Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, July 22, 2010

Program Mesra rakyat di Serdang.

Semalam kami wakil rakyat dari Negeri Kedah telah berkampong di Serdang bersama-sama dengan YAB MB dalam program Mesra Rakyat di daerah Bandar Baru, kawasan selatan Kedah sempadan Perak dan Pulau Pinang.



Program bermula dengan peresmian oleh MB serta penyerahan geran tanah kepada pemohon yang telah lama memohon disamping penyampaian skim kafalah kepada mereka yang telah kehilangan ahli keluarga didalam daerah tersebut.

Apa yang menariknya adalah skim yang mula diperkenalkan pada tahun ini telah menyumbangkan sebanyak 900 ribu setakat ini meliputi seluruh rakyat yang berpendapatan kurang dari RM 720 sebulan atau perkapita RM 180 ringgit sebulan.
Tahun ini sahaja kerajaan Kedah telah memperuntukan sebanyak 4 juta untuk skim kafalah ini.


Selepas majlis peresmian, program lawatan ke penternakan ikan kelisa ( arowana) di Sungai Tengas bersama MB. Cukup menarik mendengar penerangan dari pengusaha tersebut yang mendapat tunjukajar daripada Jabatan Pertanian , segala teknik dan cara memelihara ikan arowana ini memerlukan penjagaan rapi kerana harganya yang agak mahal bagi arowana gold ,tetapi agak mampu dibeli bagi arowana silver. Hrga bagi Gold boleh mencecah RM 2000 seekor dan bagi Silver hanya belasan ringgit sahaja. Mngikut kiraan beliau, anggaran perolehan bagi satu kolam untuk gold boleh mencecah 1juta ringgit, tetapi modal juga besar, mungkin mencapai 500 ribu satu kolam.

Disebelah petang kami dibahagkan kepada 4 kelompok mengikut mukim dan masing-masing akan mengikuti program dikampong yang dipilih, selepas satu majlis dialog yang diadakan di Dewan Sri Serdang bagi kumpulan ana bersama YB Ustazah Aishah Ghazali.
EXCO Kebajikan dan Pembangunan Wanita. Apa yang menarik diberitahu semalam adalah kerajaaan negeri telah menaikkan bantuan kebajikan kebada warga yang memerlukan sebanyak 2 juta lagi pada tahun ini menjadikan jumlah semua dalah 16 juta berbanding 14 juta pada tahun lepas disamping 4 juta untuk skim kafalah menjadikan kesemuanya 20 juta pada tahun 2010 ini.

Sebelum bertolak kekampong melihat usahawan kecil dan sederhana, beliau sudi memberikan bantuan kepada warga daif didewan tersebut.
Antara yang kami lawati pada petang semalam adalah Noor Daq Farm and Trading dan Ala Flinstone kreatif , apa yang menariknya adalah mereka ini adalah usahawan muda Melayu yang komited mengusahakan IKS ini dengan inisiatif mereka dan bimbingan daripada Pejabat Pertanian Daerah.

Seronok melihat kambing dan lembu beliau serta chalet yang indah dibina oleh anak muda tempatan hasil bimbingan institut latihan belia dalam negara, beliau tidak menggunakan seorangpun pekerja luar dari Indonesia atau Bangladash.
Usahawan beginilah patut dicontohi bukannya yang hanya menunggu kedatangan projek hasil pink form atau kroni.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.