Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, July 19, 2010

Banyak duit hampa no?

Tertarik bila baca berita daripada Malaysia Insider hari ni, bukan apa tengok puak yang buat konsensus bebas ni, hari tu masa keluar ada yang kata tak dapat bantuan daripada parti la, pengundi dikawasan mai pejabat minta duit tapi tak ada peruntukan nak beri la, pasai tu ada yang terpaksa berhenti kerana tak boleh nak bantu rakyat pasai parti tak beri kerjasama, tup-tup hari ni, dengar kata nak ceramah seluruh negara guna duit poket sendiri. Mana mai pulak duit yang banyak nak buat penjelajahan tu dari satu negeri kesatu negeri, dengar khabarnya salah seorang dari mereka ni nak ceramah ditempat ana di Pejabat UMNO Pokok Tai, Pendang.
Tak kan nak ceramah di Pejabat UMNO pun guna duit sendiri kut, nak dalam Pejabat UMNO tak kan nama bebas lagi kot.
Nampak sangat sifat dan peribadi depa ni, kata tak berpihak, tapi tak tau lah mungkin ada apa-apa la tu, kata orang kampong ana.
Nanti kita tunggu dan lihat apa yang berlaku di Pokok Tai , beba ke sudah terikat ke, pengajaran pertama orang kampong dah tau, kalau dah masuk lubuk tu, bermakna sudah berpihak la tu, kalau bebas dia mesti berceramah atas pentas dia sendiri, orang dia yang anjurkan dan tanpa guna nama apa-apa parti pun, dah jelas tak bebas dah, dah jelas kelentong awal-awal lagi. Orang kampong dah tahu dah !.
KUALA LUMPUR, July 20 — The newly-formed Konsensus Bebas that groups five ex-PKR MPs will go on a maiden nationwide roadshow this Aug 1, hoping to remove all doubt over their impartiality as independent lawmakers.
The pact has continued to deny any allegiance or link to Umno or the Barisan Nasional (BN) and insisted that the roadshow would be jointly funded by them.
Konsensus Bebas is made up of independent MPs Datuk Seri Zahrain Hashim (Bayan Baru), Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Wee Choo Keong (Wangsa Maju) and Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai).
We will pay for it (roadshow) out of our own pockets. We will not be funded by anyone but ourselves. Why should they (Umno) pay for us when we will be whacking them during the ceramahs too?” Zulkifli told The Malaysian Insider.

Orang kampong pun sudah ada internet la ni, jadi mereka sudah boleh berfikir dengan tenang tanpa bergantung kepada Utusan dan berita harian lagi dah, mereka dah ada You Tube, jadi tak payah lagi tengok TV3 atau lain-lain.
Berita diatas pun keluar dalam Malaysia Insider, tetapi rakyat sudah tentu rasa pelik bila setiap ucapan yang dikatakan bebas itu boleh masuk dalam TV pulak tu, ajaib betul Malaysia ni.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.