Felda lah, kata beri imbuhan tanam semula kepada peneroka sampai 2 billion, tapi bila kita tanya peneroka apa yang terjadi, rupa-rupa nya duit tu telah dikumpul daripada peneroka setiap kali dibuat pemotongan semasa mereka menua hasil , RM 40 setiap tan sehaktar hasil yang dijual, lama-lama duit tu terkumpul dan bila nak tanam semula, diberi balik kepada peneroka. Itu saja yang dibuat, orang kampong nak lama buat macam tu melalui main 'kut'. Begitu juga duit raya, kumpul sikit-sikit bila nak raya duit peneroka yang dikumpul itulah yang diberi kepada mereka balik, tapi gah bila nak raya , Felda beri wang raya.
Tanya sahabat yang jadi peneroka, tahulah jawapannya. Harap Timbalan Menteri bersetuju berdebat dengak ANAK supaya segala yang berlaku dapat dijelaskan kepada rakyat nanti, tak lah hanya satu pihak saja yang memberi penjelasan, pihak yang lain dinafikan hak mengeluarkan pendapat dan komen.
Oleh itu, rakyat mestilah cerdik dan bermaklumat. Nescaya negara akan selamat, insyaallah.
Tuesday, July 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment